Kelas Buat Blog Akademi Denaihati Januari 2015

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tinggal tak berapa hari lagi, kita akan melabuhkan tirai tahun 2014. Pasti banyak perkara yang telah berlaku dalam lipatan peristiwa sepanjang tahun 2014 ini. Semoga semua yang dirancangkan telah membuahkan hasil.

Sekiranya masih ada yang belum berhasil, usah mengalah. Sambung usaha tersebut di tahun hadapan pula, berakhirnya kalendar setiap tahun, bukan bermakna kita perlu berhenti daripada meneruskan apa yang kita citakan.

Pada Januari 2015, insyaALLAH Akademi Denaihati akan meneruskan siri kelas buat blog kepada sesiapa yang berminat untuk belajar menulis blog dengan lebih teratur dan menambah pengetahuan dalam pengurusan WordPress yang lebih baik.

Istimewa pada Januari ini, kami akan mengadakan 2 sesi kelas, berlainan daripada kebiasaannya. Sesi pertama di Akademi Denaihati, Seksyen 13 Shah Alam, manakala sesi kedua insyaALLAH akan diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dua sesi ini dibawakan khas untuk memberi kemudahan kepada rakan-rakan yang ingin menambah ilmu pengetahuan dalam bidang blogging. Pendaftaran telah dibuka, sebahagian tempat telah pun di isi oleh rakan-rakan yang mengambil tindakan semasa Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog.

Module kelas untuk tahun 2015 juga akan dikemaskini untuk memberikan impak yang terbaik kepada rakan-rakan yang berminat untuk menceburi bidang blogging atau menambah baik tahap blog sedia ada. Berikut adalah jadual kelas buat blog Akademi Denaihati untuk bulan Januari 2015

Jadual akademi denaihati januari

Kepada yang berminat untuk menghadiri kelas-kelas ini, boleh ke halaman Pendaftaran WordPress Essentials atau halaman Pendaftaran WordPress Master Class untuk membuat pendaftaran mengikut lokasi yang dipilih.

InsyaALLAH jumpa dalam kelas Januari nanti. Bersama kita memajukan industri penulisan blog tanahair.


Spread the love

48 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!