Jemaah Tabligh tercemar akibat nila setitik

Spread the love

Majoriti masyarakat yang tidak kenal secara dekat memandang negatif kepada Jemaah Tabligh. Patang sahaja ada ruang dan titik lemah pasti Jemaah Tabligh akan dilanyak habis-habisan layak statusnya lebih rendah daripada penjenayah dan kaki maksiat. Tak kurang juga orang yang lebih ilmu agamanya memandang sebelah mata terhadap Jemaah Tabligh.

Aku bukanlah seorang ahli Jemaah Tabligh tetapi aku memahami perjuangan mereka berdasarkan pengalaman bersama semenjak berusia 14 tahun. Jemaah yang memperjuangkan 6 prinsip yang diamalkan oleh Para Sahabat tidak  pernah melabelkan mereka sebagai Jemaah Tabligh. Jemaah yang mengajak umat Islam kembali kepada Al-Quran dengan cara hidup yang ditujukkan oleh Rasulullah SAW. Jemaah yang sentiasa mengajak Solat Berjemaah di masjid, bersangka baik kepada Allah dan sesama Manusia, menghormati yang muda dan memberi khidmat pada yang tua, membudayakan membaca kitab setiap hari di rumah dan masjid, mengamalkan akhlak baik, berkongsi ilmu walaupun sedikit, mengajak kita mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kehidupan dan banyak lagi aktiviti baik yang bertentangan dengan amalan kehidupan moden.

Mana yang lebih baik seandainya seorang pemuda Islam itu mengikut Jemaah Tabligh atau mengikut Jemaah Rempet, dadah dan jenayah? Yakinlah ramai dikalangan kita tidak kisah jika anak bangsanya tercebak dalam dunia rempet, dadah dan jenayah daripada ikut Jemaah Tabligh. Agama lain memang sudah lama tidak suka kepada Jemaah Tabligh yang sentiasa sahaja bertebaran di seluruh dunia tanpa dibayar oleh sesiapa dan lebih malang lagi apabila umat Islam sendiri juga membeci Jemaah Tabligh.

Jemaah Tabligh juga manusia yang sentiasa dibisikan kata-kata hasutan oleh Iblis durjana jadi sudah pasti ada kes-kes terpencil seperti kes kahwin bawah umur dan pencabulan. Jangan hanya kes-kes terpencil ini maka Jemaah Tabligh yang banyak jasanya kepada perkembangan Islam di dunia dilabelkan dengan label yang negatif.

Tak kenal maka tak cinta. Ambilah peluang untuk mengenali Jemaah Tabligh dan azam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kita keluar ke jalan Allah SWT. Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk bertebaran di seluruh muka bumi menegakan Islam sekarang?

“Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:’Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu.” (QS. 29:19-20)

Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu” (Al An’am: 11)

“Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat)” – Surah At-Taubah ayat 2.

“Dan mereka berkata: “Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita) oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk memepertahankan kepercayaan kami)!” – Surah Fussilat ayat 5


Spread the love

60 Comments

  1. Jemaah Tabligh sering dipandang serong. Sedangkan tanpa mereka mungkinkah dakwah disampaikan ke cerok-cerok kampung dan hutan?

  2. memang dah jadi begini. Kena plak media tau dulu. Memang macam-macamlah jadinya..

  3. sy hanya tak bersetuju dgn cara jemaah tabligh yg perlu keluar rumah meninggalkan anak isteri utk berdakwah selama berbulan2 tanpa meninggalkan nafkah yg mencukupi. pernah sy lihat ini terjadi pd ahli keluarga dan rakan2.

    1. nafkah x cukup tak pe.sabo aje lah. Bila lagi nak belajo sabo.Kalau suami mati bagaimana..lagi haru..takpe le suami tu keluar sementara utk usaha atas iman. Lepas tu setiap 3 bulan sekali dia akan bawa isterinya keluar pula..tak salahkan?sayang bukan bermakna beli emas pd isteri…tapi usaha sungguh sungguh untuk selamatkan isteri dan keluarga supaya terlepas dari api neraka..Itu baru betul2 sayang.

  4. memang mana-mana individu atau kumpulan yang berjuang demi agama islam akan dipandang serong.

    mungkin kerana mereka tak memahaminya,nabi pun diberi tentangan keras ketika awal-awal menyebarkan islam.

    tapi bagi mereka,sepert jemaah tabligh,itu adalah cobaan bagi menguji keimanan mereka disisi allah swt.
    .-= FCUKZBLOG´s last blog ..Rumah orang terkaya di dunia =-.

    1. @FCUKZBLOG, setuju tu tiada perjuangan agama yang mudah. tentangan dan salah faham pasti ada sehingga hari kiamat. Insyallah kepada yang Allah beri hidayah kefahaman maka mereka akan faham kepada yang tidak dapat hidayah kefahaman tidak boleh lansung kita berburuk sangka kerana semua itu hak Allah swt. Manusia makhluk lemah semuanya dengan izin Allah.

