Kalimah ALLAH milik Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 9 pagi, 10/9/13 adalah tarikh penting kepada umat Islam Malaysia yang menentang kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam. Makamah Rayuan, Putrajya akan bersidang untuk mendengar rayuan kerajaan atas keputusan makamah sebelum ini yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ALLAH di dalam siaran tulisan mereka. Sebelum ini Persatuan Kristian Malaysia telah gagal dalam rayuan ntuk menghalang Kerajaan untuk meneruskan rayuan untuk membatalkan keputusan makamah.

Persatuan Kristian Malaysia berkeras untuk menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible tulisan Melayu walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam. Mereka menang dalam pemohonan pertama mereka di makamah yang telah dibantah oleh kerajaan. Mereka terus memperjuangkan untuk menggunakan kalimah ALLAH dengan berbagai alasan walaupun mereka sedar bahawa ALLAH milik Islam dan jika mereka menang bencana mungkin melanda Malaysia. Adakah bencana ini yang mereka harapkan??

Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din.

 

Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Ustaz Fauzi Asmuni.

 

Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Anwar Ibrahim memang aku tak sokong 1000 %. Kalimah ALLAH melangkaui ideologi politik bukan untuk mencari pengaruh tetapi menjaga tauhid anak cucu cicit kita ketika kita sudah sudah tiada di alam dunia ini. Dalam video ini bukan Islam boleh ketawa apabila Anwar Ibrahim merendahkan muslim yang menentang penggunaan kalimah Islam oleh bukan Islam. Jangan pulak anak cucu cicit kita juga diketawakan kelak kerana kebodohan datuk nenek mereka … kita lah tu.

 

Kata-kata dari Rakan Twitter [box type=”shadow”]

Laksamana Jifat  : Sama2 kita doakan kalimah allah hanya untuk umat islam.., ALLAHUAKHBAR.

Zarrin Zainal Abidin : Isu penggunaan kalimah allah dlm bible adalah isu aqidah. Lebih penting dr tuntutan pilihanraya bersih,masalah korupsi&kenaikan harga minyak.

Nur Ain Talib : Mohon doa untuk Islam esok.. Supaya non Muslim tak guna kalimah Allah dalam akhbar mereka.. Allah.

 

Haruman kasturi : Mohon semua umat Islam malaysia mendoakan kemenangan kita mempertahankan kalimah Allah.

Zudina Ariffin : Mungkin bagi mereka; POLITIK, KUASA, DUIT lebih penting dari Kesucian Kalimah Allah. Mereka Lupa, ALLAH jualah yg berKUASA.

syedfahmi : When it come to harga minyak issues, peoples could clarify the hadis. But when it comes to kalimah Allah issues, nobody came out.

[/box]

Update terkini isu kalimah ALLAH dari rakan-rakan twitter

“Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.

“Keputusan tidak akan memakan masa mengambil kira keprihatanan rakyat terhadap isu ini. Keputusan dijangka diumum seawalnya pada Oktober. Tarikh akan diberitahu kelak,” kata Mohamed Apandi sebaik mendengar hujah pihak kerajaan dan Herald.

Sudah hilangkah sayang kita pada ALLAH sehingga tak sanggup nak berjuang mempertahankan kalimah ALLAH hak milik tunggal Islam demi cinta pada agama demi kelansungan Islam untuk anak cucu cicit dan keturunan hingga hari kiamat. Sekali kita memberi kalimah ALLAH pasti tidak akan ada pusingan semula sekira bencana kerosakan Islam telah berlaku.

Pesanan daripada Ustaz Noehas :

“Pesanan terakhir, yakin bahawa agama Allah pasti menang (berfikiran positif) + tingkatkan dakwah manusia kepada Allah (ambil peluang dalam setiap isu untuk bawa manusia kepada Allah) = hidayat seluruh alam untuk umat Islam atau kafir, jin atau manusia.”

Kita super sensitif apabila hak subsidi kita ditarik oleh kerajaan tapi sunyi sepi kelu lidah ibarat tiada apa yang berlaku apabila ada orang lain hendak menggunakan kalimah ALLAH sebagai sebutan untuk tuhan mereka. Bila kita sudah tidak ada semangat perjuangan untuk mempertahankan ALLAH jangan haraplah ALLAH akan menoleh kepada kita. Kecitaan kita kepada ALLAH bukan hanya sebutan tetapi mesti diikuti dengan amal soleh yang ikhlas hanya kerana-NYA. Semuga kita terus mendapat hidayah dari ALLAH SWT dan dibawah peliharaan-NYA.


Spread the love

56 Comments

  1. Alhamdulillah!

    Setakat perbicaraan yang dah berlangsung di Putrajaya sebelum ini saya sempat ambil kesempatan utk turut serta berkumpul memberi sokongan,.. buat masa ini, hanya itu yang termampu saya zahirkan.

