Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perjalanan kembara musafir europe diteruskan ke destinasi baru lebih 500km meninggalkan Kota Romantis Venice. Belum puas menikmati keindahan Venice tetapi perjalanan mesti diteruskan. Perjalan kali ini lebih mencabar melalui highway dicelah bukit bukau dengan laluan yang curam serta melalui berpuluh-puluh terowong.
Kami berhenti rehat di hentian untuk makan tengahari. Dalam perjalanan kami sempat juga singgah di Valdiciana Brand Outlet Village selepas terlepas pandang Design Outlet Village sebelumnya kerana tak ada signboard masuk. Itu bestnya kembara dengan memandu kereta kerana dapat singgah di branded outlet yang kebanyakan dibina di tepi highway.
Alhamdulillah setelah berada di dalam Skoda lebih 5 jam akhirnya kami sampai di Roma. Perkara pertama yang terlintas dalam minda patutlah syarikat kereta sewa Europcar tidak benarkan kami bawa MPV. Rome bandar yang sibuk dan susah nak cari parking jadi kebanyakan penduduk menggunakan kereta mini yang comel lote.
Kami menetap di homestay di sebuah kodominium yang terletak di depan stesen bus dan berhampiran dengan subway. Terdapat juga kedai pizza halal jadi mudahlah untuk kami makan. Jangan risau di Rome ada berpuluh-puluh restauran halal dan ada beberapa buat masjid. Semua informasi boleh diperolehi melalui aplikasi Zabihah.
Setelah berehat sebentar kami terus ke pusat bandar Rome menaiki metro. Gambaran pertama kami agak negatif Rome tidak sebersih Frunkfurt, Prague, Cesky Krumlov, Vienna dan Venice. Subway nampak uzur, dinding penuh dengan contengan dan ramai pendatang yang berkeliaran. Ramai menasihatkan kami berhati-hati terutama dalam subway.
Kami turun di hentian utama dan keluar dengan bingung tanpa peta. Sedang berjalan mundar mandir memikirkan mana nak pergi tiba-tiba aku tersepak peta yang entah datang dari mana. Setelah menunggu seketika tiada yang ambil maka aku pun ambil mungkin Allah beri untuk bantu kami. Dengan peta mudahlah kami menuju ke Colosseum. Tak sempurna lawatan ke Rome kalau melawat Colosseum dan tapak besar tamadun Europe. Kami sampai Colosseum agak lewat jadi tak berapa ramai pelancong yang ada cuma yang ramai mat bangla yang mengejar pelancong untuk menjual cenderahati, rasanya macam tidak sesuai je. Selepas melawat Colosseum sambil menikmati sunset kami membeli cenderahati di kedai berhampiran dan terus pulang menaiki metro untuk berehat.
Hari kedua kami mengelilingi tapak sejarah tamadun Rom dengan menaiki bas city tour. Ramai sungguh pelancong yang datang daripada berbagai negara memang meriah berbanding semalam. Melihat kesan-kesan sejarah dengan bagunan-bagunan yang besar dan unik dengan senibina yang indah membuktikan tamadun Rom sangat hebat. Segala kehebatan hancur musnah akibat kerakusan pemerintah yang lebih mementingkan kekuasan daripada rakyat.
Setelah penat kami menaiki metro menuju ke Indian Halal Restauran untuk menikmati makan tengahari. Kami terserempak dengan 4 wanita Malaysia yang mengembara dari Rome, Barcelona, Paris dan London. Minta kebenaran nak snap gambar mereka untuk masuk blog tapi salah seorang tidak benarkan jadi aku batalkan je lah niat. Memang ramai terserempak dengan pelancong Indonesia dan Malaysia di Rome tidak seperti di bandar-bandar lain yang telah kami jejaki sebelum ini.
Untuk pelancong yang kaki shopping Rome adalah salah satu tempatnya. Berbagai outlet dengan berbagai jenama yang terkenal dan jenama yang tidak pernah dengan pun ada. Kami pun tumpang cuci mata sambil shopping ole-ole untuk keluarga.
Setelah menyelusuri kota Rome kami pun bergegas balik menaiki metro sebab dah janji nak pick up kunci kereta sebelum jam 7.30 pm. Kami sibuk mengemas barang kerana awal pagi 3.30 am kami akan ke Ciampino Airport, airport tambang murah Ryanair untuk ke destinasi seterusnya. Ryanair ni lain macam sikit hanya benarkan 20kg untuk bagasi dan 10kg untuk onboard. Walaupun dah beli extra kg kami terpaksa mengubahsuai dua kali isi beg kerana rupanya extra kg mesti dalam beg berasingan. Sibuk angkat beg yang berat sehingga tersentaklah urat pinggang.
Akhir kami berpisah dengan Skoda yang telah memberi khidmat penuh cemerlang mengembara dari Frankfurt, Prague, Cesky Krumlov, Vienna, Venice dan Rome. Alhamdulillah dengan izin Allah tiada kerosakan dan tiada kemalangan sepanjang kembara musafir bersama skoda melebihi 2000 km. Selamat tinggal Europe kami terbang ke Frankfurt transit sehari dan ke Doha transit 2 jam sebelum landing di KLIA. Syukur Allah permudahkan semua dan semuga lancar baki perjalanan kami.
225 Comments
L’ora in Italia molto interessante …
quando è che voglio arrivare al Colosseo
sicuro spero di tornare in Malesia
entah ye ke tidak tu ckap itali hehehe
Curahan rasa auc dot com @ ..Jawatan Kosong
LOL, aparella mohok kuang 😀
Curahan rasa caenz @ ..Video Eksklusif Perkahwinan Scha Al Yahya & Awal Ashaari
pakai google translate ke? hehhee
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
Tak faham apa maksudnya
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Uncle Usin
Alhamdulillah lancar perjalanan DH dan rakan-rakan.
