Kembara Denaihati ke Paris 2015

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah setelah pusing-pusing Kota London hari ke tiga kami berenam bergerak ke destinasi seterusnya Kota Paris. Kami naik keretapi laju Eurostar dari Station St Pancras. Tiket seorang €90 dan perlu melalui pemeriksaan imigresin jadi kena datang awak paling tidak sejam. Harga tiket lebih murah bila booking awal dan pada waktu yang tidak ramai penumpang. Perjalanan Eurostar lebih 300 km/jam mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Station Gare Du Nord.

Station Gare Du Nord Paris

Denaihat di Paris

Punya semangat nak naik Eurostar walaupun bukan kali pertama masih tersalah coach juga, sepatut coach no 2 tapi aku duduk di kerusi coach no 3 tapi ramai je yang salah coach. Semasa kembara Paris 2012 pun salah coach tapi masa tu sampai dah lewat itu yang jadi kelam kabut.

Adagio City Aparthotel

bergambar di Arc De Triomphe Paris

Di station Gare Du Nord aku hampir tertipu dengan peminta sedekah yang minta tandatangan Pesatuan Pekak & Bisu tapi nasib baik diselamatkan oleh Polis yang mengawal. Kota Fesyen Paris ini memang kena lebih berhati-hati kerana ramai pendatang yang akan sedaya upaya nak menipu pelancung. Alhamdulillah kami dapat satu kenderaan dari Station Gare Du Nord ke hotel penginapana Adagio City Aparthotel, ok lah kena bayar  €115 utk 6 orang. Lokasi hotel kami hanya lebih kuran 1km dari Arc De Triomphe dan Avenue Champs Elysees. Hotel di Paris memang mahal bilik kami ni kadarnya lebih kurang RM700 semalam itu pun book melalui Agoda kalau tak mesti lebih mahal lagi.

Avenue Champs Elysees Paris

Luis Vuitton Paris

Petang pertama di Kota Cinta Paris kami abiskan masa cuci mata di Avenue Champs Elysees jalan paling popular di Paris menjadi tumpuan pelancung membeli belah. Kami singgah di outlet paling popular Luis Vuitton temankan sahabat yang nak shopping handbeg. Maghrib di sini jam 9.50 pm jadi jam 9 pm pun masih terang benderang lagi. Hari pertama kami makan di bilik mengabiskan bekalan makanan yang kami bawa dari Malaysia.

Big Bus Paris

Metro Paris

Arc De Triomphe Paris

Hari kedua di Paris kami naik Big Bus Paris pusing-pusing melihat tempat menarik di Paris. Bagunan di Paris memang unik dengan kesenian yang bermutu tinggi. Alhamdulillah cuaca tidak hujan tapi agak sejuk. Kami berhenti di Eiffel Tower bergambar sakan. Ramai kawan-kawan yang pesan supaya berhati-hati di Eiffel Tower perlu jalan dalam kumpulan kerana banyak sendikit penyeluk saku di sini.

Paris Eiffel Tower

Eiffel Tower Paris

Menara Eiffel Paris

Yusri di Eiffel Tower

Zainal Ariffin di Eiffel Tower

Selepas lebih tiga jam kami pusing-pusing Kota Paris, kami naik keretapi bawah tanah atau nama kat sini Metro menuju lokasi yang mengikut aplikasi Zabihah ada restoran halal. Setelah berjalan lebih 1km rupanya restoran tersebut sudah tutup. Ini cabaran mencari restoran halal apabila mengembara di negara bukan Islam. Alhamdulillah ada satu lagi restoran halal Papito yang menghidangkan menu Mediteranean yang sangat sedap. Kami order 4 set pasta termasuk dessert dan minuman semua sekali €52. Selain tu ada juga restoran halal D’jawa dari Indonesia berhampiran hotel tetapi tutup pada hujung minggu.

Papito restoran halal paris

restoran Halal Paris D'Jawa

Alhamdulillah sempat juga kami naik metro singgah di Grand Mosque of Paris berhampiran dengan Station Metro Place Monge. Sentimen anti Islam di Paris setelah berlaku tragedi Charlie Hebdo masih menebal apabila polis masih mengawal pintu masuk masjid. Nak tunggu Isyak tak tertunggu sebab masuk Isyak lewat betul 11.50 pm. Alhamdulillah kembara 2012 dapat solat di Masjid Omar El Kattab kali ini dapat merasai nikmat solat di Grand Mosque Paris yang tidak jauh dari station metro.

Semuga perjalanan kami ke destinasi seterusnya dipermudahkan ALLAH.


Spread the love

73 Comments

  1. Wah seronoknya. Antara satu impian saya dalam Dream List untuk menjejakkan kaki ke Kota Paris. Nak juga shopping kat LV tu. hehe…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!