Jemput Datang ke Hi-Tea Zarul Umbrella 1.1.2017

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

cukup disenangi dan dihormati oleh para peminat dan juga rakan media, itulah keistimewaan yang ada pada Zarul Umbrella atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin. Kepada yang nak kenal Abang Zarul sila baca biodata Zarul Umbrella.

Zarul Umbrella juga bukan asing dengan rakan blogger kerana beliau juga merupakan seorang penulis blog dan digelar “Zarul Umbrella The Singing Blogger” satu ketika dahulu. Pada waktu ini, Zarul masih bersama dengan Malaysia Airline System (MAS) selaku pramugara dan masih belum melepaskan jawatannya itu.

Kehadirannya sebagai peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) baru-baru ini membuatkan semakin ramai yang meminati beliau yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka. Keputusan tempat ketiga dalam GV3 bukan bermakna beliau tidak popular bahkan ramai yang ingin mengetahui kisah selanjutnya mengenai Zarul Umbrella.

Dan selepas tamatnya Konsert Akhir Gegar Vaganza 3, pelbagai aktiviti bersama Zarul Umbrella dirancang termasuklah Zarul’s Hi Tea Party pada 1 Januari 2017.

Alhamdulillah, Denaihati Network terpilih untuk menjadi Blogger Rasmi majlis tersebut. Kepada sesiapa yang ingin lepak santai pada awal tahun baru 2017, bolehlah bersama-sama dengan Zarul Umbrella. Tiket masih boleh didapati dan tidak rugi bagi mereka yang datang ke Hi Tea ini.

“Jangan Cakap Abang Tak Payung,” kata Zarul.

Yang hadir pada Zarul’s Hi Tea Party sudah pastinya akan dapat bersama-sama mendengar nyanyian dan celoteh beliau yang cukup peramah dan cool saja.

Jadikan diri anda sebahagian daripada mereka yang bertuah dengan menyambut Tahun Baru Bersama Zarul Husin.

Tiket adalah terhad!

Tarikh: 1 Januari 2017
Masa: 3pm – 7pm
Lokasi: Hotel Royal, Kuala Lumpur.
Tiket Kelas Perniagaan: RM160 (barangan eksklusif pilihan Zarul & meja)
Tiket Kelas Ekonomi: RM120

Bayaran adalah menerusi :
‘Bank Instant Transfer’ kepada
No Akaun: 8602786964
(CIMB/RedBean FAMZ Resources)

Emelkan bukti pembayaran ke redbeanfamz@gmail.com untuk pengesahan.

Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi :
+60 17 209 0922 atau +60 12 322 9934 (SMS/Whatsapp sahaja).

Jom sambut tahun baru bersama-sama!


Spread the love

23 Comments

  1. Majlis Hi-Tea Zarul Umbrella tentu acara bermakna buat peminat untuk pembukaan tahun 2017. Lagu ‘Ramalanku Benar Belaka’ begitu hits pada 90an dan tidak asing bagi generasi hari ini.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!