Kembara Denaihati ke Cesky Krumlov, Republik Czech

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dari kota klasik Prague kami bergerak sejauh kira-kira 180km ke sebuah kota sejarah. Kota kecil di selatan Republik Czech yang telah mendapat anugerah UNESCO World Heritage Site. Perjalanan melalui jalan biasa pada awalnya lancar dan dapat menyaksikan keindahan alam ciptaan ALLAH SWT.

Separuh perjalan jalan semakin sesak dan jem apabila menghampiri sebuah bandar kecil. Ujian semakin parah apabila iPad baru kehabisan bateri dan tak boleh nak charge dengan car charger. Tanpa GPS memang kelam kabut juga tulah bila berharap pada gadget.

Kami sampai ke Cesky Krumlov kota sejarah lebih kurang jam 4.30pm dan mengambil masa sejam berpusing-pusing mencari apartment. Kami menggunakan segala apa yang ada untuk sampai ke apartment yang telah dibooking secara online. Apartment Donna terletak di tengah-tengah kawasan sejarah. Menurut owner Donna Apartment kami adalah rakyat Malaysia pertama yang menginap di apartment yang sudah berusia lebih 500 tahun. Terfikir juga siapalah rakyat Malaysia lain yang pernah sampai ke sini.

Suhu di sini lebih sejuk daripada Prague. Perut pun dah lapar jadi Chef terus masak ayam masak lemak dengan tumis asparagus. Siap je masak kami terus makan dengan lahapnya almaklumlah bila sejuk ni lapar lain macam sikit. Selepas makan barulah kami berjalan-jalan di sekitar kawasan sejarah Cesky Krumlov.

Dalam kegelapan tersergam istana besar di atas bukit yang boleh dilihat dari semua sudut Cesky Krumlov yang disirami dengan lampu limpah.  Menyelusuri tebing sungai terasa romatiknya terutama bila melihat pasangan duduk bercengkerama di kerusi di tebing sungai. Teringat pulak my belove wife jauh di Malaysia.

Kota Cesky Krumlov telah dibina beribu tahun jadi apabila berjalan dicelah-celah bangun teringat movie three musketeers kerana senibina bagunan dan jalannya sama cuma yang tak ada kuda je. Ingatkan nak minum kopi di cafe tapi semuanya dah tutup jadi kami ambil keputusan balik berehat.

Awal pagi setelah sarapan nasi goreng kami keluar menziarahi istana yang dipanggil Cesky Krumlov Castle. Istana ini dibina oleh keluarga Rosenberg bermula pada tahun 1205 kemudian diambil alih oleh beberapa keluarga yang lain. Melihat istana sebesar ini soalan pertama yang terlintas di minda bagaimana mereka mampu membina istana sebesar dan sekukuh ini.

Melihat pemandangan Cesky Krumlov dari Istana yang terletak dipuncak paling tinggi memang indah. Suasana menghijau gabungan bagunan lama serta sungai yang mengalir jernih menambah keaslian alam ciptaan ALLAH SWT. Entah bila lagi boleh menikmati keindahan dan kesegaran Cesky Krumlov.

Melihat Cesky Krumlov Castle dari dalam bertambah kagum dengan kehalusan senibina lama. Istana yang dilengakapi dengan berbagai kemudahan yang menjadi kompleks yang lengkap seumpama sebuah pekan kecil. Kerana kesuntukan masa kami tidak sempat untuk masuk ke dalam bilik dan ruang-ruang lain yang ada di dalam Istana.

Sepanjang jalan pulang dari Cesky Krumlov Castle ada banyak kedai-kedai cenderahati. Majoriti peniaga tidak pernah dengar Malaysia dan ada yang ingat Malaysia ni dekat dengan Sepanyol. Sempatlah beli t-shirt dan keychain design Cesky Krumlov serta pashmina berbagai warna. Kami checkout jam 11.00am dan bergerak ke destinasi baru lebih kurang 250km menyeberangi sempadan negara lain.


Spread the love

204 Comments

    1. Kita boleh membandingkan Malaysia dan negara diluar apabila berada diluar negara. Pasti kita akan tahu hujan batu negeri sendiri dipilih atau hujan emas dinegara orang dipilih? 🙂

          1. kid cadangkan pd DH, buat trip ke Indonesia untuk sesiapa rakan DH yang bminat. dapat jumpa mas dadan n bang iwan….hehehe…
            Curahan rasa Nana @ ..Keong RacunMy Profile

  1. So nice.Inilah cita-cita terakhir saya sebelum memejamkan mata

  2. Malaysia = Sepanyol ? hehehe..

    nampaknya DH dan geng kembara kena jadi duta memperkenalkan negara kita sepanjang perjalanan ni..
    Curahan rasa pipoq @ ..Wad 6CMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!