Kalimah ALLAH milik Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 9 pagi, 10/9/13 adalah tarikh penting kepada umat Islam Malaysia yang menentang kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam. Makamah Rayuan, Putrajya akan bersidang untuk mendengar rayuan kerajaan atas keputusan makamah sebelum ini yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ALLAH di dalam siaran tulisan mereka. Sebelum ini Persatuan Kristian Malaysia telah gagal dalam rayuan ntuk menghalang Kerajaan untuk meneruskan rayuan untuk membatalkan keputusan makamah.

Persatuan Kristian Malaysia berkeras untuk menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible tulisan Melayu walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam. Mereka menang dalam pemohonan pertama mereka di makamah yang telah dibantah oleh kerajaan. Mereka terus memperjuangkan untuk menggunakan kalimah ALLAH dengan berbagai alasan walaupun mereka sedar bahawa ALLAH milik Islam dan jika mereka menang bencana mungkin melanda Malaysia. Adakah bencana ini yang mereka harapkan??

Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din.

 

Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Ustaz Fauzi Asmuni.

 

Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Anwar Ibrahim memang aku tak sokong 1000 %. Kalimah ALLAH melangkaui ideologi politik bukan untuk mencari pengaruh tetapi menjaga tauhid anak cucu cicit kita ketika kita sudah sudah tiada di alam dunia ini. Dalam video ini bukan Islam boleh ketawa apabila Anwar Ibrahim merendahkan muslim yang menentang penggunaan kalimah Islam oleh bukan Islam. Jangan pulak anak cucu cicit kita juga diketawakan kelak kerana kebodohan datuk nenek mereka … kita lah tu.

 

Kata-kata dari Rakan Twitter [box type=”shadow”]

Laksamana Jifat  : Sama2 kita doakan kalimah allah hanya untuk umat islam.., ALLAHUAKHBAR.

Zarrin Zainal Abidin : Isu penggunaan kalimah allah dlm bible adalah isu aqidah. Lebih penting dr tuntutan pilihanraya bersih,masalah korupsi&kenaikan harga minyak.

Nur Ain Talib : Mohon doa untuk Islam esok.. Supaya non Muslim tak guna kalimah Allah dalam akhbar mereka.. Allah.

 

Haruman kasturi : Mohon semua umat Islam malaysia mendoakan kemenangan kita mempertahankan kalimah Allah.

Zudina Ariffin : Mungkin bagi mereka; POLITIK, KUASA, DUIT lebih penting dari Kesucian Kalimah Allah. Mereka Lupa, ALLAH jualah yg berKUASA.

syedfahmi : When it come to harga minyak issues, peoples could clarify the hadis. But when it comes to kalimah Allah issues, nobody came out.

[/box]

Update terkini isu kalimah ALLAH dari rakan-rakan twitter

“Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.

“Keputusan tidak akan memakan masa mengambil kira keprihatanan rakyat terhadap isu ini. Keputusan dijangka diumum seawalnya pada Oktober. Tarikh akan diberitahu kelak,” kata Mohamed Apandi sebaik mendengar hujah pihak kerajaan dan Herald.

Sudah hilangkah sayang kita pada ALLAH sehingga tak sanggup nak berjuang mempertahankan kalimah ALLAH hak milik tunggal Islam demi cinta pada agama demi kelansungan Islam untuk anak cucu cicit dan keturunan hingga hari kiamat. Sekali kita memberi kalimah ALLAH pasti tidak akan ada pusingan semula sekira bencana kerosakan Islam telah berlaku.

Pesanan daripada Ustaz Noehas :

“Pesanan terakhir, yakin bahawa agama Allah pasti menang (berfikiran positif) + tingkatkan dakwah manusia kepada Allah (ambil peluang dalam setiap isu untuk bawa manusia kepada Allah) = hidayat seluruh alam untuk umat Islam atau kafir, jin atau manusia.”

Kita super sensitif apabila hak subsidi kita ditarik oleh kerajaan tapi sunyi sepi kelu lidah ibarat tiada apa yang berlaku apabila ada orang lain hendak menggunakan kalimah ALLAH sebagai sebutan untuk tuhan mereka. Bila kita sudah tidak ada semangat perjuangan untuk mempertahankan ALLAH jangan haraplah ALLAH akan menoleh kepada kita. Kecitaan kita kepada ALLAH bukan hanya sebutan tetapi mesti diikuti dengan amal soleh yang ikhlas hanya kerana-NYA. Semuga kita terus mendapat hidayah dari ALLAH SWT dan dibawah peliharaan-NYA.


Spread the love

56 Comments

  1. Saya nak share url ni kat fb tp x di benarkan. Kenapa ye? Saya x alim sgt dan masih mendalami islam sepenuh nya. Namun isu penggunaan kalimah ALLAH dalam bible amat bertentangan sama sekali pada pendapat saya. Saya rasa muslimin itu sendiri masih kurang memahami apatah lagi non muslim… Siapa2 pun boleh sebut nama ALLAH tapi menggunakan dalam bible, itu seolah2 mempersendakan islam. Betulkan saya kalau saya salah. Wassalam
    Curahan rasa fauzizi @ ..Kampung Yang Mencipta ‘Matahari’ Sendiri (Menarik!)My Profile

  2. Bismillahirrahmanirrahim….
    “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”
    Amiin..
    Curahan rasa AmiRini @ ..Kenangan Mengusik Jiwa…My Profile

  3. ni pandangan peribadi saya la, sbnrnya non muslim boleh jer guna kalimah Allah. Tiada yg salah selagi ianya diguna dengan betul. Cumanya dlm konteks Malaysia sebelah sabah dan sarawak kita menerima hakikat mereka menggunakan kalimah Allah dan tiada masalah dan kita bersetuju mereka boleh guna. Tetapi dalam hal semenanjung Malaysia mengapa mereka berjuang? Siapa di semenanjung yang non muslim nak sangat guna kalimah Allah itu? ini lah persoalannya. Dan persoalan lain pula kenapa ingin diperjuang kalimah Allah didalam bahasa melayu? kenapa x perjuang kalimah Allah didalam bahasa lain pula iaitu cina, india dan lain lain, dan dari hal inilah timbul persoalan dan kesimpulan dari pertanyaan inilah secara peribadi saya x membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh non muslim (semenanjung) atas sebab banyak perkara yang tersirat……. Harap org x salah faham
    Curahan rasa Juan @ ..Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection MalaysiaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!