Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 4 Oktober yang lalu, Denaihati Network telah menghantar wakil untuk bersama-sama dalam kembara korban di Kemboja bersama eQurban.com. Saban tahun Denaihati akan mengikuti kembara ke sana, tahun ini bukanlah tahun pertama pihak Denaihati mengikuti kembara korban ini.
Pada tahun ini, rombongan kembara berlepas dalam dua kumpulan, kumpulan pertama pada pagi Sabtu manakala kumpulan kedua pada petang Sabtu yang sama. Penerbangan dari KLIA 2 mengambil masa 1 jam 55 minit untuk tiba di Phnom Penh.
Setibanya di Phnom Penh kami disambut oleh wakil CMC dengan sebuah Van. Dalam perjalanan ke lokasi penginapan, kami singgah sebentar untuk membeli simkad tempatan demi memastikan keperluan internet sepanjang berada di sini tersedia.
Perjalanan ke lokasi penginapan mengambil masa hampir 30 minit, setibanya di apartment tempat kami menginap, kumpulan pertama sudah menanti di sana. Pada malam tersebut, selepas menikmati hidangan makan malam, pihak eQurban, TM dan mereka yang terlibat membuat persiapan menyemak senarai nama dan bilangan lembu yang akan disembelih pada hari pertama Aidiladha.
Suasana Aidiladha di Phnom Penh tidak banyak bezanya, walaupun mungkin tak semeriah di tanahair kita, tetapi pada pagi hari raya, solat sunat Aidiladha diadakan dengan jemaah yang tetap ramai. Walaupun khutbah tidak difahami, tetapi alhamdulillah tiada kekurangan yang dirasai.
Selepas selesai solat, rombongan kembara kami terus bersiap-siap untuk menuju ke lokasi sembelihan. Pada hari pertama, sebanyak tiga lokasi sembelihan yang akan diuruskan. Lokasi pertama di Sekolah Nur Iman dengan 12 ekor lembu, lokasi kedua di CIC dengan jumlah 29 ekor lembu dan lokasi terakhir di Kampung Chhnang dengan 37 ekor lembu.
Semasa di Kampung Chhnang ini, saya tersentuh hati melihat kedaifan kehidupan penduduk di lokasi kampung yang kami tujui itu. Rumah yang dibuat daripada buluh dan atas nipah itu kelihatan sangat kecil untuk menempatkan pasangan suami isteri dan anak mereka.
Namun begitu, mereka tetap tersenyum menyambut kedatangan rombongan pihak kami. Mereka masih cuba untuk menikmati kehidupan dengan apa yang mereka ada. Semoga kita semua yang berada di Malaysia dengan pelbagai kemudahan ini akan sentiasa mensyukuri apa yang kita perolehi, kerana ramai lagi yang tidak berpeluang untuk merasai kehidupan seperti di Malaysia.
Rombongan kembara korban kemboja 2014 pada kali ini telah menyembelih 330 ekor lembu sepanjang 4 hari proses sembelihan di buat di beberapa lokasi sekitar kemboja. Setiap hari bermula dari hari pertama AidilAdha sehingga hari tasyrik yang ketiga, rombongan kami mengembara ke pelbagai lokasi untuk menunaikan amanah yang telah diberikan oleh mereka yang menempah melalui eQurban.com.
Ada beberapa lokasi yang kami pergi mengambil masa sehingga 4 jam perjalanan. Perjalanan melalui jalanraya bertar dan juga jalan raya tanah merah. Syukur alhamdulillah tiada hujan lebat semasa melalui laluan tanah merah ini, kalau tidak mungkin ada sesi tolak menolak kenderaan yang perlu dilakukan.
Melawati ke Kemboja, sekiranya kita hanya bersiar-siar di bandar seperti Phnom Penh mungkin kita tidak akan menemui atau dapat melihat kedaifan kehidupan penduduk-penduduk yang susah ini. Andai kita ingin melihat golongan yang susah, perlu keluar dari bandar, mungkin perjalanan mengambil masa sekitar sejam, untuk membolehkan kita melihat situasi yang diterangkan awal tadi.
Jurang ekonomi yang ketara kelihatan antara golongan berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah. Usaha untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada rakyat tempatan perlu dilakukan, terutama yang berada di kampung-kampung ini. Ada skop pemikiran yang telah diamalkan sejak dari kecil menyebabkan mereka masih berada di tahap sekarang. Semoga usaha dari pelbagai pihak untuk membantu penduduk di sana dipermudahkan.
Ini merupakan pengalaman pertama saya ke Kemboja mengikuti urusan korban di sana. Sepanjang 5 hari berada di Kemboja, banyak perkara yang membuatkan saya termenung jauh, bagaimana sebenarnya begitu banyak nikmat yang sedang kita kecapi.
Nota Denaihati : Syukur kepada yang dapat berkorban tahun ini kepada yang belum mulakan mengumpul duit dari sekarang untuk tahun depan. Terlalu banyak ganjaran yang telah ALLAH janjikan untuk mereka yang menyempurnakan ibadah kurban … kalau bukan kita yang yakin dengan hjanji ALLAH siapa lagi.
232 Comments
daging korban masih tersimpan di peti ais. nak masak semua skali waktu raya hari tu tapi dah naik muak.
Seronoknya tengok suasana korban ni…dah lama tak korban..InsyaAllah nak korban juge nanti…
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk tu adalah dari Allah jua diatas kelemahan kita sendiri…
Semoga semua yang baik itu sentiasa mendapat kebaikan dariNya…29 ekor tu dah cukup banyak tu…
masih ada lagi tempat yg bertanah merah ek.. smoga ibadah korban tahun ini diterima Allah SWT amin..
semoga Allah mengurniakan kita pahala dan keberkatan dalam hidup ini kerana melakukan ibadah ini..
Alhamdulillah selesai. Sronoknya dapat bantu mereka. Sukarnya kehidupan di sana, Semoga Allah permudahkan
http://sihatgojes.blogspot.com/
masih lagi bertanah merah.. kesiannya mereka. Syukur alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan kpd Malaysia.
Subhanallah diberi keizinan oleh Allah untuk melihat keadaan di sana. Ada lah bahagian lembu keluarga kami di sana.
Untuk korban tahun depan, boleh mulakan menabung dari bulan ini
Semoga kebaikan dan amalan ibadah qurban tahun 2014 ini diterima Alllah Ta’ala aamiin
Kesian…kita ingat kita susah rupanya ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
Semoga ibadat korban tersebut mendapat ganjaran yang amat besar dari Allah s.w.t samada di dunia mahupun di akhirat kelak.
Di Malayisa jarang kita jumpa dengan jalan yang tanah merah lagi. Insaf dengan kelebihan yang ada di sini
memang bagus ibadah korban ni dilakukan di sana..sebab mereka lebih memerlukan..
Saya harap hajat saya untuk menyertai program korban di Kemboja ni pada tahun hadapan akan dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Hajat nak buat tahun ni…tapi masih mencari-cari maklumat khuatir ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan. In Shaa Allah…tahun hadapan.
alhamdulillah.. nampaknya semua urusan korban di kemboja berjaya dilaksanakan oleh pihak equrban.com.. semoga tahun depan akan lebih ramai orang buat korban dengan equrban..
Comments are closed.