Kembara Denaihati ke Amsterdam 2015

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dari Kembara Paris kami bergerak menaiki keretapi laju Tahlys yang berkelajuan maksima 300km/jam dari Station Guar De Nord. Pemandu teksi yang mengantar kami berulang kali bagi warning supaya menjaga barang-barang berharga ketika berada di Station Guar De Nord kerana banyak sindikit pencopet di sini. Perjalanan merentasi bumi Perancis ke Holland melalui Belgium melalui muka bumi yang sangat cantik sehingga tak terlelap mata.

Station Gare De Nord ke Amsterdam

Keretapi laju Thalys ke Amsterdam

Selepas tiga jam setengah singgah sekejap di Station Brussel, Antwepen, Schiphol akhir kami sampai di Station Amsterdam Central. Biasalah untuk seorang blogger pekara pertama setting roaming untuk update news, Celcom di Holland guna khidmat telco Vodafone. Apartment yang kami sewa hanya sejauh 300 meter dari Station Amsterdam Central jadi kami hanya berjalan kaki sahaja. Pemandangan pertama yang dilihat basikal sana basikal sini, basikal di mana-mana memenuhi kota Amsterdam.

Basikal di Amsterdam

Basikal di Amsterdam

berbasikal di Dam Square Amsterdam

Sebelum sampai Amsterdam risau juga dengan makanan halal tapi alhamdulillah dalam perjalanan ke apartment sudah jumpa tiga restoran halal dan paling best sebelah apartment pun ada restoran tandori halal. Alhamdulillah apartment yg kami sewa pada kadar RM2100 sehari memang besar, tiga tingkat jadi setiap pasang duduk satu tingkat. Kemudahan dapur dan mesin basuh pun ada, cuma yang mencabar nak bawa naik beg besar dicelah tangga yang sempit dan berpusing untuk naik ketingkat satu, dua dan tiga, nasib baik ada tiga jejaka gagah.

apartment Amsterdam

Makan malam di Amsterdam

Amsterdam Holland

romantik di Amsterdam

Apartment yg kami sewa memang di tengah-tengah Kota Amsterdam dekat dengan kawasan membeli belah dan Dam Square. Hari pertama kami window shopping di kedai-kedai belakang apartment dan singgah juga di Mall de Bijenkorf yang ada berbagai jenama terkenal dunia seperti Gucci, LV, Hermes dan sebagainya. Tak jauh dari Mall de Bijenkorf lebih kurang 100 meter sahaja kami juga singgah di Magna Plaza yang juga ada bermacam jenama.

restoran halal Amsterdam

Kebab Halal Amsterdam

Pizza halal Amsterdam

keindahan Amsterdam

Hari kedua kami pusing-pusing Kota Amsterdam menaiki Canal Cruises selama tiga jam pada kadar €22 yang juga boleh naik Big Bus Amsterdam. Memang banyak tempat menarik di Amsterdam tetapi kami tidak singgah. Kami hanya singgah di Body Worlds Amsterdam melihat pameran tubuh manusia yang diawet. Di Amsterdam memang ada macam-macam muzium kalau ada masa memang bagus singgah disemua tempat menarik ini selain taman bunga Keukenhof yang sungguh cantik. Dua hari di Amsterdam terlalu pendek untuk singgah disemua tempat menarik di Amsterdam. Uniknya Amsterdam selain basikal adalah bentuk bangunan yang bermacam rekabentuk menarik.

De Bijenkorf Mall Amsterdam

shopping di Amsterdam

city sight seeing Amsterdan

Canal Cruises Amsterdam

terusan di Amsterdam

Body Worlds Amsterdam

kawasan shopping Amsterdam

Dari Amsterdam kami pulang ke London melalui Airport Schiphol ke London Gatwick Airport. Persinggahan sehari untuk aku sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Di London kami menetap di Days Hotel Waterloo, dapat diskaun pada kadar £70 semalam sebab syarikat Malaysia Shapadu Bhd salah satu pemegang saham hotel ini. Bagusnya Days hotel ini hanya beberapa ratus meter dengan restoran Halal Chicken Palace dan Cafe Ishaq. Dah ada kat London kalau tak singgah pusat membeli belah Harrods memang tak sempurna. Untuk kali ke dua berada di London tapi tak sempat nak singgah Stadium Emirates.

