Kamera Sony Alpha5000 Malaysia dilancarkan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, gajet Sony memang antara pilihan aku sejak 2007 daripada kamera digital sony, PS4 Sony sehinggalah laptop vaio Sony. Mungkin kerana setianya aku pada produk sony pada 15/2/14 aku telah dijemput untuk majlis pelancaran kamera terbaru daripada Sony iaitu model Alpha500. Beberapa rakan blogger yang lain juga dijemput ke majlis ini termasuklah Sifu Blogger.

Majlis yang diadakan di Carcosa Seri Negara ini memberi peluang kepada para blogger dan tetamu yang hadir untuk mencuba sendiri gajet Sony terbaru ini Kamera Sony α5000. Kamera ini dilengkapi dengan 20.1MP Exmor™ APS-C HD CMOS sensor and BIONZ X™ processor yang akan membolehkan anda mengambil gambar yang cantik.

Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Sony MD, Kikuo Okura dan juga Head of Digital Imaging, Ishida Masahiko.

SONY MD – Kikuo Okura (gambar menggunakan Sony α5000)
SONY MD – Kikuo Okura (gambar menggunakan Sony α5000)
Head Of Digital Imaging
Head of Digital Imaging – Ishida Masahiko ( gambar diambil menggunakan Sony α5000)

Paling seronok bila aku diberi satu unit kamera sony alpha500 untuk dicuba selama beberapa minggu. Aku dapat kamera bewarna putih yang sememangnya nampak cantik dan menawan, selain itu ada juga pilihan warna pink dan hitam. Kamera ini sangat ringan dan mudah untuk digunakan, kualiti gambar yang terhasil juga sangat menarik. Pada majlis pelancaran ini, suasana dewan yang digunakan adalah agak suram, tetapi ianya tidak mengganggu penggunaan pertama kali kamera Sony α5000.

Kamera Sony α5000 ini adalah kamera lensa boleh ubah paling ringan di dunia. Ia juga dilengkapi dengan screen lcd yang boleh di buka dan dicondongkan sehingga sudut 180 darjah. Fungsi yang memudahkan untuk berselfie yang pastinya memikat ramai penggemar gambar Selfie yang merupakan trend popular di Malaysia sekarang.

Kamera Sony Alpha5000, kamera lensa boleh ubah paling ringan di dunia
Kamera lensa boleh ubah paling ringan di dunia

Pada majlis tersebut, terdapat juga aktiviti mengambil gambar tercantik menggunakan Kamera Sony α5000 ini, semua yang hadir sibuk mengambil pelbagai gambar untuk dihantar sebagai penyertaan, tetapi nasib tidak menyebelahi pihak Denaihati Network, kami tidak memenangai acara tersebut. Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai kamera Sony ini, sila ke halaman Rasmi Kamera Sony α5000 ».

Kamera Sony Alpha500 sudah berada dipasaran Malaysia dengan harga dari RM1999. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba dan memiliki kamera yang mempunyai kelebihan istimewa iaitu lensa boleh ubah paling ringan di dunia dengan kemudahan WiFi. Ianya pasti tidak mengecewakan kepada kaki foto dan fotoblogger.


Spread the love

123 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!