Kelas Wordpress for Business sebagai Platform Usahawan Berjaya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

pada 7 dan 8 Ogos yang lalu, telah berlangsung satu kelas Wordpress for Business di Akademi Denaihati. Seramai 7 orang telah hadir ke kelas ini dan yang paling mengejutkan ada yang sanggup datang dari Jitra, Kedah semata-mata untuk menimba ilmu dua hari tersebut.

Mungkin ada yang hanya menganggap pelbagai perkara sudah diketahui mengenai penulisan di blog, tetapi masih ramai lagi yang tidak mengetahui tentang kepentingan pemasaran melalui penulisan di blog. Hakikatnya ramai yang hanya belajar dengan tutorial dan penulisan di laman carian tetapi tidak berguru dengan yang mahir di dalam bidang tersebut.

Kelas Belajar Blog

Di kelas Wordpress for Business ini, telah diajar banyak perkara seperti:

  • Penulisan artikel berpengaruh
  • Bagaimana memasarkan artikel di Social Media
  • Pelan dan strategi penulisan artikel
  • Bagaimana membina perhubungan dengan pembaca
  • Teknik pemasaran blog
  • Strategi pengurusan blog untuk perniagaan

Ada lagi beberapa perkara lain yang turut dikongsi dan diajar di dalam kelas ini dan yang penting adalah general support selama 24 bulan yang diberikan oleh tenaga pengajar.

Wordpress for Business

Kejayaan untuk menjadi seorang usahawan tidak semestinya terhad kepada sistem pemasaran secara offline. Pada masa sekarang, sudah diketahui trend masa kini adalah juga secara atas talian di mana jutaan manusia menggunakan gajet pada setiap masa. Apa yang dapat dilakukan oleh usahawan juga adalah membuat penulisan yang berpengaruh mengenai produk atau perkhidmatan yang diberikan.

Yuran murah dan berbaloi

Dengan yuran hanya RM850 untuk kelas selama dua hari, sememangnya amat berbaloi. Peserta kelas pertama Wordpress for Business telah melalui aktiviti praktikal yang cukup memberikan impak kepada pelbagai aspek. Bagi menguasai enjin carian untuk produk atau perhidmatan yang kita tawarkan, sudah tentu ia akan dipelajari di dalam kelas tersebut.

kelas wordpress denaihati

Kelas seterusnya akan diadakan pada 17 dan 18 September 2016 di tempat dan masa yang sama. Bagi yang berminat, boleh terus membuat pendaftaran di http://akademi.denaihati.my


Spread the love

36 Comments

  1. Bagus kalau ada kelas belajar wordpress macam ni.. harap-harap saya boleh join next time.. buat masa sekarang terpaksa belajar sendiri guna Sifu Google atau Sifu Youtube la hehehe..
    Curahan rasa Buat Video Iklan @ ..Hubungi KamiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!