Assalamualaikum dan salam 1Dunia, awal-awal dah sms Ustaz di Madrasah An Nuur minta kebenaran untuk bawa keluar anak untuk ziarah anak sulung di Kluang. Dalam perjalanan menuju ke Muar beberapa kali abang telepon tanya di mana dan bila sampai. Aku maklumkan akan sampai lepas maghrib dan minta dia tunggu di asrama. Sekitar jam 8 pm kami sampai di asrama tapi kelibat anak tak kelihatan. Sambil menunggu anak kelihatan kebanyakan kereta yang dipandu di hadapan asrama Madrasah sangat laju. Inilah sikap buruk pemandu Malaysia yang suka memandu laju tak kira di mana walaupun di depan sekolah.
Setelah menunggu hampir satu jam aku sms Ustaz mohon kebenaran ambik anak. Selesai sahaja sms tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu laju di depan asrama brek mengejut. Terdengar bunyi dentupan sangat kuat dan percikan api seperti bunga api. Aku bergegas berlari ketempat kejadian dengan satu niat nak melihat muka pemandu yang memandu laju di tempat yang tidak sesuai. Geram betul dengan sikap pemandu yang suka memandu laju di tempat yang tidak sepatutnya. Rasa macam nak sekeh-sekeh je kepala pemandu tersebut.
Setelah berjalan lebih kurang 100 meter kelihatan kereta Proton Gen 2 tersadai dilorong laju. Seorang lelaki sedang sibuk mengeluarkan dua orang anak berusia dua tahun dan empat tahun dalam kegelapan malam. Kelihatan tiada yang cedera melainkan anak kecil yang menangis mungkin terkejut.
Dalam sibuk aku membantu lelaki tersebut melintas jalan tiba-tiba terdengar bunyi kuat kereta yang dipandu laju di jalan bertentangan melanggar objek yang terdapat di atas jalan. Bukan satu kereta tetapi beberapa kereta melanggar objek tersebut dan terus pancet tayar. Dalam keadaan gelap dan kelam kabut tiba-tiba datang kereta Kelisa yang dipandu laju melanggar objek tersebut dan tidak dapat dikawal lalu berpusing-pusing tiga kali terperosok dalam parit.
Rupanya kereta Proton Gen 2 melanggar tiang elektrik mengakibat tiang patah dah jatuh melintang atas jalan sebelah beserta simen fondasi tiang letrik. Aku berniat nak mengangkat halangan di atas jalan kerana kalau tidak pasti akan lebih banyak nyawa terancam tetapi dihalang oleh Ustaz yang baru sampai kerana dah lah gerap semua kereta laju-laju. Entap berapa belaslah kereta yang pancet tayar melanggar simen dan tiang letrik yang melintang atas jalan.
Keadaan dapat ditenangkan apabila lebih ramai orang kampung dan polis datang. Pemandu kereta Kelisa luka ringan tapi penumpang yang berusia belasan tahun tercampak keluar luka parah di kepala dan muka. Semua dibawa ke hospital oleh ambulan 999.
Inilah hikmahnya menunggu lama, Allah SWT nak tunjukkan kemalangan di depan mata untuk dijadikan pengajaran. Pertama kali melihat depan mata aksi kemalangan ala filem Holywoods. Maaflah tak sempat nak snap gambar.
Mungkin lelaki yang memandu laju Proton Gen 2 sibuk melayan anak kecil dan tiba-tiba ada halangan di depan yang menyebabkan beliau brek mengejut. Alhamdulillah Allah pinjamkan nyawa beliau lagi tetapi asbab kemalangan itu menyebabkan seorang remaja lain cedera parah dan berbelas-belas kerata lain rosak. Allah SWT masih beri peluang hidup kepada beliau tetapi Allah uji pemandu yang lain.
Aku ni pun suka memandu laju biasalah cecah 170 km/sejam tetapi pada masa dan tempat tertentu. Memang seronok memandu laju terutama di jalan yang bengkang bengkok terasa seperti pemandu Formula One. Lahu boleh tapi aku tak akan memandu laju bila bersama keluarga atau di jalan-jalan yang kurang sesuai seperti kawasan kampung dan sekolah. Ketika Kembara Musafir Europe sejauh lebih 2500 km melalui highway tanpa had laju tak ada pun jumpa satu pun kemalangan tetapi di Malaysia suatu yang pelik kalau memandu jauh tak terserempak dengan kemalangan. Siapa sebenarnya yang salah Kerajaan yang buat jalanraya atau pemandu yang psiko bila masuk kereta.
Aku selalu pesan pada isteri kalau berselisih faham teruk macam mana pun tetapi sebelum keluar rumah kami mesti bermaafan kerana bila keluar sahaja rumah kemalangan memang tidak boleh dijangka. Minggu lepas arwah Pak Cik aku meninggal dalam perjalan pulang bersarapan. Kereta kancil yang dipandu terbabas melanggar tembok jalan lalu terbaik ke dalam parit. Beliau meninggal di tempat kejadian. Seperti juga anak saudar aku yang koma berbulan setelah terlanggar lubang dalam perjalanan pulang dari kerja. Kemalangan memang tidak berbau tetapi jangan sesekali jadi pemandu yang mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.
