Kelas FB ads asas percuma

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dengan izin ALLAH team Denaihati Network berjaya menganjurkan Kelas FB ads asas percuma pada 3 Disember 2015 di Hotel Carlton Holiday Shah Alam. Alhamdulillah setelah diumumkan di FB Denaihati, 42 peserta telah mendaftarkan diri tetapi hanya 25 orang yang berani belajar percuma. Paling menarik majoriti yang datang adalah mereka yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing seperti Abang Ensem, Mohd Yuzry dan Hilal Azmi. Ramai lagi yang nak join kelas tapi terpaksa ditolak kerana sudah penuh tetapi sayang yang dah daftar tak datang pulak,

praktikal kelas FB ads disember 2015

FB ads namia

Sessi pertama aku berkongsikan kisah bagaimana usahawan yang berjaya adalah usahawan yang mengetahui trend semasa perniagaan. Kalau dulu ada trend perniagaan Dot Com dan trend Emas bernilai trillion dollar yang sudah melahirkan berjuta-juta usahawan berjaya. Hari ini sedang berlaku trend sosial media yang telah menjadikan ramai usahawan online yang sangat berjaya. Menjadi kewajiban kepada usahawan yang ingin berjaya untuk belajar ilmu bisnis menggunakan sosial media atau anda akan ketinggalan.

FB ads Hj Radi

abang ensem join kelas FB ads

Sessi kedua dikendalikan oleh Sifu Eizil yang mengajar FB ads asas. Dalam tempoh dua jam peserta diperkenalkan apa itu FB ads dan praktikal menggunakan FB ads menjual produk dan perkhidmatan yang peserta ada. Dua jam memang tidak cukup untuk berkongsi keseluruhan ilmu FB ads. Kelas ini untuk membuka minda betapa pentingnya ilmu bisnis dengan sosial media.

Kelas FB ads asas praktial

Sifu Facebook join FB ads

Sessi penutup peserta sangat beruntung apabila dapat mendengar perkongsian daripada the real jutawan yang berjaya dalam perniagaan menggunakan FB ads dan wassap. Beliau tunjukkan bagaimana membina kejayaan menggunakan sosial media. Beliau berkata trend besar bisnis yang akan datang adalah gabungan sosial media dan networking.

Kelas FB ads asas Disember 2015

Kepada semua peserta ini hanya kelas FB ads asas jadi teruskan mencari guru-guru yang layak untuk mengajar ilmu FB ads advance. Jangan pernah penat untuk belajar ilmu baru untuk menjadi manusia luar biasa.


Spread the love

420 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!