Kejayaan bisnis tiada jalan singkat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bisnis walaupun sunnah Nabi tetapi tidak ramai di kalangan kita yang berani gagal untuk bergelumang dalam dunia perniagaan. Ramai berniaga terlalu mengharap keuntungan atau ramai yang tak nak berniaga kerana takut rugi. Untung dan rugi adat biasa berniaga yang menjadikan kita matang dalam kehidupan.

buat-duit-dengan-blog

Sifu bisnis aku kata nak berjaya jadi usahawan malah jadi jutawan sekali pun boleh saja dalam apa sahaja bisnis samada jadi kontraktor, jadi petani moden, jadi katerer, jadi trader, jadi usahawan online, jadi usahawan MLM, jadi pelabur BSKL dan sebagainya. Tapi bukan semua yang join semua bisnis itu akan berjaya kerana yang berjaya hanya mereka yang berusaha sungguh-sungguh, disiplin yang baik dan kerja dengan sistem yang betul. Bila gagal jangan salahkan orang lain kalau kita belum cukup berusaha kerana yang berusaha sungguh-sungguh pun belum tentu berjaya kalau ALLAH belum izin.

Restoran Katatata Tokyo

Bila menjadi usahawan restoran banyak modal perlu dikeluarkan, setiap hari perlu buka restoran, setiap hari perlu masak, perlu khidmat pelanggan, perlu promosi, perlu berusaha sungguh-sungguh untuk bejaya. Bila jadi kontraktor selain keluar modal beratus malah berjuta ringgit perlu kerja kuat setiap hari untuk memastikan projek siap ikut jadual mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kalau setakat keluar modal kemudian tak buat apa-apa semuanya hanya jadi angan-angan sahaja.

msmw blogger terbaik 2015

Dalam perniagaan tiada jalan singat walaupun buat bisnis online yang disangka mudah. Malangnya ramai yang nak jadi kaya dengan jalan singkat. Apabila kawan rapat tawaran peluang bisnis kita pun join, kawan kita kerja kuat kita peluk tubuh di rumah dengan harapan boleh jadi jutawan. Bila harapan tinggal harapan maka kita salahkan kawan kita menipu tanpa muhasabah diri atas kesilapan diri sendiri.

Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD

Berniaga sendirian memang banyak cabaran jadi lebih baik berniaga dalam jemaah susah senang bersama mengharungi berbagai dugaan. Tiada jalan mudah untuk berjaya tetapi kalau tidak dipecah ruyong manakan dapat sagunya.


Spread the love

197 Comments

  1. Ramai yg pandang nk buat bisnes supaya boleh rilek2 dan ada masa yg flexible. Tapi sebenarnya bila kita nk berbisnes ni kita punya all out kalah orang kerja makan gaji.

    So at the first place kena betulkan mindset dulu supaya tak terkejut bila kita tersungkur nanti.
    Curahan rasa Oh Kerjaya @ ..Review Rahsia Bijak TemudugaMy Profile

  2. Saya setuju dengan artikel ni. Tapi sayangnya, bangsa Melayu kita ramai yang ambil jalan singkat untuk menjadi kaya. Akhirnya, lingkup. Duit berpuluh ribu lesap dek kerana skim itu ini.

    Mintak jauh..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!