Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “tips selesaikan masalah hidup“. Kali ini Abang nak berkongsi kelebihan amalan membaca surah Yassin setiap hari.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Siapa di sini yang tidak mahukan kejayaan, pasti semua berusaha untuk berjaya tapi lebih ramai yang gagal daripada yang berjaya. Bijak pandai berkata bumi mana yang tidak ditimpah hujan dan hikmahnya bumi yang sering ditimpa hujan pasti subur untuk bercucuk tanam. Ada juga yang berkata untuk melihat pelangi yang indah pasti akan ditimpa hujan yang lebat dahulu. Kesimpulannya ujian ALLAH pasti sebelum kita menikmati kehidupan yang lebih indah dan baik.
Abang pernah melalui zaman-zaman yang suram sebelum meniti kejayaan. Apabila kita dihimpit masalah hidup cari kawan yang dapat menasihati kita bukan menambah sulit kehidupan. Teringat dahulu ketika susah Abang telah meminta tips daripada seorang alim. Antara syornya adalah supaya Abang menjaga amal. Apabila kita jaga amal insyaa Allah pertolongan dari ALLAH akan datang.
Kehebatan Amalan Membaca Surah Yassin
Antara amalan yang diberi dan sudah menjadi sebati dalam hidup sehingga sekarang adalah BACA SURAH YASSIN setiap hari selepas solat maghrib atau solat suboh. Ustaz kata bacalah setiap hari sampai mati. Setelah Abang amalkan, hasilnya sangat menakjubkan.
Selepas daripada peristiwa itu apabila kekawan mengadu nasib susahnya kepada Abang, pasti amalan membaca yassin akan Abang kongsikan kepada mereka. Pernah juga beberapa kali Abang buat status umum di Facebook.
Sejak sekolah di asrama menjadi budaya setiap malam Jumaat baca Surah Yassin berjemaah di surau. Masa di kampung sebelum masuk asrama selalu juga dengar geng Masjid baca surah Yassin setiap malam Jumaat. Budaya membaca surah Yassin setiap malam Jumaat berterusan kalau tidak di Surau buat di rumah atau lansung tak buat. Walaupun surau depan rumah kalau tak dapat hidayah memang tak menjengah.
Segalanya berubah apabila ALLAH uji Abang dengan ujian dunia beberapa tahun lepas. Sahabat Abang yang sangat alim bagi tips bila dia tengok Abang serupa orang tak sudah sebab banyak sangat masalah, dia suruh Abang baca Surah Yassin selepas solat Maghrib, kalau tak sempat baca lah selepas Suboh setiap hari sampai mati. Katanya selain sunnah Nabi, insyaa Allah segala kesusahan akan dipermudahkan urusan oleh ALLAH. Sahabat Abang tunjukkan hadis untuk menyokong pendapat tersebut. Tapi jangan harap buat sekali terus nak dapat mukjizatnya. Amal paling tidak 40 hari dan istiqomah selagi nyawa dikandung badan, nasihat kawan Abang tu lagi. Nak tahu hasilnya … sila amalkan dan nanti kongsikan pengalaman kepada Abang.
Ini sebahagian daripada maklumbalas daripada rakan-rakan :
Kartina Mohammed : Saya bukan nak komen tentang bisnes. Cuma nak ucapkan jutaan terima kasih atas saranan saudara tak lama dulu tentang amalan membaca surah Yaasin 40 hari selepas solat subuh. Alhamdulillah dengan izin dan kasih-sayang-NYA, saya dapat anugerah yang terindah dari amalan tersebut. Tak perlu lah rasanya diperincikan apa yang dihadiahkan. Tiada ungkapan yang dapat diluahkan betapa agung pemberian-NYA.Saya syorkan pada semua, baca dengan tartil, hayati dengan jiwa seorang hamba surah tersebut. Kalau boleh jangan berhenti setakat 40 hari saja. Teruskan sampai bila-bila dan juga jangan ditinggalkan surah al-Baqarah hingga an-Naas. Ulang dan ulang… Pada siapa lagi kita nak bergantung harap?? Terima kasih sekali lagi pada saudara dan pada yang mengesyorkan amalan tersebut.
