Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
Karangkraf bukanlah suatu nama asing di mata kita malahan menjadi sinonim dengan majalah, akhbar dan novel. Akhbar Sinar Harian masih utuh sehingga kini, majalah-majalah hebat seperti Mingguan Wanita, Maskulin, Pa&Ma dan lain-lain lagi masih mendapat tempat di hati pembaca
Bertempat di Seksyen 15 Shah Alam, tahun ini pihak Kumpulan Media Karangkraf sedang melangsungkan Karnival Karangkraf 2017 bersama SifuFBAds dengan tema ‘Gabungan Gerenti Gempak Merecikkk…’
Jom Karnival Kumpulan Media KarangKraf 2017 kini akan berlangsung selama 3 hari di Kompleks Kumpulan Media KarangKraf, Seksyen 15, Shah Alam bermula dari 3 Mac sehingga 5 Mac 2017.
Terdapat pelbagai aktiviti, barangan eksklusif dan hadiah menarik telah disediakan khas untuk anda antaranya:
- Bikers Day Out x Maskulin x Sinar Turbo
- Percuma Sesi Sharing Bersama Usahawan Digital SifuFBAds
- Cabutan Pengunjung Bertuah
- Wacana SPR
- Kaunter Daftar Mengundi SPR & Menangi Hadiah Tajaan AirAsia
- Bengkel UPSR GPS Bestari
- Saksikan Aksi Protect Yourself 2.0 (Silat Cekak Ustaz Hanafi)
- Langgan & Menang Hadiah Bernilai Lebih RM 10,000
- Menangi 100 Tiket Percuma Sunway Lagoon & Lost World of Tambun
- Menangi 20 Pakej Penginapan ke Lost World Hotel
- Temu Mesra Bersama Novelis & Penulis
Karnival kali ini tidak seperti jualan buku biasa, kerana Karangkraf bekerjasama dengan SifuFBads, syarikat yang menyediakan bimbingan pemasaran secara online. Ia membawa konsep perkongsian ilmu, unik dan lain daripada yang lain.
Penulis sempat singgah di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf sebentar tadi dan ramai orang yang berkunjung, membeli belah dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada di situ. Pengunjung perlu meletak kenderaan di sebelah belakang Kompleks dan ikuti sahaja arahan dan panduan dari anggota RELA yang menjaga lokasi.
Pengunjung berpeluang menang tiket AirAsia dengan daftar mengundi dan golongan wanita berpeluang melihat demo memasak bersama chef terkenal serta uji bakat Hijabista Casting sebagai model Muslimah.
Lebih menarik lagi disediakan 100 tiket percuma ke Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun serta Cabaran 21 Hari Kurus, satu slot bersama Aizat Razak. Karnival turut diserikan pelancaran buku dan wacana ilmiah (Masuk Syurga Sekeluarga) oleh Ustaz Bachtiar Nasir pada 3 Mac jam 8 hingga 10 malam.
Selain itu, Power Talk dengan kupasan, Cara Kesan Suami Curang disampaikan Dr Syed Ysainee Yahya pada Ahad, 5 Mac bermula jam 2 petang hingga 2.45 petang. Pasti ramai yang ingin ikuti kupasan ini yang boleh ditonton di Facebook Mingguan Wanita.
Karnival Kumpulan Media KarangKraf juga ada booth-booth jualan makanan dan minuman di samping produk-produk yang menjadi kegunaan harian. Ada pengusaha shawl, barang kesihatan, kecantikan dan juga pelbagai lagi.
Seperkara yang menarik yang dilihat adalah harga jualan buku dan majalah di Karnival ini. Sangat berbaloi kepada yang ingin membeli dan jangan lepaskan peluang dengan diskaun sehingga 90%. Ayuh beramai-ramai memeriahkan lagi Jom Karnival Kumpulan Media KarangKraf 2017.
Karnival Kumpulan Media KarangKraf 2017
No. 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam
3 – 5 Mac 2017
9am – 7pm (Jumaat & Ahad) / 9am – 11pm (Sabtu)
63 Comments
Hujan lebat hari ni, tak jalan jalan Shah Alam. Jadi kami pergi ke Pesta Makanan Thai di Putrajaya, Presint 15.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Kerja Yang Boleh Dibuat Untuk Bayar PTPTN
Bestnya kalau duk dekat, mesti banyak buku dan aktiviti yang boleh dibuat..
Curahan rasa Wan Syahida @ ..Bagaimana Saya Bermula Dalam Bisnes Shaklee
Alangkah best nyer kalau dapat pergi sana. Sebab dari Trg nak pergi sana jauh sangat.
Dekat mana ye nak beli Dam ular gergasi tu?
Minggu depan ada buat program fun@lib.
Curahan rasa anuar @ ..Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
Dalam program tu nak guna Dam Ular gergasi..
Kertas kerja dah lulus. Cuma sekarang ni tak tahu nak beli dekat mana dam ular tu?
