Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Polis kata 90% pengodam atau hackers yang telah mengodam lebih 200 website kerajaan adalah hackers tempatan. Sebelum ini seperti dalam entri “kumpulan pengodam Anonymous ingin menyerang halaman portal kerajaan” dikatakan pengodam ini adalah hackers dari luar negara tapi ternyata meleset.
Ini mengingatkan aku kepada seorang teman baik yang merupakan seorang hackers. Beliau pernah pengodam portal berita harian sehingga kemenangan peraduan silangkata berturut-turut dengan hadiah puluhan ribu dibatalkan setelah kantoi. Beliau juga pernah mengodam beberapa bank dan klimaksnya apabila beliau berjaya mengodam portal Jabatan Perdana Menteri.
Kelekaan dan keseronokan beliau mengodam website tak lama apabila beberapa pegawai polis telah datang ke rumahnya dan membawa beliau ke Bukit Aman. Beliau telah disoalsiasat lebih 10jam, alhamdulillah tak ditahan tetapi selepas dari peristiwa itu beliau dah taubat dari pengodam portal kerajaan. Mulai dari saat itu beliau sering berulang alik ke Bukit Aman untuk membantu menyelesaikan kes yang berkaitan dengan hackers.
Aku masih ingat pesanan beliau “Jangan underestimate kemampuan PDRM belum sempat off komputer Polis dah ketuk pintu rumah”.
Entah manalah kawan aku ni dah hampir 3 tahun aku tak jumpa dia. Komputer dia pun masih ada lagi di rumah aku. Mungkinkah kawan aku hackers ini sedang membantu PDRM atau mungkin dia salah seorang yang menyerang portal Kerajaan?
69 Comments
You have remarked very interesting points! ps nice website.
teruje dgn kehebatan hacker2 nih.. teringin nk blajar ttg programming.. tp sekerat jalan je.. sbb pening kepale.. hahahha
Curahan rasa Paiz @ ..Aku Seorang Blogger Hebat?
mesti genius kawan kau ni
Curahan rasa hafizal @ ..SEGMEN JOM BLOGWALKING RAMAI-RAMAI
hebat betul kawan kau…kau tak amik ilmu dari dia ker
Curahan rasa hafizal @ ..SEGMEN JOM BLOGWALKING RAMAI-RAMAI
teringat lak movie “Catch Me If You Can”. Last2 di Caprio bantu FBI selesaikan kes wang palsu di USA. mmg mantap la kalau kawan bro tu bantu polis.
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Apartment Sekecil 20 Kaki Persegi Tetapi Idea Dekorasi Sebesar KLCC
agak-agak apa hukuman untuk hackers kalau dorang didakwa ye?
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Teknik Jualan Berpengaruh
Sebenarnya Laman Web Kerajaan kurang security. Itu sebab hackers mudah2 je godam.. Saya tak pandai tentang security tapi saya tahu sebab ops..
Curahan rasa ila @ ..“I like Nippon Paint because…”
btol tu. saya pon rs cmtu
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Apartment Sekecil 20 Kaki Persegi Tetapi Idea Dekorasi Sebesar KLCC
jadi hacker pon boleh buat pahala kalau kene gayanya 🙂
btol tu. berbaktilah dgn bakat yg ada tu 🙂
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Apartment Sekecil 20 Kaki Persegi Tetapi Idea Dekorasi Sebesar KLCC
seronok kot jadi hackers ni
teringin nak berkawan dengan mereka
Curahan rasa wazy @ ..Selamat Hari Bapa 2011
hackers terhebat di kalangan pelajar universiti puna da yg datangnya dari Uni saya, ops. 😛
Curahan rasa eyra @ ..Certified Ethical Hackers T-Shirt
hmm..betul tu
saya ingin menyarankan hacker2 nie godam je laman web kerajaan israel..hoho
sejujurnya, tak faham betul golongan hackers yang hacking suka2. rasa best ke tgk orang terkial2 recover website tu? just my 2 cents. jgn susahkan orang. nanti orang susahkan kita balik. karma exists.
Curahan rasa Maisarah @ ..Happy Father’s Day!
U ar right Maisarah….setuju sgt..
Asal mereka beretika dan beradap aku tidak kisah mana.
best kawan dengan diorang ni
tapi tu lah, latar belakang tak boleh nak korek dalam sangat.
lain oo dengan blogger..kehkeh
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Kita adalah pemenang, tiada pengalah
Comments are closed.