Assalamualaikum dan salam sejahtera,
negeri demi negeri telah dijelajahi untuk kempen #YouCanDuit ini. Bermula di Kuching Sarawak, Hulu Terengganu, Johor Bharu, Kuantan Pahang dan kini ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu. #YouCanDuit ini akan memberikan peluang dan ruang kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai program eRezeki dan eUsahawan.
Kejayaan demi kejayaan telah terhasil dari kedua-dua program ini dan semakin ramai yang berjaya menjana wang secara digital.
Dunia tanpa batasan di dalam bidang atas talian ini telah membuka ramai usahawan-usahawan yang sebelum ini hanya menggunakan kaedah luar talian dan sebaran mulut ke mulut. Sudah banyak testimoni dari mereka yang menyertai program ini di mana ia membuka minda dan banyak mengajar usahawan-usahawan dalam meningkatkan produktiviti dengan trend terkini.
Antara Karnival #YouCanDuit yang telah berlangsung adalah:
#YouCanDuit Sarawak
#YouCanDuit Terengganu
#YouCanDuit Johor
#YouCanDuit Pahang
Pada minggu ini, akan berlangsung pula Karnival #YouCanDuit di Kota Kinabalu Sabah. Bertempat di Sabah Trade Centre dan program bermula pada 9 pagi sehingg 6 petang pada 24 dan 25 September 2016. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlangsung seperti tips-tips usahawan dan juga bertemu dengan artis-artis tanahair.
Apa yang kita impikan, apa yang kita cita-citakan untuk menjadi usahawan digital adalah bermula dengan tindakan.
Jumpa di Sabah!
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Pengalaman menyertai program latihan eUsahawan anjuran MDEC
- Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Graduan menjana pendapatan ribuan ringgit menggunakan platform eRezeki MDEC
11 Comments
Semoga program macam ni lebih banyak diadakan di setiap negeri di Malaysia. Nanti boleh sama-sama kita pergi untuk belajar benda ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Mudah Di Rumah Tanpa Modal
Orang Sabah kena ambil dan pergi kat program ni. Bagi yang nak belajar inilah masa dan peluangnya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Mudah Di Rumah Tanpa Modal
Dengan adanya usaha sebegini insyallah dapat menigkatka taraf ekonomi penduduk di Malaysia. Satu usaha yang bagus.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Mudah Di Rumah Tanpa Modal
Di sabah pula. Peluang untuk orang Sabah pula. Semoga bertambah jaya usaha ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Mudah Di Rumah Tanpa Modal
Wah, Sabah di bawah bayu, jauh dari mata hehe…kat negeri sembilan ada tak?
Curahan rasa siti hazreen @ ..Insurans Perjalanan Atau Travel Insurance Ketika Bercuti Ke Luar Negara
bila LokmanAmirul cakap macam tu.. saya dah mula terbayang keindahan bumi di bawah bayu… Bestnya kalau dpt pergi ke Sabah…
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
program You Can Duit sudah ke Sabah pula Bah… peluang untuk orang negeri Sabah belajar pemasaran secara online..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
dengan mempelajari pemasaran secara online, dapat memudahkan kita menghasilkan side income samada secara full time atau secara part time…
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
bagus entri…rasanya boleh kunjung ke sana kalau ada masa lapang ..mcm best ja
Curahan rasa lokmanamirul @ ..Lirik Lagu Jaga-Jaga Amira Othman OST Abang Bomba I love You
Comments are closed.