Kalau Aku Kaya

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, hari tu aku ada buka tawaran kepada rakan-rakan FB Group Denaihati Network yang ingin menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Dengan beberapa syarat yang telah diberitahu, penulisan terbaik akan mendapat duit raya. Entri ini adalah daripada Nuraini Huda @ hudamcgyver. Joom sama-sama kita baca.

Satu pagi yang indah, seperti biasa LDP dari Gombak ke Subang Jaya jammed teruk. Kereta bergerak pun kurang 80kmph. Tiba-tiba stesyen radio tempatan putarkan lagu “Kalau Aku Kaya” nyanyian Altimet dan Awi Rafael. Hati aku berkata-kata, kalaulah aku kaya. Minda aku turut berputar gambaran-gambaran indah.

Bila aku kaya, perkara pertama yang aku akan buat ialah berniaga. Aku akan buat satu perniagaan yang boleh bantu dan develop orang lain sama-sama kaya dengan aku. Kalau boleh sampai level orang Islam di Malaysia tidak perlu bayar zakat kerana semua penduduknya sudah kaya. Pergh! Besar gila cita-cita aku. Kalau aku setakat kasi duit, kot guna untuk manfaat takpe jugak. Tapi kalau berjoli, habis cenggitu je. Oh tidak… tidak…

Lepas tu aku akan buka sekolah swasta yang mana sekolah tersebut tidak mengajar perkara asas yang ada dalam subjek-subjek sekolah kerajaan sekarang, tetapi sekolah yang mengajar bagaimana menguruskan kewangan diri, bagaimana untuk menukar hutang yang buruk kepada hutang yang baik, dan bagaimana untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, semuanya bermula dari awal peringkat umur. Bila deorang dewasa, diorang dah boleh berniaga sendiri. Aku tahu rakyat Malaysia ni kreatif orangnya, cuma saluran je kadang-kadang aku rasa salah.

Selain tu, hari-hari jasad aku kat rumah. Takde la macam sekarang, pagi-pagi redah jammed, balik kerja lewat malam. Kalau boleh, nak duduk rumah sampai bosan tak tahu nak buat ape, lepas tu baru aku bawa mak ayah aku round the world sampai masing-masing rindu kat rumah sendiri. Macam tu la kitarannya.

Kalau mak aku suka sangat masak, aku akan bagi dia set masakan yang paling canggih. Masak tu level tak sakit lutut, makanan pulak level nutrisi terbaik la.

Kalau ayah aku suka berkebun, aku kasi tanah lapang sebelah rumah, tanam la ape saje tanaman yang beliau suka. Siap ade kolam kecil boleh isi ikan keli. Agak-agak nak bela lembu seekor dua pun, boleh la. Hehe, teringat zaman kanak-kanak dulu sama-sama korek tahi lembu buat baja dengan abang.

PONNNN!!!!” Astaghfirullaahalaziim. Berangan lagi, kan dah kena hon ngan kereta lain.

Kalau aku kaya, hari-hari hari raya~ bil-bil jiran keluarga aku bayar selamba~~

Apa agaknya yang Rakan Blogger akan buat kalau anda kaya?


Spread the love

47 Comments

  1. alhamdulillah..
    menjadi kaya itu pilihan.
    apa yang saya akan buat, usah perlu kata. sebab nanti, taip sini lain, yang dibuatnya dalam dunia realiti lain. percuma dosa. err..

    saya cuma. tak mahu dikenali. itu saja. dan apabila dikenali. bakal dikelilingi ujian riak dan ujub. oh tak mahu.
    Curahan rasa pakcik akhi @ ..Hantu Dalam Gambar Di UTM SkudaiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!