Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa bulan lepas Bos Besar Al Ansar Properties ajak pergi Beijing mulanya rancang tiga orang tapi akhirnya jadi rombongan keluarga 35 orang. Kembara Musafir Beijing merupakan package travel muslim yang diuruskan oleh syarikat travel CS Holidays yang juga menguruskan umrah dan haji package.
Kembara Musafir Beijing bermula dengan berkumpul di KLIA pada jam 8.00 am, 28/5/2012. Alhamdulillah semua datang tepat waktu walaupun datang daripada berbagai arah dan jadual penerbangan Cathay Pacific Airways juga tepat mengikut jadual. Kami transit di Hong Kong lebih kurang 3 jam. Sempatlah solat zuhur dan asar di bilik solat umum di laluan 40. Alhamdulillah banyak airport besar walaupun bukan di negara Islam seperti airport Fankfurt ada meyediakan kemudahaan tempat solat.
Kami sampai di airport Beijing yang sangatlah besar pada jam 8.30 pm. Cuaca agak panas lebih kurang 30 darjah celcius dan semua dah terbayang cuaca panas sepanjang kembara kami. Pemandu pelancung kami Amelia seorang China tapi fasih berbahasa Indonesia jadi mudahlah untuk berkomunikasi. Kami di bawa ke hotel tiga bintang Ming Du lebih kurang 45 minit dari airport Beijing. Bilik hotel sederhana tapi lengkap dengan arah kiblat dan morning call untuk solat suboh.
6.30 pagi kami dah berkumpul di lobi hotel untuk breakfast di sebuah restauran halal di tengah bandar Beijing. Manusia merancang Allah SWT menentukan bas rosak terpaksa menunggu lebih dua jam untuk gantian bas baru tetapi alhamdulillah semua sabar. Setelah masalah bas selesai kami bergerak ke Restoran Judehuatian untuk menikmati sarapan pagi halal. Restauran Judehuatian sudah berusia lebih daripada 80 tahun dan mempunyai lebih 20 cawangan dan sangat terkenal dengan makanan halal.
Selepas sarapan pagi kami bergerak ke Medan Tiananmen. Sebelum masuk ke Medan Tiananmen hampir semua ahli rombongan Kembara Musafir Beijing singgah di bilik air umum. Di sini pintu bilik air tak ada kunci jadi kena ada seorang sahabat jadi bodyguard di luar dan pastikan juga sediakan botol air mineral untuk bawa bekalan air kerana semua tandas tak ada air. Perjalanan di teruskan ke medan yang menyimpan berbagai sejarah bermula dengan pengisytiharan kemerdekaan China oleh Mao Tzu Tung dan peristiwa berdarah perjuangan demokrasi mahasiswa. Kawalan untuk masuk ke Medan Tiananmen sangat rapi terutama untuk warga China siap dengan mesin pengesan badan dan mesin pemeriksaan beg. Memanglah sangat luas dan terlalu ramai pelawat yang datang menziarahi medan Tiananmen. Gambar Mao Tzu Tung terpampang besar dianggap seperti dewa oleh warga China. Tubuh Mao Tzu Tung diawet dan disimpan disebuah bangunan di tengah Medan Tiananmen untuk tatapan pelawat setiap hari.
Selepas Medan Tiananmen kami bergerak ke sebelah iaitu Forbidden City. Oleh kerana rombongan kami ada warga tua dan kanak-kanak maka pergerakan agak perlahan supaya semua mampu berjalan kerana Medan Tiananmen dan Forbidden City sangat luas melebihi 44 hektar. Melihat pintu gerbang dan istana Maharaja China boleh dibayangkan betapa berkuasanya mereka ketika menguasai Jajahan China tetapi akhirnya musnah ditelan zaman akibat kezaliman ke atas rakyatnya sendiri. Kami hanya sempat melintasi gerbang ke tiga apabila majoriti ahli rombongan anak-anak dan warga tua dah tak larat nak melangkah lagi.
