Jepun Terkini pasca Gempa Bumi dan Tsunami

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tiada perkataan yang dapat dikatakan apabila melihat video dan gambar kerosakan gempa bumia dan tsunami yang melanda negara timur, Jepun. Melihat kerosakan yang berlaku di negara matahari terbit tersebut memang tidak masuk akal seandainya dikatakan hanya beberapa puluh orang sahaja yang terbunuh. Melihatkan kehancuran pasti ribuan nyawa melayang bersama arus laju tsunami yang melanda tanpa kasihan.

Teringat komen ekspresiruang : semalam saya tengok Alkuliyyah di TV3. Panel berbicara tentang sabda Nabi yang mengatakan bahawa akan berlaku gegaran (gempa bumi) di akhir-akhir zaman. Yang pertama akan dilanda gempa adalah di timur (Jepun). Kemudian akan bergerak ke barat (kalau tengok CNN semalam, Hawaii pon terkena tempias) dan akhir sekali akan terjadi di negara-negara Arab (Timur Tengah). Wallahualam.

Tsunami melanda Jepun

[ad#Adsense234x60]

Terkini dilaporkan lebih 10,000 dijangkakan terkorban pasca gempa bumi dan tsunami di Jepun. Yang paling merisaukan adalah berpuluh-puluh Reaktor Nuklear yang dilanda tsunami yang boleh mencentuskan bencana nuklear dunia. Reaktor nuklear di Fukushima Daichii sudah meletup beberapa kali yang telah mengorbankan beberapa orang. Ada juga berita yang menyatakan beberapa ratus penduduk berhampiran telah terkena radiasi nuklear.

Krisis kemanusian semakin parah. Penduduk kekurangan bekalan air, makanan dan kemudahan asas. Kekuatan minda korban mangsa gempa bumi dan tsunami menjadi cabaran kepada penyelamat. Sehingga hari ini masih belum ada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa keganasan gempa bumi dan tsunami Jepun.

Kepada semua pembaca yang terbaca entri ini tolong kita update bersama berita terkini pasca gempa bumi dan tsunami Jepun untuk tatapan semua yang sedang mencari berita. Semuga bicara Allah melalui bencana besar ini tidak hanya berlalu begitu sahaja tanpa memberi kesan dalam diri kita manusia.

TERKINI

1. Setiap komen anda akan didermakan RM1 ke Tabung bencana Jepun lansung sahaja ke @ http://ariffshah.com/donate-rm1-japan-every-rt-comment

2. TPM kata Malaysia masih selamat dari sebarang ancaman radioaktif walaupun banyak loji nuklear di Jepun rosak teruk dan beberapa buah darinya meletup serta melepaskan radiasi selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat Jumaat lalu. 16/3/2011

3. “@bbcworld: #Japanese police, dousing #Fukushima nuclear reactor with a water cannon, ‘fail to reach target’ and pull back because of radiation: NHK tv” 17/3/2011

4. Japan’s nuclear safety agency says smoke is rising from a building housing a damaged nuclear reactor at a power plant crippled by last week’s tsunami. 18/3/2011

5. Projek Amal On’na Noko For Japan Earthquake Victims @ Kujie2.com

[ad#nuffnang336]


Spread the love

47 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!