Kembara mencari #LailatulQadar

Spread the love

Assalamualaikum dan salam Lailatul Qadar, di riwayatkan ketika para sahabat sangat gembira setelah tentera Islam menang dalam peperangan Badar, Rasulullah SAW bersabda jangan terlalu gembira kerana ada suatu lagi peperangan yang lebih hebat daripada perang Badar iaitu peperangan melawan hawa nafsu terutama di 10 hari terakhir Ramadhan. Inilah yang aku dengar dari tazkirah oleh Ustaz yang mengajar di surau kemarin. Jika dianalisa memang tepat sekali. Lihatlah masjid dan surau yang kian sepi di 10 hari terakhir Ramadhan kerana umat Islam bergerombolan memenuhi hotel dan restauran menghadiri majlis berbuka, memenuhi shopping complex untuk bershopping persiapan hari raya dan memenuhi kedai-kedai kuih untuk memberi kuih raya.

Hayati firman Allah SWT dalam surah Al-Qadr ayat 1- 5 yang ertinya : “Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr. Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah). sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing“.

Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah). Jika kita sering mengeloh selalu ditimpa dari satu masalah ke satu masalah,  perniagaan tidak menjadi, keluarga tidak bahagia, anak-anak tak dengar kata dan berbagai masalah lagi MAKA inilah masanya untuk kita bermunajat memohon bantuan dari Allah yang insyallah PASTI akan diterima oleh Yang Maha Esa setiap apa doa yang kita mohonkan.

Dengan iman kita yang lemah ini jangan berharap kita akan berjumpa dengan pokok yang sujud, air yang beku, cahaya turun dari langit dan sebagainya yang dikatakan tanda malam Lailatu Qadar. Cukuplah sekadar kita dapat beramal dan berdoa pada malam yang lebih baik dari seribu bulan yang insyallah janji Allah menurunkan malaikat dan Jibrail dengan membawa segala perkara. Seandainya ketika Malaikat turun untuk membawa segala perkara dan kita sedang lena dibuai mimpi maka jadinya adalah kun fayakun maka jadilah apa yang nak jadi ke atas kita atas kehendak Allah swt.

Maka dengan itu marilah Ramadhan ini kita korbankan sedikit masa untuk memulakan kembara mencari Lailatul Qadar yang ianya insyallah akan merubah kehidupan kita, keluarga kita dan masyarakat di sekeliling kita. Lebihkan beramal, qiamulai dan berdoa pada setiap 10 malam terakhir insyallah pasti salah satu malam tersebut adalah malam Lailatul Qadar. Nikmat doa dimakbulkan di malam Lailatul Qadar sesungguhnya tiada batas hanya sembah syukur kepada Allah SWT sahaja dapat diucapkan.


Spread the love

81 Comments

  1. salam ziarah….moga entri ini mendapat nilai di sisi ALLAH kelak….sungguh,peringatan itu amat berguna untuk setiap mukmin….

  2. malam 10 terakhir perlu dimanfaatkan sepenuhnya, kerana dalam 10 malam tersebut ada satu malam yg dinamakan malam lailatulqadar, ibadat kita pada malam tersebut akan diberikan ganjaran seperti beribadat selama 1000 bulan..

    lebih kurang 83 tahun kan..
    Curahan rasa mijie @ ..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2My Profile

  3. Pingback: ping.yanmieonline.com

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!