Alhamdulillah cuaca memihak kepada kami, dengan izin Allah SWT cuaca tidak panas sehingga mencecah 30 darjah celcius. Awan mendung meliputi langit dengan angin yang berhembus lembut membuatkan suasa sangat mesra alam. Kami meninggalkan Forbidden City menuju ke Restoran Halal untuk makan tengahari. Makanan halal yang dihidangkan di Restoran Western Mau memang sedap. Setelah makan tengahari kami bergerak ke Masjid Niu Jie yang merupakan masjid terbesar dan tertua di Beijing. Usia masjid asal Nui Jie melebih 1000 tahun yang dibina pada tahun 996 dan terdapat dua buah kubur kepunyaan ulama’ yang menjadi guru di masjid ini pada sekitar tahun 1270M. Seorangnya dari Bukhara dan seorang lagi dari Qazwin, Parsi. Terasa damai hati dapat berjemaah diimamkan Mudir Madrasah An-Nuur di dalam Masjid yang telah wujud sebelum Islam sampai ke Malaysia lagi. Selepas solat kami singgah di Niu Jie Muslim Supermarket yang merupakan satu-satunya supermarket halal di Beijing untuk beli stok makanan seminggu Kembara Musafir Beijing.
Kami sudah agak terlewat untuk ke Jin Sha Theater untuk menyaksikan akrobatik China. Bila dah lewat terpaksalah menyaksikan daripada tingkat dua yang agak jauh. Melihat akrobatik ini memang menakjubkan dengan kelembutan tubuh aksi para akrobatik dan paling mengerikan menyaksikan aksi 5 penunggang motor menunggang motor serentak dengan laju dalam gelung bola. Kabarnya beberapa bulan yang lalu terjadi pelangganran sehingga kesemua penunggang cedera parah dan dimasukan ke hospital lebih daripada dua buan. Setelah selesai menyaksikan akrobatik kami makan malam di Restoran Judehuatian dan pulang ke hotel untuk berehat kerana esok ada jadual yag ketat dan memerlukan tenaga yang banyak. Terima kasih atas nasihat teman melalui feedback di Fanpage Denaihati, alhamdulillah hari pertama tak ada masalah melainkan kerosakan bas. Kepada rakan-rakan yang ada akaun Foursquare bolehlah follow Denaihati untuk mengikuti Kembara Musafir Beijing selain yang dipaparkan di Fanpage Denaihati.
185 Comments
Seronok jika dapat melancong bersama famili. Rasa bahagia dan puas. Itu yang sebaiknya dan dituntut.
Curahan rasa halif @ ..Apakah itu ADFELPS?
Melancong dengan kumpulan keluarga besar.. pasti meriah!
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
Betul Bro…. tidak terbayang kemeriahan disetiap lokasi yang disinggahi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Indonesian Movie Awards 2012
tapi kena pastikan semua cukup.. ongkos dan tidak tercicir orang serta barangnya.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
memanglah seronok asalkan bsama org2 yang tsayang…
Curahan rasa Nana @ ..Aishwarya Rai yang comel
selamat bercuti DH. XD
Curahan rasa sukacuka @ ..Eloklah Kalau Zed Zaidi
dan selamat mengembara.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
dan semoga pulang dengan selamat dan jangan lupa beli ole2…
Curahan rasa Nana @ ..Aishwarya Rai yang comel
Bestnya dapat bercuti
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Bunga Bunga Syurga Episode 11
DH selalu sangat mengembara dan bercuti.. hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
bila lah agaknya dapat bcuti macam DH tu…
Curahan rasa Nana @ ..Aishwarya Rai yang comel
wah! bestnya.. dah lepas dah ke tembok besar cina dah..hehe
Curahan rasa boni @ ..Wordless Wednesday – Selayang Burger Grill
kita yang tak lepas lagi ni boni.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
bestnye dapat gi sane. rancang nk pegi ngn fmly tak lepas2 ade je halangan…insyaallah dpt jugak smpi nnti 🙂
Curahan rasa farahdiba @ ..Weds @The Club
DH memang ni suka bermusafir
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Bunga Bunga Syurga Episode 11
DH boleh kembara ke mana-mana.. masyuuuuuuk
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
jalan2 makan angin macam tak lengkap jika tak pergi tengok teater
Curahan rasa onlajer @ ..Ulama Empat Mazhab Mewajibkan Khilafah
Haha. Betul tu
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Bunga Bunga Syurga Episode 11
tengok akrobatik dari China memang hebat
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
Walaupun penat tapi pengalaman itu memang sangat berharga… Sebab boleh kongsi dengan rakan2 lain yg belum pernah ke sana…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Amy Search, Mus May Dan Ibnor Riza Masuk UMNO
pengalaman diri yang mengembara itu sangat bernilai.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
Assalam… mesti penat meronda-ronda.. luas tu…
jauh perjalanan luas pemandangan..
