Kejayaan dalam perniagaan dalam usia muda bukan lagi suatu yang mustahil

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

bermula harini dan esok, kempen #YOUCANDUIT sedang berjalan dengan pelbagai aktiviti. Ini merupakan program yang ketiga diadakan pada tahun ini untuk memberikan pendedahan kepada semua rakyat berbilang bangsa. Aktiviti-aktiviti yang akan memberikan pendedahan mengenai ekonomi digital dan penjanaan pendapatan menggunakan platform Digital.

Anda boleh hadirkan diri ke Stadium Hang Jebat, Melaka untuk menyertai program 2 hari ini. Terdapat juga pelbagai aktiviti sempena hari Belia yang turut diadakan di lokasi yang sama.

Program #YOUCANDUIT Melaka

Kejayaan anak muda di negeri Melaka

Harini, kami berkesempatan untuk bertemu beberapa peserta program #eUsahawan yang telah melalui program latihan sejak tahun 2016 lagi. Alhamdulillah, mereka ini telah berjaya meningkatkan jualan mereka menggunakan platform digital. Jika sebelum ini mereka hanya fokus kepada pemasaran luar talian, melalui program eUsahawan mereka menambah kaedah mereka memasarkan produk mereka.

Nurul Ashikin – Usahawanita Kuih Kapit Crunchy

Nurul Ashiking Kuih Kapit Cruncy

Anak muda bernama Nurul Ashikin ini mengusahakan perniagaan Kuih Kapit Crunchy yang membolehkan kita menikmati kuih kapit dengan perisa coklat dan kacang. Beliau sebelum ini menggunakan medium pemasaran luar talian sahaja. Alhamdulillah walaupun hanya menggunakan pemasaran luar talian, jualannya boleh mencecah RM3,000 sebulan.

Sejak menyertai kelas latihan pemasaran online melalui program #eUsahawan, Ashikin atau lebih digemari untuk dipanggil Ikin telah berjaya mengembangkan perniagaannya 3 kali ganda daripada sebelum ini. Jika sebelum ini, beliau hanya menguruskan perniagaan sendiri, kini beliau telah mempunyai agen yang membantu memasar dan mengedarkan produk beliau.

Menjelang bulan ramadan yang bakal kunjung tiba, Ikin telah menerima tempahan lebih 1000 balang untuk kuih kapitnya yang enak. Buat sementara waktu, tempahan terpaksa ditutup untuk membolehkan beliau dan tim operasi menyiapkan semua tempahan.

Syazlin Mansor – Usahawanita Produk Kosmetik

Syazlin pengusaha produk kosmetik

Anak muda kedua yang berkongsi pengalaman dan cerita beliau bagaimana sebeum ini beliau hanya memasarkan produk orang lain dan berjaya menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan. Beliau telahpun menggunakan platform digital untuk memasarkan produk beliau sebelum menyertai program eUsahawan.

Namun ternyata, apabila beliau menyertai program dan latihan yang disediakan oleh pihak MDEC, perniagaan beliau berkembang maju. Hari ini, beliau telah mempunyai produk dengan jenama beliau sendiri, dan setakat hari ini, jualan purata sebulan produk beliau adalah lebih RM40,000.

Produk beliau juga telah dipasarkan ke negara seperti Brunei, Indonesia dan Singapura, selain pasaran dalam Malaysia. Mempunyai lebih 100 agen yang aktif, Syazlin merancang untuk meluaskan lagi pasaran produk beliau.

 

Kisah kejayaan yang memberi motivasi

Semua kisah-kisah kejayaan ini memberikan kita semangat, bahawa kejayaan bukanlah terhad kepada yang berada di kota semata. Lokasi bukan penghalang apabila kita boleh menggunakan platform digital untuk membuat pemasaran.

Komitmen yang diberikan oleh pihak MDEC untuk meneruskan kempen #YOUCANDUIT yang telah masuk tahun ketiga ini, sangat memberikan manfaat kepada begitu ramai rakyat berbilang bangsa. Kempen #YOUCANDUIT ini juga tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak mendapat sokongan secara langsung daripada Perdana Menterti kita, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Tahniah diucapkan kepada penganjur dan para peserta yang mengambil tindakan selepas menjalani program latihan yang telah diadakan.

 

 


Spread the love

50 Comments

  1. Zaman sekarang dah berubah, memang nampak perubahannya apabila medium yang digunakan mengikut arus yang lanjut. Medium teknologi dan internet lebih dekat dengan orang muda, maka tidak harian masa depan usahawan bakal di dominasi oleh golongan muda pada sikit masa lagi.
    Curahan rasa Hadi @ ..Pakej Honeymoon Langkawi: [Pekan Kuah]My Profile

  2. Alhamdulillah,

    tak rugi kalau pergi kelas anjuran mdec.. banyak manfaat yang diperolehi. Dan kita dapat teknik yang betul dalam pasaran online

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!