Faiz Yusof : Saya juga pernah di syorkan Abg Amir Amalan baca Surah Yassin subuh atau magrib alhamdulillah keindahan selepas beramal hanya Allah je yang tau..hngga ke hari ini dah sebati menjadi amalan.
Begitulah hebatnya Al Quran tak pernah menipu yang sentiasa dapat membantu kita apabila kesusahan. Satu lagi tips abang nak kongsi, juga ilmu dari seorang ustaz.
Al Quran ada jawapan untuk setiap masalah
Suatu masa dahulu ketika Abang diuji dengan masalah dunia. Terjumpa seorang teman yang sangat alim. Dia nasihat Abang bila ada masalah baca Al Quran di situ ada jawaban untuk setiap masalah. Katanya bila sedang susah hati tak tahu kemana nak pergi, mohon doa pada ALLAH sambil pegang Al Quran. Ketika pegang Al Quran niatkan semuga ALLAH beri pertunjuk. Buka Al Quran tak kisahlah mana-mana muka surat yang terbuka oleh tangan. Kemudian selak 7 muka surat ke depan dan baca ayat yang ke tujuh.
Abang buat apa yang sahabat ajarkan itu. Memang benar terasa ALLAH berkata-kata menunjukkan penyelesaian masalah yang sedang dihadapi melalui maksud ayat tersebut.
Nur Ainal Aidil : As salam tuan Amir Denaihati selepas tuan share post ni saya terus amalkan sebab diri ni sedang mencari sesuatu dan dalam masa yang sama sedang alami dugaan dari Allah. Dugaan tu semakin berat hari ni.. Ya Allah benarlah al quran tidak pernah menipu tanpa disedari ayat yang saya baca Allah ingat kan saya tentang sifat kembali pada Nya… Allahu jahilnya diri ini. Terima kasih tuan telah membuka luas minda dan hati saya walaupun selama ini saya tau tawakal kepada Allah.
M Jamil Ali : Sebab dah pernah buat. Ingat sangat pesan ni memang amat terkesan sampai skrg. insyaAllah terus menjadi amalan
Tempat terbaik mengadu dan memohon perlindungan
Abang pernah bertanya kepada ustaz kenapa sudah puas berdoa tapi masalah tidak juga selesai masalah dan tidak pertunjuk untuk selesaikan masalah.
Ustaz bawa kisah Siti Hajar yang berlari dari Bukit Shafa ke Bukit Marwah untuk meminta bantuan daripada khabilah setelah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s. Ketika itu Nabi Ismail a.s menangis kelaparan dan kehausan, Siti Hajar terus berlari berulang-ulang dari Bukit Shafa ke Bukit Marwah mengharap bantuan daripada pada manusia yang lalu di situ.
Akhirnya Siti Hajar kecewa kerana tiada siapa yang datang membantu dan ketika itu Siti Hajar berserah sepenuhnya kepada ALLAH.
Maka bantuan ALLAH turun.
Begitu juga kita apabila diuji dengan masalah kita berdoa tapi mengharap sangat bantuan kekawan dan keluarga maka kita pasti akan terus kecewa. Kekecewaan akan berganda apabila kita rasa kecewa kerana tiada sesiapa yang sudi membantu. ALLAH akan biarkan kita terus kecewa kerana kita yakin hanya kawan kita sahaja yang dapat membantu selesaikan masalah kita.
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِاللَّهِ نَصِيرًا
“… dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong.” (An-Nisaa’: 45)
Pasti ada kekawan yang pernah merasa keajaiban bantuan dari ALLAH apabila serah diri sepenuhnya kepada ALLAH bukan pada manusia.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
47 Comments
Yang penting itu konsisten kan. Sekurang-kurangnya 40 hari berturut dan yakin Allah Pemberi Rezeki.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vitamin Untuk Bantu Naikkan HB Ibu Mengandung Supaya Nurse Tak Bebel
Dengan usaha yang konsisten tanpa putus, insyaallah boleh selesai kurang dari 40 hari.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Alhamdulillah, terima kasih atas tips, jum kita sama sama amalkan 😁
Curahan rasa Syakilla @ ..5 Sebab Bersenam Selain Untuk Menurunkan Berat Badan
Dulu saya tak amalkan. Sampai masa bapak saya sakit dan meninggal, saya amalkan setiap selepas Subuh. Alhamdulillah, hati tenang dan rezeki tak putus.