    Sebelum pergi, ada jugak saya terfikir mungkin ramai orang kita “Melayu Islam” yang akan turut serta,.. tapi jangkaan saya meleset… saya betul2 kecewa dan agak terkilan sebenarnya. Bila timbul isu lain, ramai pulak yang sanggup berkumpul dan menyokong… 🙁

    Sedih dan kecewa… Allahu Akbar!
    Curahan rasa shraqs @ ..iPhone 5c – ColorfulMy Profile

  2. Biarlah mereka mahu pinjam nama Allah yang menjadi Tuhan kita. Ini menunjukkan nama Tuhan kita begitu glamour sehingga mereka tertarik. Dulu mereka tidak mengiktiraf Allah sebagai Tuhan…..Nama Tuhan mereka selain dipanggil Tuhan saja, juga mereka namakan Jesus! Apa yang kurang lagi pada Jesus?
    Dan yang jelas sekarang ini mereka sudah mula mengakui kewujudan Allah sebagai Tuhan! Apakah ini sebagai satu pertanda akhirnya mereka juga akan mengakui kebenaran Islam sebagai agama akhir zaman? Ya mungkin saja ini akan berlaku…… InsyaAllah!!!
    Akhirnya kebenaran akan terserlah walaupun cuba ditutup mereka sekian lama……… Maka itu Anwar Ibrahim dapat menerima reality orang Kristian mahu menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka. Beliau mempunyai wawasan yang luas dan jauh mengenai Islam! Inilah dakwah namanya………..

    1. Tuan pernah tengok ke bagaimana kelirunya rakyat Indonesia yg kurang ilmu agama apabila kalimah ALLAH juga digunakan oleh kristian? Kita mesti belajar dari kesilapan yg telah berlaku di Indonesia.

      1. Tanpa isu kalimah Allah yang dikatakan bakal mengelirukan ini pun sudah ramai orang Melayu di Malaysia yang murtad! Mengapa? Kerana kesilapan diri dan keluarga sendiri(juga para pemimpin yang tidak memberatkan pendidikan agama…) sehingga wujudnya masalah murtad. Hal ini jarang mahu diakui oleh sebahagian besar orang khususnya para pemimpin Negara.

        Bagi saya jika para pemuka Kristian mahu menggunakan Allah sebagai nama Tuhan mereka, maka akhirnya umat Kristian sendiri yang akan keliru! Mengapa? Kerana dulu tidak mahu mengiktiraf Allah sebagai nama Tuhan sehingga dalam kitab2 mereka tidak ada langsung menyebut nama Allah sebagai Tuhan. Bagi pendeta dan pastor mereka dulu, Allah itu adalah nama Tuhannya orang Islam. Titik! Lho…….tapi kok sekarang ini mahu menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka? Ini kan lucu dan pelik namanya? Dan percayalah yang sebenarnya agama Kristian itu sudah kehilangan identitinya sejak dulu lagi dan sekarang semaka hilang daya tariknya…….

        Dan bukan tidak mungkin kalau sekarang mereka sudah mahu menerima Allah sebagai nama Tuhan mereka, maka akhirnya akan terserlah kebenaran Islam pada mereka! Bagaimanapun, di kalangan umat islam pula(terutama para pemimpin Negara yang Islam) perlu memperkuatkan lagi pendidikan Islam dalam Negara………….

        1. Hujah yg diberi secara ilmiah memang nampak kebenarannya tetapi hakikat diakhir zaman tidak berlaku begitu contohnya di Indonesia dan Mesir. Di Indonesia setiap hari ada sahaja Islam yg convert kepada Kristian. Kalau dibenarkan di Malaysia lagi lah jadi parah dan ramai yg akan murtad. Sudahlah ibubapa tak kisah tentang ilmu agama anak-anak dan kalau Kerajaan juga membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian … memang bertambah malanglah nasib agama kita.

          Agama lain apabila memerintah sesebuah negara tak akan bagi peluang agama lain berkembang sesuka hati jadi kenapa kita memudahkan mereka?

          1. Memang dalam Negara yang diperintah oleh orang Islam, rakyat yang non-muslim boleh hidup aman damai, bebas berkreasi dalam berbagai bidang kehidupan khususnya dalam bidang ekonomi dan perniagaan termasuk dalam perkara mengamalkan ibadat agama masing2. Tetapi bila umat Islam berada di negara2 yang diperintah oleh non-muslim, maka sering terjadi pembantaian yang cukup dahsyat! Ini merupakan satu fakta seperti yang terjadi di India, Thailand, Filipina, Spanyol, Russia, dll. Mengapa begitu?

            Kerana puak2 non-muslim ini bimbang dengan perkembangan Islam! Maka itu berbagai perancangan dibuat hanya untuk menghalang perkembangan Islam. Dan di Malaysia yang diperintah oleh orang Islam mereka tidak mungkin menghalang perkembangan Islam. Tetapi pimpinan gereja Kristian ini merancang dengan cara lain pula, dan salah satunya adalah mahu menamakan Allah sebagai Tuhan mereka sebagaimana umat Islam! Motifnya?

            Tentu ada motifnya…….Itu perancangan mereka! Bagaimanapun percayalah, mereka memang boleh merancang, tapi Allah SWT lebih Maha Perancang! Lihat saja kesan daripada peristiwa 11 September tempoh hari……… Mereka merancang untuk membusukkan Islam melalui peristiwa tersebut. Tetapi peristiwa 11 September tersebut telah menjadi senjata makan tuan, semakin ramai pengikut2 mereka yang mengkaji tentang Islam. Dan akhirnya terserlahlah kebenaran Islam dan mereka(terutama di barat) berbondong2 menerima Islam sebagai agama yang sebenarnya dan barulah mereka sedar bahawa sekian lama mereka sebenarnya tertipu dengan agama yang palsu!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!