Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 9 pagi, 10/9/13 adalah tarikh penting kepada umat Islam Malaysia yang menentang kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam. Makamah Rayuan, Putrajya akan bersidang untuk mendengar rayuan kerajaan atas keputusan makamah sebelum ini yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ALLAH di dalam siaran tulisan mereka. Sebelum ini Persatuan Kristian Malaysia telah gagal dalam rayuan ntuk menghalang Kerajaan untuk meneruskan rayuan untuk membatalkan keputusan makamah.
Persatuan Kristian Malaysia berkeras untuk menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible tulisan Melayu walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam. Mereka menang dalam pemohonan pertama mereka di makamah yang telah dibantah oleh kerajaan. Mereka terus memperjuangkan untuk menggunakan kalimah ALLAH dengan berbagai alasan walaupun mereka sedar bahawa ALLAH milik Islam dan jika mereka menang bencana mungkin melanda Malaysia. Adakah bencana ini yang mereka harapkan??
Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din.
Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Ustaz Fauzi Asmuni.
Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Anwar Ibrahim memang aku tak sokong 1000 %. Kalimah ALLAH melangkaui ideologi politik bukan untuk mencari pengaruh tetapi menjaga tauhid anak cucu cicit kita ketika kita sudah sudah tiada di alam dunia ini. Dalam video ini bukan Islam boleh ketawa apabila Anwar Ibrahim merendahkan muslim yang menentang penggunaan kalimah Islam oleh bukan Islam. Jangan pulak anak cucu cicit kita juga diketawakan kelak kerana kebodohan datuk nenek mereka … kita lah tu.
Kata-kata dari Rakan Twitter [box type=”shadow”]
Laksamana Jifat : Sama2 kita doakan kalimah allah hanya untuk umat islam.., ALLAHUAKHBAR.
Zarrin Zainal Abidin : Isu penggunaan kalimah allah dlm bible adalah isu aqidah. Lebih penting dr tuntutan pilihanraya bersih,masalah korupsi&kenaikan harga minyak.
Nur Ain Talib : Mohon doa untuk Islam esok.. Supaya non Muslim tak guna kalimah Allah dalam akhbar mereka.. Allah.
Haruman kasturi : Mohon semua umat Islam malaysia mendoakan kemenangan kita mempertahankan kalimah Allah.
Zudina Ariffin : Mungkin bagi mereka; POLITIK, KUASA, DUIT lebih penting dari Kesucian Kalimah Allah. Mereka Lupa, ALLAH jualah yg berKUASA.
syedfahmi : When it come to harga minyak issues, peoples could clarify the hadis. But when it comes to kalimah Allah issues, nobody came out.
Update terkini isu kalimah ALLAH dari rakan-rakan twitter
“Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.
“Keputusan tidak akan memakan masa mengambil kira keprihatanan rakyat terhadap isu ini. Keputusan dijangka diumum seawalnya pada Oktober. Tarikh akan diberitahu kelak,” kata Mohamed Apandi sebaik mendengar hujah pihak kerajaan dan Herald.
Sudah hilangkah sayang kita pada ALLAH sehingga tak sanggup nak berjuang mempertahankan kalimah ALLAH hak milik tunggal Islam demi cinta pada agama demi kelansungan Islam untuk anak cucu cicit dan keturunan hingga hari kiamat. Sekali kita memberi kalimah ALLAH pasti tidak akan ada pusingan semula sekira bencana kerosakan Islam telah berlaku.
Pesanan daripada Ustaz Noehas :
“Pesanan terakhir, yakin bahawa agama Allah pasti menang (berfikiran positif) + tingkatkan dakwah manusia kepada Allah (ambil peluang dalam setiap isu untuk bawa manusia kepada Allah) = hidayat seluruh alam untuk umat Islam atau kafir, jin atau manusia.”
Kita super sensitif apabila hak subsidi kita ditarik oleh kerajaan tapi sunyi sepi kelu lidah ibarat tiada apa yang berlaku apabila ada orang lain hendak menggunakan kalimah ALLAH sebagai sebutan untuk tuhan mereka. Bila kita sudah tidak ada semangat perjuangan untuk mempertahankan ALLAH jangan haraplah ALLAH akan menoleh kepada kita. Kecitaan kita kepada ALLAH bukan hanya sebutan tetapi mesti diikuti dengan amal soleh yang ikhlas hanya kerana-NYA. Semuga kita terus mendapat hidayah dari ALLAH SWT dan dibawah peliharaan-NYA.
56 Comments
kerana gilakan kuasa sanggup merendah agama sendiri, org macam yg diorang sokong sangat…
Curahan rasa hafiz @ ..Kerja keras demi keluarga
isu ini besar..kita kena fikir efek untuk generasi akan dtg..anka cucu kita nanti..sekarang ini pun dah semakin goyah dek penangan Syiah…
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Lelaki Yang Sempurna
Oktober.. tak lama lagi dah.. sama-sama kita terus berdoa dan berdoa…
Curahan rasa KiD @ ..Tshirt Zarul Umbrella
Alhamdulillah…ini bukti hanya Islam yang paling mulia…
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Tanggapan Blog Menjadi Sampah Internet
insha allah, penggunaannya hanya untuk umat Islam
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Aku di Konvensyen Usahawan Muslim 2013
Hehe..artikel yang sangat menarik..InsyaAllah..sama-sama kita pertahankan maruah Islam..
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan Ke 18 Dari Jobdirumah
amin….
masih belum ada keputusannya lagi kan? atau dah ada tapi tak siapa sanggup nak keluarkan?
masih menanti dengan penuh debaran..
Curahan rasa rozita @ ..Petua dapat anak putih dan berlesung pipit dan amalan ketika mengandung
makamah tangguh keputusannya bulan depan, october.
Curahan rasa Denaihati @ ..iPhone 5S dan iPhone 5C bakal menakluki dunia
Allah selamanya akan menjadi Milik Kita takkan rela bila digunakan oleh agama lain
Curahan rasa munir ardi @ ..Manfaat menggunakan lidah buaya untuk kulit dan rambut
Semoga berjaya, masih tengah menunggu keputusan. Kalau ada yg update kat FB, cepat2 beritahu. Siapa yang kemukakan isu ini sepatutnya dihalau dari bumi Malaysia ni. Sengaja nak timbulkan perpecahan. Semoga semua berdoa untuk selesaikan dengan kemenangan dipihak Islam.
Curahan rasa Zulfaka bin Ali @ ..Majlis Konvokesyen AEU untuk program SPEED
Kalimah Allah SWT itu hak agama Islam… Jika agama di politikkan ianya bukan suatu tindakan yg wajar.
Agama Islam sepatutnya dijadikan asas perpaduan umat termasuklah dalam berpolitik.
Curahan rasa Bin Muhammad @ ..Setahun Sudah Berlalu – Blog Relaks Minda
Assalammualaikum… saudara denaihati,
memang setuju dengan penyataan ini.. kalau kita orang islam tak cuba nak pertahankan kalimah islam nie.. siapa lagi kan…
mselim3
pls: kepadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan dikembalikan…
Curahan rasa mselim3 @ ..Pintar Fiqah : Kentut Namun Tetap Meneruskan Solatnya?
Negara kita juga sedang diserang! Tapi bukan dengan senjata..Ayuh bangkit! – Shah
Curahan rasa Promosi Perodua @ ..Shah wrote a new post, Perodua Price List – September 2013
Allahuakbar,,! islam tetap di hati,,,
dengan kuasa Allah, pihak kita akan menang
Curahan rasa cikgu naman @ ..Backyard Monsters and Dinosaurs di Putrajaya
Comments are closed.