Kecelaruan Ekonomi Dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, membaca berita ekonomi dunia membuatkan aku risau tak menentu. Teringat kata seorang penceramah dalam seminar yang aku hadiri katanya ekonomi dunia sekarang dalam keadaan sangat parah. Berita positif yang kita dengan dan baca itu hanya tindakan sementara yang agak sukar untuk menyelamatkan keadaan ekonomi yang sudah teruk.

Antara tajuk berita ekonomi yang aku baca :

  • Higher Inflation? Economist cautious as producer prices keep rising.
  • UK June deficit hits 14 billion pound.
  • Hong Kong June inflation up 5.6% on rising rents.
  • Monetary Authority of Singapore raises inflation forecast from 3-4% to 4-5%.
  • Singapore Central Bank’s $11billion loss

Dan yang paling menakutkan apabila membaca tajuk berita ekonomi ini :

  • Facing Economic Armageddon

Kalau ada ahli politik kata ekonomi Malaysia je yang teruk dan inflasi di Malaysia je yang tinggi tidak di negara lain pasti fakta itu hanya fakta mulut manis ahli politik untuk mendapat undi. Hakikat sebenar keruntuhan ekonomi Amerika dan Europe sudah tidak dapat dibendung lagi. Berbagai strategi telah digunakan untuk memulihkan ekonomi Amerika dan Europe dengan nilai Trillion dollar tetapi semuanya gagal.

Bursa Saham Dunia pun tidak menentu

Aku pernah terbaca bahawa ekonomi Amerika dan Europe dikawal oleh kumpulan Freemason dan mereka sudah keluar daripada kedua-dua benua sejak tahun 2000 beralih ke China. Ini bermakna ekonomi Amerika dan Europe tidak akan pulih dan akan terus hancur.

Ada pakar ekonomi yang menasihatkan supaya kita simpan lebih cash di rumah dan jangan gunakan kesemua wang kita untuk bisnis atau berseronok sakan. Berjimat untuk juadah bebuka puasa jangan beli dan membazir. Bersederhana untuk persediaan lebaran Aidil Fitri tak perlulah pakaian baru 3-4 pasang. Simpan duit untuk persedian masa susah. Aku bukanlah orang yang pakar tetapi jangan ambil ringan dengan kecelaruann ekonomi dunia sekarang. Mungkin EMAS dan SILVER pilihan lain untuk kita simpan duit kita.

Adakah ini tanda akhir zaman?


Spread the love

42 Comments

  1. Ternyata Amerika juga bisa kena resesi dan krisis karena amerika hanya menghabiskan dana untuk perang invasi ke negara arab. Allah memberikan hukuman dengan adanya krisis di negara tersebut.

  2. Ramai yang mencadangkan simpan emas dan perak tetapi perlu ingat ia adalah pelaburan jangka masa panjang kerana nilai matawang akan susut

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!