Kalimah ALLAH milik Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 9 pagi, 10/9/13 adalah tarikh penting kepada umat Islam Malaysia yang menentang kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam. Makamah Rayuan, Putrajya akan bersidang untuk mendengar rayuan kerajaan atas keputusan makamah sebelum ini yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ALLAH di dalam siaran tulisan mereka. Sebelum ini Persatuan Kristian Malaysia telah gagal dalam rayuan ntuk menghalang Kerajaan untuk meneruskan rayuan untuk membatalkan keputusan makamah.

Persatuan Kristian Malaysia berkeras untuk menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible tulisan Melayu walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam. Mereka menang dalam pemohonan pertama mereka di makamah yang telah dibantah oleh kerajaan. Mereka terus memperjuangkan untuk menggunakan kalimah ALLAH dengan berbagai alasan walaupun mereka sedar bahawa ALLAH milik Islam dan jika mereka menang bencana mungkin melanda Malaysia. Adakah bencana ini yang mereka harapkan??

Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din.

 

Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Ustaz Fauzi Asmuni.

 

Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Anwar Ibrahim memang aku tak sokong 1000 %. Kalimah ALLAH melangkaui ideologi politik bukan untuk mencari pengaruh tetapi menjaga tauhid anak cucu cicit kita ketika kita sudah sudah tiada di alam dunia ini. Dalam video ini bukan Islam boleh ketawa apabila Anwar Ibrahim merendahkan muslim yang menentang penggunaan kalimah Islam oleh bukan Islam. Jangan pulak anak cucu cicit kita juga diketawakan kelak kerana kebodohan datuk nenek mereka … kita lah tu.

 

Kata-kata dari Rakan Twitter [box type=”shadow”]

Laksamana Jifat  : Sama2 kita doakan kalimah allah hanya untuk umat islam.., ALLAHUAKHBAR.

Zarrin Zainal Abidin : Isu penggunaan kalimah allah dlm bible adalah isu aqidah. Lebih penting dr tuntutan pilihanraya bersih,masalah korupsi&kenaikan harga minyak.

Nur Ain Talib : Mohon doa untuk Islam esok.. Supaya non Muslim tak guna kalimah Allah dalam akhbar mereka.. Allah.

 

Haruman kasturi : Mohon semua umat Islam malaysia mendoakan kemenangan kita mempertahankan kalimah Allah.

Zudina Ariffin : Mungkin bagi mereka; POLITIK, KUASA, DUIT lebih penting dari Kesucian Kalimah Allah. Mereka Lupa, ALLAH jualah yg berKUASA.

syedfahmi : When it come to harga minyak issues, peoples could clarify the hadis. But when it comes to kalimah Allah issues, nobody came out.

[/box]

Update terkini isu kalimah ALLAH dari rakan-rakan twitter

“Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.

“Keputusan tidak akan memakan masa mengambil kira keprihatanan rakyat terhadap isu ini. Keputusan dijangka diumum seawalnya pada Oktober. Tarikh akan diberitahu kelak,” kata Mohamed Apandi sebaik mendengar hujah pihak kerajaan dan Herald.

Sudah hilangkah sayang kita pada ALLAH sehingga tak sanggup nak berjuang mempertahankan kalimah ALLAH hak milik tunggal Islam demi cinta pada agama demi kelansungan Islam untuk anak cucu cicit dan keturunan hingga hari kiamat. Sekali kita memberi kalimah ALLAH pasti tidak akan ada pusingan semula sekira bencana kerosakan Islam telah berlaku.

Pesanan daripada Ustaz Noehas :

“Pesanan terakhir, yakin bahawa agama Allah pasti menang (berfikiran positif) + tingkatkan dakwah manusia kepada Allah (ambil peluang dalam setiap isu untuk bawa manusia kepada Allah) = hidayat seluruh alam untuk umat Islam atau kafir, jin atau manusia.”

Kita super sensitif apabila hak subsidi kita ditarik oleh kerajaan tapi sunyi sepi kelu lidah ibarat tiada apa yang berlaku apabila ada orang lain hendak menggunakan kalimah ALLAH sebagai sebutan untuk tuhan mereka. Bila kita sudah tidak ada semangat perjuangan untuk mempertahankan ALLAH jangan haraplah ALLAH akan menoleh kepada kita. Kecitaan kita kepada ALLAH bukan hanya sebutan tetapi mesti diikuti dengan amal soleh yang ikhlas hanya kerana-NYA. Semuga kita terus mendapat hidayah dari ALLAH SWT dan dibawah peliharaan-NYA.


Spread the love

56 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!