Airport Schiphol Amsterdam

London Gatwick Airport

Chicken Palace London

Harrods London

Kak Fatimah Mesra Homestay NZ

Sebelum balik kami di bawa oleh pemandu Mr. Hassan ke Bicester Village, pusat membeli belah berbagai jenama yang terletak lebih kurang sejam setengah memandu dari Kota London. Memang banyak jenama dengan diskaun sangat menarik. Tapi punyalah ramainya orang Malaysia dah macam di Malaysia pulak. Paling tak sangkat terjumpa Kakak Fatimah tuan Homestay Mesra di Auckland New Zealand yang bercuti dengan adik dan anaknya. Terasa kecik betul dunia ini. Selain itu terjumpa juga mantan Ketua Pengarah JAKIM dan mantan Ketua Pengarah JPJ. Bagusnya Bicester Village ini ada tempat solat tapi nak cari makanan halal memang susah kena bawa bekal itu yang terbaik. Memang tak terikut orang Arab yg bedal je makan kebab dan sandwich yang dijuak di outlet dalam kawasan tersebut.

Bicester Village London

Hassan London

heathrow airport terminal 4 departure

Lapan hari Kembara Europe dari London ke Paris ke Amsteram dan berakhir di London terasa terlalu sekejap. Masa untuk meninggalkan London dengan penerbangan MAS melalui terminal 4 London Heathrow Airport. Haji Zainal dan isteri pulang lewat sehari dan Haji Yusri dan isteri pulang lewat dua hari. Alhamdulillah proses imigrasi dan claim cukai semuanya dipermudahkan ALLAH. Rezeki dalam alam pesawat kami duduk sebelah Kakak Ann dari Batu Anam Segamat. Aku tak berapa kenal tapi insyaa Allah abah aku mesti kenal sebab orang lama satu mukim. Selain itu berkenalan juga dengan sahabat dari Johor Bahru saudara Nidzam yang membawa keluarga ke beberapa negara di Europe.

Kak Ann dari Segamat

Nidzam johor bahru

Alhamdulillah syukur ALLAH permudahkan Kembara London dan Kembara Paris serta Kembara Amsterdam kami dengan diberi kesihatan dan keselamatan. Semuga kembara ini ada manafaat untuk kehidupan seterusnya. Masa untuk kerja kuat kumpul dana untuk Kembara 2016.


Spread the love

53 Comments

  1. Salam bkenalan drp kami makan angin London
    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.
    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Instagram: makananginlondon
    http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk
    ———————————————————————-
    Amsterdam & Belgium
    Tulip Garden package
    25 April – 16 May 2016
    3D 2N | 3D2N
    5 px | 6 PX
    £2500 | £2850
    What included in the package
    – Hotel
    – Breakfast
    – Ferry fare
    – MPV
    – Netherland
    Keukenhof, Zaanse Schans windmills,
    – Belgium
    Atomium, Mini Europe
    Harga ade berubah terubah
    Hotel reservation & ferry fare
    ———————————————————————-

  2. Salam bkenalan drp kami makan angin London

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Instagram: makananginlondon
    http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk

    ———————————————————————-
    Amsterdam & Belgium
    Tulip Garden package
    25 April – 16 May 2016
    3D 2N | 3D2N
    5 px | 6 PX
    £2500 | £2850
    What included in the package
    – Hotel
    – Breakfast
    – Ferry fare
    – MPV
    – Netherland
    Keukenhof, Zaanse Schans windmills,
    – Belgium
    Atomium, Mini Europe
    Harga ade berubah terubah
    Hotel reservation & ferry fare
    ———————————————————————-

  3. Assalamualaikum..
    Hanya nak tanya apa nama apartment yang puan tinggal semasa di amsterdam, kami merancang nak ke sana pada bulan 4 tahun depan Insyaallah. Sekarang ni tengah buat research nak stay kat mana.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!