Semuanya kena kembali kepada Al-Quran
Curahan rasa Sithy Harjieah @ ..Vitamin Yang Diperlukan Ibu Mengandung Agar Ibu dan Bayi Sihat
Itu impian setiap orang kan. Hati yg tenang dan rezeki yang tak putus-putus. Semoga kita semua dikurniakan olehNya
Curahan rasa JMR @ ..Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban
Alhamdulillah… Terima kasih perkongsian pasal surah yasin ni… Saya pun selalu terfikir susahnya la nak lalui kehidupan ni… Dah la tak kerja… Harapkan suami je… Buat bisnes pun macam tak jalan… In shaa Allah saya akan cuba amalkan baca surah yasin setiap hari…
semoga Paahjais dikurniakan rezeki olehNya. Jangan givap utk terus berbisnes 🙂
Curahan rasa JMR @ ..Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban
Subhanallah, hebatnya penangan Yaasin, al-Quran khasnya.
Bila lintasan hati dimakbulkan, terasa sangat tersentuh hati, baikNya Allah.
Thanks sudi berkongsi Tuan DH
Lepas baca artikel tuan ni
Saya sedikit sebanyak tergerak hati untuk berfikir, mungkin juga sebab rakyat Malaysia amalkan bacaan surah yasin saban masa dalam majlis kenduri tahlil mendatangkan keberkatan pada negara kita
Sebab itu Allah beri rezeki melimpah ruah. Wallahualam kan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Ostematrix untuk ibu mengandung & 7 Kebaikannya! Bukan kalsium biasa
alhamdulillah semoga kita dapat mengamalkan apa yang dibaca dalam yaasin ni
Curahan rasa zool @ ..Barisan kuartet 4 x 100 meter pecah rekod kebangsaan
semoga artikel ini dapat buka mata ramai individu tentang kebaikan mengamalkan bacaan yassin
Curahan rasa nikkhazami @ ..Neffos X1 Lite RM499 Apa Yang Menarik
Alhamdulillah, kita dilahirkan sebagai seorang Islam. Al-Quran adalah petunjuk ke jalan yang lurus, yakni jalan kepada Allah Taala.
Banyak kelebihan bila baca ibu segala ayat al-quran ini, surah Yasin.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Itu parse dan Bagaimana Ia Berfungsi?
Marilah sama-sama kita amalkan bacaan Surah Yaasin. Moga kita mendapat kebahagian dunia dan akhirat
Curahan rasa Panduan Malaysia @ ..Semakan Keputusan Permohonan Murid Tahun 1 2018 Online
Mari sama-sama kita amalkan. Al Quran ada jawapan untuk setiap masalah
Curahan rasa MyPendidikan @ ..Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Di JANM
Mudah2an menjadi amalan berterusan untuk MJ juga.. aminnn
Terima kasih Abg DH untuk perkongsian ni
Curahan rasa Myra Jay @ ..Percutian Keluarga ke Krabi dan Hatyai
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian video ini. Memang benar, banyak kelebihan apabila membaca surah Al-Ikhlas. Konsisten diamalkan.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Atasi Masalah SEMBELIT dengan minum GREENFIT
Alhamdulillah tiap-tiap ssuatu ad kebaikannya yang Allah rahsiakan agar kita lebih bersyukur apabila diberi nikmat. Syukur pada Allah. Perkongsian y cukup bermakna dan menginsafkan.
Curahan rasa Ira @ ..Vivix Shaklee Dari Penjelasan Ketua Saintis Shaklee
alhamdulillah setiap berkunjung ke alamat web denaihati selalu ada pencerahan dari sisi ruhani dan juga informasi lainnya, makasih denaihati
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen Blesstea Kopo Bandung
Comments are closed.