Curahan rasa anuar @ ..Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
sifu fb ads dah la ramai peminat. mesti meriah event tu kan? Orang jauh2 ni, susah sikit nak hadirkan diri
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Mencegah Kanser Dengan Telomere Yang Sihat
Tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri. Kerja shif malam minggu nih. Sekadar membaca update di blog tuan sahaja
Wah banyak betul aktiviti dan bermacam-macam hadiah percuma … rugi takleh join
Curahan rasa Aneka Resipi @ ..Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap
kalau ada jualan buku buku macam ni pasti ramai yg pegi. ade cabutan bertuah plak tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
Dulu beliau pakar ebook, kemudian pakar emel, sebelumnya pakar affiliate dan kini pakar fb, semuanya berlaku dengan proses 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Ya betul.. saya setuju.. saya juga mengikuti perkembangan beliau dari dulu hingga sekarang.
Curahan rasa anuar @ ..Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
yezza, mesti pergi, menarik nie…
macam2 ada, sifu fbads pun dah makin maju sekarang..
Curahan rasa Hanz @ ..Agus Salim & Buya Hamka – 2 Remaja Bermasalah Sewaktu Remaja
Sifu fbads @ Sifu Jamal..
Nama usahawan internet yang tidak perlu diperkatakan lagi..
Curahan rasa anuar @ ..Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
Mempunyai rekod peribadi menganjurkan seminar berbayar dengan kehadiran 2500 peserta..
Yang terbaru, pada bulan Februari yg lalu dgn kehadiran 1500 peserta
Curahan rasa anuar @ ..Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
Seminar fbads yang akan datang dengar ceritanya akan diadakan di Kelantan.. betul ke?
Curahan rasa anuar @ ..Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
Lalau betul, beruntunglah orang Pantai Timur.. berpeluang menuntut ilmu pemasaran internet dari tim sifu fbads.
Curahan rasa anuar @ ..Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
wah mesti meriah, aktiviti pun tak kurang menariknya. mesti ramai tak lepaskan peluang untuk pergi
Curahan rasa raihanah @ ..16 Perkara Shaklee Difference Atau Perbezaan Shaklee
pasti meriah, petang ni ada Power Talk dengan kupasan, Cara Kesan Suami Curang disampaikan Dr Syed Ysainee Yahya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Satu Dekad Membangunkan MyEvents International
owh talk ceramah dia pun menarik tajukya. dr ysainee tu rasa macam kenal je
Curahan rasa raihanah @ ..5 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik Dari Pandangan Doktor
Tarikan Karnival Karangkraf Sifufbads 2017 ni pun tak kurang hebatnya..
Ada Hadiah lumayan Bernilai Lebih RM 10,000 dan 100 Tiket Percuma Sunway Lagoon & Lost World of Tambun.
Curahan rasa Anuar @ ..Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.
Manalah tahu ada rezeki jadi antara 100 pengunjung bertuah tu… Boleh dapat tiket free untuk digunakan masa cuti sekolah nanti.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.
100 tiket air Asia percuma pun menarik jugak.. tapi boleh pilih ke lokasi peberbangan yg kita nak sebagai hadiah?
Curahan rasa anuar @ ..Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.
manalah tau kalau-kalau menang cabutan bertuah tu hari ni…heee.. sambil-sambil shoping buku untuk stock setahun.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips untuk bersaing dalam bisnis
Fuh.. Bestnya.. Karnival hasil Gabungan Syarikat Karangkraf Sdn. Bhd. dan SifuFbAds Sdn. Bhd..
Curahan rasa Anuar @ ..Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.
Sekali SifuFbads buat promosi dekat Facebook, tentu berduyun-duyun orang akan datang. Siap hari bulan boleh pecahkan rekod pengunjung teramai..
Curahan rasa Anuar @ ..Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.
Siap hari bulan boleh pecahkan rekod pengunjung teramai.. Boleh pintas Rekod yang dipegang oleh MAHA 2016 baru-baru ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.
Bagi saya tak mustahil keadaan tersebut boleh berlaku, berdasarkan rekod Sifu FBads yang pernah mengadakan seminar berbayar dengan kehadiran sekitar 2500 peserta..
Curahan rasa Anuar @ ..Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.
Walaupun buat seminar berbayar, dengan tiket yang agak mahal.. tapi masih boleh dapat peserta seramai macam tu..
Curahan rasa Anuar @ ..Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.
Inilah kelebihan teknik marketing yang dimiliki oleh Sifu FB Ads… memang respek dengan beliau..
Curahan rasa Anuar @ ..Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.
dah pergi ke bro…heee. tak jauh sangat tu kot. InysaAllah takkan menyesal, puas hati lah sarat dengan aktiviti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Buku Case Study Iklan Sale 7 Angka Setahun
Menarik sangat ni. Banyak betul aktiviti yang menarik. Rugi rasanya kalau tak pergi. Mesti meriah kan..
Curahan rasa Dedaun Comel | Buat Duit Online @ ..Senaman Efektif Untuk Kuruskan Badan ?
memang rugi tak pergi, hari last day, banyak aktivit best ada. cabutan bertuah pun tak kurang hebatnya
Curahan rasa Denaihati @ ..Pembukaan Butik Medshoe Malaysia di Shah Alam
SubhanaAllah, bestnya. Mesti pergi ni. Macam2 ada. Harap2 dapat cabutan bertuah. hehe
Curahan rasa Cik Norizam @ ..Syukur Selalu, Hidup Lebih Tenang
mudah-mudahan sis terpilih cabuta bertuah tu, ada banyak peluang nampaknya…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Pembukaan Butik Medshoe Malaysia di Shah Alam
Comments are closed.