Kawan aku hackers

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Polis kata 90% pengodam atau hackers yang telah mengodam lebih 200 website kerajaan adalah hackers tempatan. Sebelum ini seperti dalam entri “kumpulan pengodam Anonymous ingin menyerang halaman portal kerajaan” dikatakan pengodam ini adalah hackers dari luar negara tapi ternyata meleset.

Ini mengingatkan aku kepada seorang teman baik yang merupakan seorang hackers. Beliau pernah pengodam portal berita harian sehingga kemenangan peraduan silangkata berturut-turut dengan hadiah puluhan ribu dibatalkan setelah kantoi. Beliau juga pernah mengodam beberapa bank dan klimaksnya apabila beliau berjaya mengodam portal Jabatan Perdana Menteri.

Hackers mungkin ada disebelah kita je.

Kelekaan dan keseronokan beliau mengodam website tak lama apabila beberapa pegawai polis telah datang ke rumahnya dan membawa beliau ke Bukit Aman. Beliau telah disoalsiasat lebih 10jam, alhamdulillah tak ditahan tetapi selepas dari peristiwa itu beliau dah taubat dari pengodam portal kerajaan. Mulai dari saat itu beliau sering berulang alik ke Bukit Aman untuk membantu menyelesaikan kes yang berkaitan dengan hackers.

Aku masih ingat pesanan beliau “Jangan underestimate kemampuan PDRM belum sempat off komputer Polis dah ketuk pintu rumah”.

Entah manalah kawan aku ni dah hampir 3 tahun aku tak jumpa dia. Komputer dia pun masih ada lagi di rumah aku. Mungkinkah kawan aku hackers ini sedang membantu PDRM atau mungkin dia salah seorang yang menyerang portal Kerajaan?


Spread the love

69 Comments

  1. Beza hacker dan cracker?
    Ada hacker yg berjiwa rakyat! Terbaik…
    Tetapi kalau dari rumah hack… Kebarangkalian utk ditangkap bessar!

  2. Nampak gaya PDRM pun hebat juga nak menangkap hacker2 ni yea.. w’pun tu kira citer lama, tak mungkin PDRM ketinggalan nak memberkas hacker2 alaf baru.. kalo Hacker dah upgrde mesti la ada cara baru nak memberkas diorg.. cam kt Spain/Turki.. ahli2 Anon kena tangkap tue..

    Kalo korang nak tau, universiti kat luar negara ada tawarkan degree Ethical Hacking for Computer Security.. tu baru gempak dan professional 😛
    Curahan rasa ZoOL @ ..Tutorial: Customize Desktop Windows 7My Profile

  3. rasa setiap dept. atau company perlu ada unit hacker sendiri utk test security site sendiri.. mahal gaji tuhh… 🙂

    1. lagi satu,menuju ke dunia pasca teknologi ni,mmng bnyk cabaran dan sesebuah negara atau kerajaan boleh hancur bkn dgn tenaga ketenteraan namun hanya mengguna sebuah komputer dan jaringan internet,perlu wujudkan satu organisasi khas utk melindungi kegiatan penggodam utk msa akan datang.rsanya SKMM masih x mampu bendung isu ni,conth kes terbaru ni..blm pun selsai..
      Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Rezeki Menang Kuiz RM 3.07 JutaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!