Kembara Denaihati ke Tokyo

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tepat jam 7.30 am pada 11/8/2015 buat pertama kali menjejaki kaki di bumi matahari terbit yang menjadi impian sekian lama. Sudah merantau dari New Zealand sehingga ke Holland tidak rasa lengkap kalau belum singgah ke Tokyo sebuah kotaraya metropolitan yang terbesar di dunia. Kali ini aku memilih menaiki MAS penerbangan terus tujuh jam ke Airport Narita. Sebelum pergi buat sedikit kajian melalui google dan blog kekawan yang sudah sampai ke Jepun sebab yang paling nak tahu hal makan halal di Tokyo.

Jepun negara Matahari terbit
Jepun negara Matahari terbit
Airport Narita Tokyo
Airport Narita Tokyo

jalan-jalan di Tokyo

ikan salai Tokyo

Alhamdulillah proses imigresen dan kastam berjalan lancar yang penting borang pendaratan mesti diisi penuh. Sebelum sampai dikaunter ada pertugas yang akan periksa borang pendaftaran kalau tak sempurna kena isi bagi sampai betul. Biasalah sebagai seorang netprenuer bila sampai je Airport Narita yang dicari adalah sim kad untuk memudahkan online. Sim kad utk broadband boleh dibeli di kiosk atau dikaunter yang memang banyak di lobi ketibaan. ada juga khidmat sewa wifi tapi aku tak smepat nak explore. Arahan untuk menaiki keretapi atau teksi atau bas untuk ke Tokyo juga ada disetiap pintu keluar. Sebab pertama kali jadi aku memilih menaiki teksi walaupun agak mahal berbanding menaiki keretapi supaya tidak tersasar dari arah tujuan. Jangan lupa tukar Ringgit ke Yen dan sebaiknya tukar di Malaysia untuk dapat nilai terbaik. Bukan apa tak semua money changer di luar negara terima Ringgit Malaysia. Nak selamat bawa US Dollar dimana-mana negara diterima,

Ginza Tokyo

Ginza pusat shopping di waktu malam
Ginza pusat shopping di waktu malam

Tokyo bandar bersih

Sayuran Segar Tokyo

Aku menginap di Hotel Countryard Marriot Ginza di tengah-tengah Tokyo. Alhamdulillah tak jauh daripada hotel ada beberapa restoran halal antaranya Restoran Rasa Malaysia yang sudah lebih 16 tahun beroperasi, Restoran Annam dan Restoran Konya. Masjid yang terdekat mengikut aplikasi Zabihah ialah Masjid Hiroo jarak kira-kira 1.8 km berhampiran dengan Kedutaan Besar Republik China. Tak jauh dengan masjid juga ada restoran halal iaitu Restoran Katatata yang menghidang masakan Chines Muslim dan Restoran Aladdin yang menghidangkan masakan arab. Selain itu boleh juga makan di Restoran Maharaja di kawasan Ginza kepada yang suka masakan India. Semasa makan di restoran Maharaja ni teringat kenangan makan di Restoran Maharaja di Paris. Jangan risau tentang restoran halal ada banyak di Tokyo. Tokyo adalah bandaraya paling  banyak restoran di dunia melebihi 80,000 outlet.

Restoran Katatata Tokyo
Restoran Chines Muslim Katatata Tokyo
Restoran Rasa Malaysia Tokyo
Restoran Rasa Malaysia Tokyo
ABC memang sedap
ABC memang sedap

Teh Hijau Tokyo

makan jepun sedap

Nak merasai nikmat mengembara di Tokyo aku berjalan lebih daripada 10 km menyusuri jalan dicelah bagunan pencakar langit. Melihat betapa disiplinnya warga Jepun dengan sopan santun yang memang tidak terlawan kita orang Kuala Lumpur. Paling best kemana sahaja aku pergi tempatnya bersih walaupun dilorong belakang bagunan. Sistem jalan yang sangat teratur dan pemandu teksi yang sangat berhemah jauh sangat kalau nak banding dengan sebahagian pemandu teksi Kuala Lumpur yang kelihatan kurang disiplin. Ada laluan pejalan kaki dan laluan basikal sebelah menyebelah jadi ramai warga Tokyo yang berbasikal. Jaring metro di Tokyo pun sangat canggih tapi tak sempat aku nak mencuba. Ternampak juga kelibat kereta laju antara kota yang kelihatan memang canggih.

bas hip hop Tokyo

Sungai Tokyo

Masjid Hiroo Tokyo
Masjid Hiroo Tokyo
Beca manusia di Tokyo
Beca manusia di Tokyo
Hentian bas hip hop simple je
Hentian bas hip hop simple je

Bagi melengkapi kembara singkat di Tokyo aku menaiki bas hip hop untuk menerokai kotaraya moden yang sangat besar. Rupanya sistem bas hip hop di Tokyo tidak sama dengan di kota London, Paris, Rome dan Amesterdam. Jenuh aku berjalan bolak balik nak menjadi lokasi hentian walaupun ada peta di tangan, rupanya hentiannya simple sahaja dan tiada agen menunggu seperti di tempat lain. Ada dua jenis bas iaitu satu trip tak boleh turun dan satu lagi jenis yang kita boleh turun dan tukar-tukar bas yang berlainan arah. Dua jam di atas bas hip hop dapatlah aku melihat keindahan Tokyo dengan bagunan moden dan lama yang unik, tokyo sky tree, sungai yang bersih mengalahkan Sungai Thames di London. Paling best ketika lalu di Akihabara City lokasi gajet paling best di Tokyo punyalah ramai manusia dengan lampu neon berwarni warna memang terbaik.

Sahabat ijad & isteri dari Putrajaya
Sahabat ijad & isteri dari Putrajaya
Salahudin kawan Malaysia menetap di London
Salahudin kawan Malaysia menetap di London
Semua buku bahasa Jepun di book store
Semua buku bahasa Jepun di book store

Pos Box Tokyo

Antara keunikan kota Tokyo di bawah flyover keretapi semuanya dipenuhi dengan kedai samada restoran, cafe, kedai basikal, kedai pakaian dan sebagainya. Katanya semua kedai di bawah flyover keretapi ini tidak beralamat. Lagi satu memang benar seperti yang aku baca orang Jepun ni bila abis kerja tak akan balik tetapi menghabiskan masa bersama kawan-kawan di restoran dan cafe sehingga lewat malam. Majoriti restoran dan cafe memang penuh disebelah malam. Isteri akan malu jika suami mereka balik awal tak macam kat Malaysia kalau suami balik lewat mahu berpuluh miss call … jangan marah ya para isteri sebab ni kisah benar.

Antara kedai di bawag flyover keretapi di Tokyo
Antara kedai di bawag flyover keretapi di Tokyo

shopping mall Tokyo

Restoran Jepun di Tokyo

Memang tak puas kembara Denaihati di Tokyo kerana beberapa hari  tak sempat nak pergi semua tempat menarik, nak kena ulang balik dan next trip mesti kena bawa famili. Paling tidak pun empat hari baru boleh cover menjejaki tempat menarik di Tokyo. Nak tengok gambar-gambar Denaihati travel di lebih 15 negara jom klik Gambar Menarik Denaihati kembara dunia.

Tokyo Sky Tree


Spread the love

188 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!