Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, gajet Sony memang antara pilihan aku sejak 2007 daripada kamera digital sony, PS4 Sony sehinggalah laptop vaio Sony. Mungkin kerana setianya aku pada produk sony pada 15/2/14 aku telah dijemput untuk majlis pelancaran kamera terbaru daripada Sony iaitu model Alpha500. Beberapa rakan blogger yang lain juga dijemput ke majlis ini termasuklah Sifu Blogger.
Majlis yang diadakan di Carcosa Seri Negara ini memberi peluang kepada para blogger dan tetamu yang hadir untuk mencuba sendiri gajet Sony terbaru ini Kamera Sony α5000. Kamera ini dilengkapi dengan 20.1MP Exmor™ APS-C HD CMOS sensor and BIONZ X™ processor yang akan membolehkan anda mengambil gambar yang cantik.
Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Sony MD, Kikuo Okura dan juga Head of Digital Imaging, Ishida Masahiko.
Paling seronok bila aku diberi satu unit kamera sony alpha500 untuk dicuba selama beberapa minggu. Aku dapat kamera bewarna putih yang sememangnya nampak cantik dan menawan, selain itu ada juga pilihan warna pink dan hitam. Kamera ini sangat ringan dan mudah untuk digunakan, kualiti gambar yang terhasil juga sangat menarik. Pada majlis pelancaran ini, suasana dewan yang digunakan adalah agak suram, tetapi ianya tidak mengganggu penggunaan pertama kali kamera Sony α5000.
Kamera Sony α5000 ini adalah kamera lensa boleh ubah paling ringan di dunia. Ia juga dilengkapi dengan screen lcd yang boleh di buka dan dicondongkan sehingga sudut 180 darjah. Fungsi yang memudahkan untuk berselfie yang pastinya memikat ramai penggemar gambar Selfie yang merupakan trend popular di Malaysia sekarang.
Pada majlis tersebut, terdapat juga aktiviti mengambil gambar tercantik menggunakan Kamera Sony α5000 ini, semua yang hadir sibuk mengambil pelbagai gambar untuk dihantar sebagai penyertaan, tetapi nasib tidak menyebelahi pihak Denaihati Network, kami tidak memenangai acara tersebut. Tahniah diucapkan kepada pemenang.
Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai kamera Sony ini, sila ke halaman Rasmi Kamera Sony α5000 ».
Kamera Sony Alpha500 sudah berada dipasaran Malaysia dengan harga dari RM1999. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba dan memiliki kamera yang mempunyai kelebihan istimewa iaitu lensa boleh ubah paling ringan di dunia dengan kemudahan WiFi. Ianya pasti tidak mengecewakan kepada kaki foto dan fotoblogger.
123 Comments
nampak menarik.. tengah cari camera satu khas untuk blogging
Curahan rasa brohantu @ ..Langkah Keselamatan Ketika Memancing
Dulu suka kan HP dari sony kerana kamera cybershotnya yang memang mantap
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
sememangnya jenama Sony juga adalah pilihan saya dari dulu,pernah menerima hp jenama lain selain sony,hnya beberapa bulan saja mampu bertahan kerana kurang selesa dan tidak mesra dengan saya 🙂
hanya jenama sony saja di hati mmg produk dari sony sangat2 berkualiti dan mesra jika ada teman mahupun saudara bertanya pendapat tentang jenama hp apa yang mahu di beli? dengan mudah saya akan mereka memilih Sony ♥
terimakasih atsa info nya gan , selamat siang semuanya , thantk u very much much much 😉
Curahan rasa obat alami penyakit nyeri dada @ ..Obat Flek Paru Paru
terimakasih atsa info nya gan , selamat siang semuahank u very much much much atas infonya gan 😉
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Hati @ ..Cara Menyembuhkan Kanker Hati
wowowowwwowoow keren bagettttttttt
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Mulut @ ..Obat Herbal Kanker Mulut
aku pengen kamera seperti itu , tapi mahal ga yah ?
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
terima kasih atas artikelnya “Kamera Sony Alpha5000 Malaysia dilancarkan”
kameranya pun jernih , kalo beli pasti gk nyesel 😀
jernih sekali gambarnya, mantap
Curahan rasa bestagaric @ ..Mengobati Hydrosephalus
Terliur pulak dengan kamera ni haa….cantik gambar dia
Curahan rasa myliferia @ ..Eczema & Alternatif Rawatannya
Dalam keadaan low light pun gambarnya lawa
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
Comments are closed.