Kembara kasih sayang dari Segamat ke Batam

Spread the love

Salam 1Malaysia, kesibukan bersama keluarga dalam acara kembara cuti sekolah menyebabkan kurangnya masa untuk bersama Denaihati.com. Dari kejauhan masih ada masa sesekali sekala melihat komen teman-teman melalui iPhone tetapi tak mampu nak reply kesemuanya.

Selama 2 minggu ini kami sekeluarga bergerak dari ke Segamat, Kuala Lumpur, Sabak Bernam, Tanjung Piandang, Lumut, Klang, Shah Alam, Bukit Mahkota dan sekarang berada di Batam. Kam ziarah ibubapa, ibubapa mertua, pak cik, mak cik, abang ipar, adik ipar dan keluarga angkat. Alhamdulillah anak-anak gembira apabila aku lapangkan sepenuh masa bersama mereka. Orang bijak pandai berkata berapa lama dengan keluarga tidak penting tetapi kualiti ketika bersama itu yang paling utama.

keluarga Denaihati 2014

Manusia hanya menghargai SIHAT apabila sudah ditimpa SAKIT begitu juga manusia hanya menghargai KASIH SAYANG apabila sudah tiada keluarga atau orang kita sayangi. Berapa ramai ibubapa tiada masa untuk bersama anak-anak hanya kerana terlalu fokus kepada kerjaya. Masa terus berlalu anak kian membesar dan ibubapa kian tua. Tiada apa yang boleh ibubapa lakukan apabila nasi sudah jadi bubur kerana anak yang sudah dewasa tidak boleh lagi ditegur atau dimarahi.

Dalam keadaan dunia yang sangat mencabar menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyediakan lebih masa yang berkualiti bersama anak-anak yang merupakan pelaburan bukan sahaja di dunia tetapi yang paling utama di akhirat.


Spread the love

88 Comments

  1. wah kembara sakan bro cuti sekolah kali ni..bertuah anak2 bro..eh lupa plak, selamat hari bapa bro 🙂

    1. @mieran, bagus la bro DH ni kan mieran..x abaikan anak2 dah berikan kasih sayang yang cukup kepada anak2nya..

  2. ibu bapa kena selalu ambil berat pasal anak mereka. walau sesibuk mana pun ibu bapa, waktu bersama anak2 perlu ada

  3. sejauh mana mu menapak, tapi belum sampai-sampai juga lagi ke teratak usang aku ni bro?

    p/s: mu yang sms aku pasal ijtimak tu rupanya 🙂 Sorry bro, aku balik Ganu makan keropok.

    1. @nuances pen dofollow, Dalam kekeluargaan, itu yang terpenting sekali. Rsanya dalam berblogging pun benda yang sama perlu ditegakkan.. hehe

      1. @Anazkia, Bulan lepas ada kawan saya orang Makassar membawa saya pegi ke Makassar juga.. tapi disebabkan waktu, saya tidak dapat ikut dia pegi sana.

  4. Betul tu DH, kualiti bersama keluarga lebih banyak impak dalam merapatkan lagi ikatan kekeluargaan, lagi-lagi pun sekarang cuti sekolah, anak-anak mesti suka..hmmm

            1. @Bang Iwan, Kembara di alam siber juga bagus, cumaan feeling tu tak sehebat daripada bila kita sediri menjejakkan kaki ditempat itu.

    1. @kulanz, Teringat pula zaman waktu kecik dulu. Pakcik selalu datang kerumah bawa anak2 dia.. Meriah juga waktu tu. dah la dorang tidur dekat rumah, dapat pulak jumpa saudara yang sama umur dengan saya..

  5. Wa.. Kembara ni.. banyaknya tempat yang telah dilawati. Mesti anak-anak gembira jer kalau macam ni. Yer la, bukannya selalu dapat bersama dengan keluarga lebih-lebih lagi membuat aktiviti kunjung mengunjungi.

  6. Pingback: Tweets that mention Kembara kasih sayang dari Segamat ke Batam -- Topsy.com

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!