Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, hari tu aku ada buka tawaran kepada rakan-rakan FB Group Denaihati Network yang ingin menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Dengan beberapa syarat yang telah diberitahu, penulisan terbaik akan mendapat duit raya. Entri ini adalah daripada Nuraini Huda @ hudamcgyver. Joom sama-sama kita baca.
Satu pagi yang indah, seperti biasa LDP dari Gombak ke Subang Jaya jammed teruk. Kereta bergerak pun kurang 80kmph. Tiba-tiba stesyen radio tempatan putarkan lagu “Kalau Aku Kaya” nyanyian Altimet dan Awi Rafael. Hati aku berkata-kata, kalaulah aku kaya. Minda aku turut berputar gambaran-gambaran indah.
Bila aku kaya, perkara pertama yang aku akan buat ialah berniaga. Aku akan buat satu perniagaan yang boleh bantu dan develop orang lain sama-sama kaya dengan aku. Kalau boleh sampai level orang Islam di Malaysia tidak perlu bayar zakat kerana semua penduduknya sudah kaya. Pergh! Besar gila cita-cita aku. Kalau aku setakat kasi duit, kot guna untuk manfaat takpe jugak. Tapi kalau berjoli, habis cenggitu je. Oh tidak… tidak…
Lepas tu aku akan buka sekolah swasta yang mana sekolah tersebut tidak mengajar perkara asas yang ada dalam subjek-subjek sekolah kerajaan sekarang, tetapi sekolah yang mengajar bagaimana menguruskan kewangan diri, bagaimana untuk menukar hutang yang buruk kepada hutang yang baik, dan bagaimana untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, semuanya bermula dari awal peringkat umur. Bila deorang dewasa, diorang dah boleh berniaga sendiri. Aku tahu rakyat Malaysia ni kreatif orangnya, cuma saluran je kadang-kadang aku rasa salah.
Selain tu, hari-hari jasad aku kat rumah. Takde la macam sekarang, pagi-pagi redah jammed, balik kerja lewat malam. Kalau boleh, nak duduk rumah sampai bosan tak tahu nak buat ape, lepas tu baru aku bawa mak ayah aku round the world sampai masing-masing rindu kat rumah sendiri. Macam tu la kitarannya.
Kalau mak aku suka sangat masak, aku akan bagi dia set masakan yang paling canggih. Masak tu level tak sakit lutut, makanan pulak level nutrisi terbaik la.
“PONNNN!!!!” Astaghfirullaahalaziim. Berangan lagi, kan dah kena hon ngan kereta lain.
“Kalau aku kaya, hari-hari hari raya~ bil-bil jiran keluarga aku bayar selamba~~”
Apa agaknya yang Rakan Blogger akan buat kalau anda kaya?
No related posts.
47 Comments
moga2 impian kaya bakal dicapai jua….ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Bagaimana Menjadi Suami Idaman?
Emm kalau saya kaya, saya akan buat itu ini..tapi kalau saya betul2 di beri kekayaan, adakah semua itu akan saya lakukan..emm susah gak nak jwab persoalan tu..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari Raya
kalau kaya, macam-macam boleh dibuat, janji kena kaya dulu.hehehe
Curahan rasa boni kacak @ ..Tua Kutuk Dapat Lagi Duit Raya
kalau aku kaya mmg impian semua org… tp brapa ramai yg telah kaya dan berjaya?…
Curahan rasa Anna @ ..Resipi Mee Rebus Hj Wahid
Kalau aku kaya..
hmmm besar tanggungjawab bila dh kaya neh.. takut..
Curahan rasa amir zahari @ ..Gambar-gambar Hujan Meteor Perseid
Semoga angan menjadi nyata…
Curahan rasa daddydee @ ..Cara Menggantikan MCB Di Rumah
hehe kalau berkalau mmg berangan rupanya… best entri blogger ni
Curahan rasa ieta @ ..CARA MEMASANG WIDGET TRAFfIC ALEXA
kalau aku kayalah….
aku nak sponsor ibu bapa & adik beradik termasuk bakal isteri ke haji terus. takpayah tunggu dh tua baru nak gatal pergi huhu
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Doa Mohon Tetapkan Pendirian
hehehe kelakar jer entri ni tapi ada betulnya
Kalau aku kaya, langkah pertama mahu bawa Ibu menunaikan haji….Amin….
jangan lupa list kan saya sebagai salah seorang kawan awak ya..seronok kot kawan dengan orang kaya nie..
Impian setiap insan mahukan kekayaan. Apa yang penting apalah sudah kaya dimana kekayaan itu disalurkan?
Comments are closed.