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
hehehe…bertambah juga pengetahuan…
Curahan rasa Nana @ ..Aishwarya Rai yang comel
ajakin kita juga bang,, pengen ,, ke sana,, kotanya indah,,,
Curahan rasa penowo @ ..Motor matic injeksi irit harga murah – Yamaha Mio J
tempat yang indah lagi bersejarah..
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
china banyak tempat2 yang menarik…
Curahan rasa Nana @ ..Aishwarya Rai yang comel
Wah menarik dapat pergi tempah bersejarah di tanah besar China. Lepas ini mesti pergi tembok besar China.
Curahan rasa akubiomed @ ..Cubaan Hack blog AkuBiomed
Tak sah kalau tak pergi sana…
tembok besar china salah satu tempat yang ramai orang pergi
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
bestnya travel ramai2 kat oversea 😀
ni mesti perancangan rapi sampai jadi 35 orang.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
Emm menariknya dapat melawat tempat orang..hehe..
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #5 – Hadiah Seorang Kawan
tempat orang yang penuh sejarah.. mesti best!
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
tentu lah menarik, dapat tengok kehidupan org2 kat sana..
Curahan rasa Nana @ ..Aishwarya Rai yang comel
Beijing memang best. Persembahan akrobatik Jin Sha tu memang terbaik. terpukau tengok. Rasa cam nak tengok lagi je live. tak puas tengok sekali je.
Curahan rasa Sya Isya @ ..GAMBAR ANAK TOMOK DAN AYU | ISTERI TOMOK BERSALIN
Rasanya yang membuat persembahan akrobatik dilatih pada usia muda. Sudah macam plastik badan mereka boleh dilentur.
Curahan rasa akubiomed @ ..Lisa Surihani naik berat badan, apa kes AkuBiomed dan Broframestone?
mereka memang dilatih dari kecik untuk lenturkan badan.. fuuhh.. kekadang macam terseksa pulak tengok
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
hehehe…kalau kita memang tak kan dapat buat gitu…
Curahan rasa Nana @ ..Aishwarya Rai yang comel
bestnya DH ..kalau lah dapat pergi jugak ..sakan noh dok sana seminggu
Curahan rasa spudin @ ..Najwa Mahiaddin Power Mendendangkan Lagu Inggeris
mesti ada yang borong kain sutera
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
hehehe…tentu MEM DH shopping sakan kat sana…
Curahan rasa Nana @ ..Aishwarya Rai yang comel
seronok klu dpt pergi!
Curahan rasa KesumaAngsana @ ..Lucu Aje Kalau DIA Menyampuk !
Jom kumpul duit sama-sama
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Bunga Bunga Syurga Episode 11
abg DH beli souvenir la ye kat sana .. bhahaha
Curahan rasa spudin @ ..Bangga SP Kena Bodek Dengan Rakan Blogger
ole ole ole.. ramai nak ole ole.. hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
saya pun nak ole2…
Curahan rasa Nana @ ..Aishwarya Rai yang comel
hehehe…memang lah seronok kalau pat ke sana…
Curahan rasa Nana @ ..Aishwarya Rai yang comel
Comments are closed.