Kongsikan pengalaman anda jika pernah melihat kemalangan di depan mata.
288 Comments
Kemalangan di Jalan raya memang sangat banyak ditentukan oleh para pemandu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cita-Citaku Setinggi Tanah
Dan pemandu harus sadari itu supaya berkendara tidak ugal-ugalan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cita-Citaku Setinggi Tanah
Karena disamping membahayakan diri sendiri, juga lebih berbahaya terhadap orang lain.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cita-Citaku Setinggi Tanah
memandu laju sampai cecah 170 km/sejam. Wah…. cepat sangat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cita-Citaku Setinggi Tanah
Samapi sekarang saya baru ikut naik kereta yang mencecah sampai 130 km/jam.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cita-Citaku Setinggi Tanah
Itupun sudah sangat cepat rasanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cita-Citaku Setinggi Tanah
kenderaan semakin banyak,manusia semakin sibuk dgn urusan dunia,mengejarmasa.kalau tak mau bagi kenderaan laju hadkan kuasa kelajuan kenderaan,pisahkan laluan kenderaan komersil,percepatkan sistem LRT/MRT supaya pengguna j/raya boleh guna kemudahan tersebut seperti di negara maju yg lain.
negara kita pun dah maju cuma x istihar saja.
kecelakaan bisa saja terjadi dimana saja, salah satu faktor utama berkendaraan adalah konsentrasi dan kecepatan kendaraan
Curahan rasa Karakter Pendidikan @ ..Pengertian Efektifitas Pembelajaran
Tidak diragukan lagi bahwa kecepatan tinggi (dalam berkendaraan) merupakan sebab utama terjadinya kecelakaan lalu lintas setiap hari yang mengakibatkan berbagai macam keadaan yang serius seperti kematian, luka parah dan sebagainya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto 20 Grand Finalist Duta Muslimah The World Muslimah Beauty 2012
Setiap muslim dituntut untuk tidak tergesa-gesa dalam segala urusan. Betapa banyak kejadian dan kerugian yang timbul akibat tidak adanya kehati-hatian, betapa banyak kesedihan dan musibah yang muncul karena ketergesa-gesaan !
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto 20 Grand Finalist Duta Muslimah The World Muslimah Beauty 2012
Kantuk merupakan salah satu penyebab utama terjadinya kecelakaan lalu lintas, ini disebabkan karena bergadang dan keletihan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto 20 Grand Finalist Duta Muslimah The World Muslimah Beauty 2012
Maka pengendara wajib memperhatikan hal ini. Janganlah mengendarai kendaraan pribadi ataupun kendaraan kantor kecuali dalam keadaan segar dan pikiran tenang setelah istirahat yang cukup.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto 20 Grand Finalist Duta Muslimah The World Muslimah Beauty 2012
untung saya tidak mengalami yang seperti ini
Curahan rasa cara pemesanan ace maxs @ ..Hello world!
wow aku pasti takutlah kalau lebih dari 100km/jam
Curahan rasa smp3lembang @ ..Mesjid Indah Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei
malang tak berbau…
Curahan rasa Nana @ ..Tak Kenal Erti ” Kesakitan “
Kelajuan sudah sebati dengan jiwa pemandu di Malaysia.
Bila sudah terkena pada diri sendiri atau anggota keluarga yang lain, pada masa itu barulah mereka sedar kelajuan mengorbankan orang lain.
Curahan rasa anif @ ..Bila Sudah Jemu..
paling bgus, biar lambat asalkan selamat…
Curahan rasa Nana @ ..Tak Kenal Erti ” Kesakitan “
Ops sikap banyak kerajaan jalankan,
Untuk memastikan keselamatan,
Yang tak ikut undang2 disaman,
Belum juga kempen ini terus berkesan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Memandu kereta tidaklah bahaya,
Yang takaut cuma motorsikal saja,
Mereka sentiasa terdedah risiko semasa,
Ingatlah pada pengguna jalanraya lain juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Nyawa diri harus dijaga,
Keselamatan keluarga terpilihara,
Jangan buat tak tahu saja,
Ini untuk memastikan tiada apa-apa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Kelajuan boleh mendatangkan bahaya,
Jika tidak berhati-hati di jalanraya,
Kena ikut keadaan situasi semasa,
Jika alpa nahas pasti akan berlaku juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Mesin kalau mau diturutkan maka akan merusak kita
Curahan rasa smp3lembang @ ..London 2012 Rhythmic Gymnastics | Senam Ritmik Logo Google Hari Ini
memandu laju bagi aku boleh menghilangkan rasa mengantukk..betul kata denaihati..nk laju ikut masa dan tempat la..haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #12 – Makanan Orang Kampung
boleh pandu laju tapi kena bwaspada dan sentiasa peka lah…
Curahan rasa Nana @ ..Tak Kenal Erti ” Kesakitan “
Kempen keselamatan jalanraya tanggungjawab bersama,
sama-sama bertekad untuk menjaga tingkah laku ketika memandu. Ops sikap dijalankan ketika musim perayaan harus diambil perhatian dan perlu kesedaran yang jitu agar mengurangkan kemalangan semaksimun mungkin, agar tidak banyak nyawa melayang begitu saja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Comments are closed.