Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tiada apa yang boleh digambar selain perasaan takut dan insaf apabila melihat keadaan jerebu yang sangat teruk sepanjang perjalanan dari Melaka menuju ke Simpang Renggam untuk ambik anak di asrama. Ketebalan jerebu bukan sahaja menghalang pandangan di Lebuh Raya PLUS kurang 1 km tetapi juga menghilangkan pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan.
Teringat firman ALLAH SWT dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya : “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut kerana perbuatan tangan manusia, supaya ALLAH menjadikan mereka merasa sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Soalnya manusia mudah lupa dan terus membakar hutan dan meruntuhkan bukit hanya kerana kemajuan.
Hari ini PM DS Najib Razak telah mengistiharkan darurat di Muar dan Ledang kawasan yang paling teruk dilanda jerebu sehingga Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah ketahap kritikal 750. Jerebu juga melanda daerah lain di Johor dan juga negeri-negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Pahang.
Jerebu boleh mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaiti kanak-kanak, orang tua, perokok dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit kronik paru-paru dan alahan.
Untuk mengelakan risiko ketika jerebu pastikan :
- Menutup hidung dengan topeng yang sesuai.
- Mengurangkan aktiviti luar.
- Tinggal dalam bagunan atau rumah.
- Minum air yang banyak
- Setiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah.
- Kepada yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar daripada kawasan jerebu.
- Segera ke klinik apabila kesihatan terjejas.
Dari sebuah hadith riwayat Muslim dan lainnya dari hadith Hudzaefah bin Usaid Al-Ghifari yang maksudnya, “Rasulullah saw melewati kami, sementara kami sedang berbincang-bincang. Beliau bertanya, ‘Apa yang kalian perbincangkan?’ Kami menjawab, ‘Kiamat’. Beliau bersabda, ‘Sesungguhnya ia tidak akan datang sehingga kalian melihat sepuluh tanda sebelumnya’. Lalu beliau menyebutkan dukhan (kabut), Dajjal, binatang bumi, terbitnya matahari dari arah barat, turunnya Isa bin Maryam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga pembenaman: pembenaman di timur, pembenaman di barat dan pembenaman di jazirah Arab, dan yang terakhir adalah api yang menggiring manusia ke Mahsyar mereka.” (HR. Muslim no. 2901, Abu Dawud no.4311 dan at-Tirmidzi no. 2184).
Ibnu Katsir berkata, “Ini adalah sanad yang shahih dari Ibnu Abbas Habrul Ummah dan Al-Qur’an. Dan begitulah pendapat sahabat-sahabat dan tabiin-tabiin yang sesuai dengan pendapatnya sesuai dengan hadith yang marfu’ baik yang shahih maupun hasan atau lainnya yang mereka sebutkan, semua itu mengandung isyarat yang yakin dan jelas bahwa dukhan adalah salah satu ayat yang masih ditunggu, di samping itu ia secara zhahir disinggung oleh Al-Qur’an.” Dan Hudzaefah meriwayatkan dari Nabi saw bahawa dukhan ini berlangsung selama 40 hari. Dan boleh jadi itu adalah dua Dukhan untuk menggabungkan antara atsar-atsar yang ada.
Maksud hadith di atas tiada kena mengena dengan keadaan jerebu teruk yang sedang melanda Malaysia tetapi boleh dijadikan peringatan untuk kita lebih dekat kepada ALLAH SWT.
Untuk menjaga kesihatan anak-anak banyak sekolah telah diarah tutup. Sila klik SINI untuk maklumat terkini sekolah yang ditutup seluruh Malaysia.
Untuk update Indeks Pencemaran Udara (IPU) sila ke SINI.
66 Comments
moga ianya dijadikan pengajaran buat semua
Curahan rasa sweetkurma @ ..jujur itu syurga
Teruk. Belah utara tak sampai lagi (Kedah & Perlis). Harap takde.
Terima kasih tuan DH kerana memperingatkan..
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #57 – Perfume Cahaya Cinta
insyaAllah segalanya akan kembali ke keadaan asal nnt..sama2 doakan..
Curahan rasa JMR @ ..Buat duit dengan blog?
manusia sndiri yg melakukan kerosakan di atas muka bumi ini… seperti yg malaikat2 pernah ramalkan ketika Adam diciptakan dahulu…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Gaji kakitangan awam naik lagi 1 Julai ini
Keadaan disini macam dah reda,sekolah pun mula dibuka,kalau nak keluar rumah,saya pakai juga facemask
Curahan rasa wazy @ ..Mari Cegah Jangkitan Selsema
Ada kata jerebu ni membawa hikmah. Ada kata jerebu ni petunjuk Allah kepada umatnya yang rakus, tamak dan menghabiskan masa dengan pekerjaan yang sia-sia… Semuanya terpulang pada diri sendiri menilai dugaan yang datang ini.
Curahan rasa halif @ ..Alhamdulillah…tapi….
Tengok gaya kat penang pun dah mula nak mai.
Curahan rasa ProfHariz @ ..Kenapa Aku Seorang Blogger Malaysia Gagal
Alhamdulillah siang tadi keadaan jerebu bertambah baik.
Curahan rasa hatiputera @ ..Semak Indek Pencemaran Udara Online 2013
memang makin parah dah. nak gi kerja pon tak berapa nampak jalan. terpaksa naik kereta. kalau naik moto, memang banyak la jerebu yang dihisap sepanjang perjalanan dari senawang ke alor gajah. perghhh
Curahan rasa arelan @ ..BeRSeDiaKaH aKu??
kalau bawak motor helmet fullface pun jerebu boleh masuklah rasanya. digalakan bawak kereta on aircon, circulation dari dalam saja.
Benar2 dugaan dan amaran buat kita.
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Jerebu. Jom Ngaji Tentang Jerebu
senawang pun tak berapa clear ni 🙁
Curahan rasa zuan @ ..Hijrah Selepas 4 Tahun
Risau juga especially bila both anak2 sudah mula batuk2….Rasa macam nak balik kampung je bercuti sehingga jerebu hilang…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Aksi Terlampau Papa dan Mama Hot
elok jugak tu bro…tp nak kena pastikan jugak kat kampung tak jerebu….
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Jerebu. Jom Ngaji Tentang Jerebu
Dalam opis saya pun dah macam berjerebu tuan…
Semoga cepat habis bencana ini…
Curahan rasa daddydee @ ..Tips Blogging : Komen Blog Lain
bro kena pakai topeng dalam office…heee
untuk kesihatan, selesa no.2
betul tu…berpeluh jugak pakai topeng ni…tp demi kesihatan…pakailah jugak…
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Jerebu. Jom Ngaji Tentang Jerebu
semoga keadaan cepat pulih seperti sedia kala..
Comments are closed.