Selamat kembali.
Curahan rasa GreenLava @ ..Vote for us at Digi WWWOW Awards
semoga dipermudahkan semua..
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
mengucapkan selamat juga… 🙂
Curahan rasa widhi online @ ..Tips Memotret Ikan di Akuarium | Tips Fotografi
dah nak selamat sampai nih…
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | FINAL DAY
knpe kena hati2 kt subway?sbb dh uzur ke tmpt tu?
sebab pickpocket kut..
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
entah2 ada org jahat kot…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
takpun subway yang agak uzur..
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | FINAL DAY
Peragut, pencuri, kawasan tak selamat
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Uncle Usin
ada orang shooting kot kat sana 😛 hehe
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Martin Skrtel Diundi Pemain Terbaik Liverpool Musim 2011/2012
Niat yang baik akan diberikan jalan yang terbaik untuk teruskan perjalanan kita.Saya doakan supaya semuanya selamat hendaknya.
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Lisa Surihani: “Yusry Tak Sorok Tabiat!”
ameeen.. semoga dipermudahkan ketika pulang nanti.
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
saya hanya bisa mengaminin aja biar sampai ke rumah dengan selamat. 🙂
Curahan rasa widhi online @ ..Tips Memotret Ikan di Akuarium | Tips Fotografi
insyaAllah, makbul dao dari rakan blogger semua..
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | FINAL DAY
nasib baik tersepak peta tu kan.. =)
Curahan rasa bardboo @ ..Cara Merancang Persaraan Yang Baik | Susah Dahulu, Senang Kemudian
tu laaa.. tiba2 kan peta tu ‘datang’
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
Alhamdulillah selamat pulang.
Ole-ole jgn lupa
nak ole ole jugak.. hehehehe
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
Selamat pulang DH, bawa ole-ole untuk kami semua
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Uncle Usin
wohohoho..sedapnya g jalan2 rome…bandar yg hampir bankrup..hahaha..
Curahan rasa faizfakhirin @ ..#SmartPhone Samsung Galaxy S3 vs HTC One X, Yang Mana Satu Pilihan Kalbu
tetapi bandar yang penuh sejarah juga..
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
Banyak sekali beg yang dibawa…
Curahan rasa Dadan @ ..Hamba Allah Yang Baik
tentu isinya oleh-oleh ya…hehehe
Curahan rasa Dadan @ ..Hamba Allah Yang Baik
hehehe…paham2 ya mas…ole2 pasti ada untuk kita ya…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
sudah tentu macam macam yang dibelinya.. kan?
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
Hadiah untuk Rakan Denaihati kot
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Uncle Usin
hohoho.. Italy.. sahabat dah banyak kali ajak kerumah beliau
tapi tak sampai2.. Enjoyed brothers.. Lovely place..
Itu pizza look yumm…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Jangan lupakan mihrab pertaubatan
waaaahh.. ada sahabat di sana ke? best lah
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
tahniah dan syabas sebab berjaya menjelajah beberapa lokasi yang best…Alhamdulillah semuanya selamat, selamat pulang ke tanah air
Curahan rasa Shahrul @ ..Tablet dari Nokia – Lumia Coffee Tab
mesti lepas ni DH agak letih jalan merata tempat nih
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
Perjalanan kembara DH dah selesai…
Curahan rasa Dadan @ ..Hamba Allah Yang Baik
moga selamat sampai ke tanah air kembali
Curahan rasa Dadan @ ..Hamba Allah Yang Baik
wah, cepatnya kok udh,, pengen ikutaannn,
Curahan rasa penowo @ ..Cara Mengatasi Google Pinguin
lepas ni DH kena berehat dek jetlag
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
Yeay dah selesai, boleh lah selesaikan apa yang patut di Malaysia
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Uncle Usin
Wow ke Roma dan lihat Colosseum yang terkenal itu….
Curahan rasa Dadan @ ..Hamba Allah Yang Baik
Perjalanan kembara yang penuh dengan ilmu, wawasan dan pengalaman yang sangat berharga…
Curahan rasa Dadan @ ..Hamba Allah Yang Baik
kembara yang jauh dan sangat mengujakan
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
Kalau banyak restoran halal bertambah girang lah team DH
Curahan rasa onlajer @ ..GAJI MINIMUM BERCANGGAH DENGAN ISLAM ?
tapi rakan kembara DH macam banyak memasak saja.. mudah kan?
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
Mencari yang Halal kan fardu
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Uncle Usin
bestnyer dapat merantau ke italy pulak,,,jangan lupa ke switzerland..negara bebas..hehehe
Curahan rasa hatiputera @ ..BELAJAR RESEARCH KEYWORD LELAKI KACAK
itulah, DH pergi tak ngajak kite orang
Curahan rasa penowo @ ..Tips Merawat Blackberry OS 6
dah habis kembara dah ni..
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
Saya sudah menduga Rombongan DH pasti akan meneruskan kembara ke Italy.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Saat-saat Terakhir Pesawat Sukhoi Superjet100
Saya tak pernah bisa menebaknya Bang…
Curahan rasa Dadan @ ..Hamba Allah Yang Baik
dan dugaan abang benar,,,
Curahan rasa penowo @ ..Istilah-istilah Teknik SEO
tapi saya menduga ada sambungannya selepas rome.. hehhe
Curahan rasa KiD @ ..PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 LIGA SUPER
dan ternyata DH langsung pulang…
Curahan rasa Dadan @ ..Persib Bandung vs Pelita Jaya
Comments are closed.