  5. Pingback: pligg.com
  6. Pingback: IMCurtain.com
  7. salam,
    suatu masa dahulu suka dengar perkataan ‘tabligh’ dengar penerangan dari ustaz…kagum dgn mereka sanggup berkorban demi orang lain… namun kebekalangan ini … ada salah faham kat mana-mana kot
    .-= ~yangbaik~´s last blog ..ada apa dengan blog kita =-.

    1. @~yangbaik~, maknanya berjayalah golongan yang inginkan umat Islam salah faham terhadap Jemaah Tabligh ini agar mereka tersisih daripada memperjuangkan Islam. Jemaah ini adalah ancaman kepada mubaligh agama lain. Siapa yang boleh mengantikan Jemaah Tabligh untuk bertebaran di atas muka bumi tanpa dibayar sesen pun.

  8. cara penyampaian orang tabligh tu tak boleh dah diaplikasikan pada zaman sekarang (cara basi) sebab semua orang sekarang dah tak semesra dulu, mudah ditegur, mudah diajak tapi orang sekarang tak.

    sikap pentabligh tu sendiri tak bagus dan tak mencorakkan ajaran yang depa nak bawa, orang tak yakin sebab tu tak ikut..

    lg pon ada beberapa kes yang berlaku berkaitan jemaah tabligh. tambah lagi …
    .-= Luth Textile´s last blog ..Aku trauma? =-.

    1. @Luth Textile, Al-Quran dan sunnah tidak pernah BASI. Allah turunkan untuk pertunjuk manusia hingga akhir zaman. Belum ada sistem moden yang berjaya menyatukan 2/3 manusia di dunia ini melainkan sistem Islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Sistem sekarang banyak mengunakan sistem logik akal yg mana bila salah akan diubah. Manusia ni insan lemah yg tidak sempurna begitu juga para Jemaah tabligh. Yang kita nak ikut bukan orangnya tetapi amalan yg baik yg telah dilupakan oleh majoriti umat Islam.

    2. @Luth Textile, Astaghfirullahalazim…..xla smpai ckp mcm 2…hebat sgt ke kite ni smpai ckp mcm 2????
      ok la, adkh kamu sggp nk smbg dakwah2 nabi ni???? sggp wt kerja dakwah tnpa dibyar wlu sesen pn?????

    3. cara basi pun basilah..orang tak ikut pun tak apelah….yang penting kerja kerja kerja…. sampai mati..lepas tu tunggu balasan diakhirat..balasan baik ke tak baik ke tu hak Allah swt…tak boleh nak soal…ada orang ingat dia dah buat semua kebaikan kat dunia ni tapi malangnya diakhirat masuk neraka..itu hak Allah swt semata mata…
      Curahan rasa ABUDZAR @ ..SYIRIKMy Profile

    1. @muhammad fakhruddin, perjuangan Islam pasti akan dipandang serong oleh manusia sampai hari kiamat…jika perjuangan Rasulullah tidak mudah apakan kita manusia yang sudah ditinggalkan 1500 tahun oleh Rasullulah…lagi susah.

  9. aku pernah bergaul dengan tabligh, aku pernah pergi ke markas tabligh dan aku kenal ramai tabligh. tapi ternyata, pengalaman2 aku tidak memberikan aku pandangan yg lebih baik pada mereka. malah sebelum tu aku tidak memandang rendah pada mereka. aku tak nak ceritakan kat sini sbb bakal merosakkan imej mereka. bukan sorg, bukan dua orang, tapi berpuluh tabligh yg aku kenal.

    1. @mrkay, apabila kita melihat keburukan manusia lain maka tidak cukup air lautan seandainya dijadikan dakwat untuk kita tulis keeburukan mereka tetapi seandainya kita melihat kebaikan manusia lain maka Allah akan melihat kebaikan dalam diri kita.

    2. tuan dah tersilap faham…org tabligh SEBENAR BENARNYA keluar 4 bulan setiap tahun, keluar 10hari setiap bulan,dakwah 25 orang sehari….tak pernah tinggal amalan ini seluruh hidupnya….mereka akan korbankan apa aje untuk agama…….orang macam ni susah nak dijumpai..mereka tak menonjol…orang orang sebeginilah yang menaikkan kalimah Allah swt di seluruh dunia…Yang tuan jumpa dan bergaul di markaz tu…baru berlakun dan belajar nak jadi orang tabligh….baru peringkat tadika ….baru nak belajar abc…bayak buat silap..jadi janganlah lebih-lebih tengok keburukan mereka…sebenarnya apa saja keburukan yg anda nampak pada org lain sebenarnya ada dalam diri anda…tilik tiliklah diri sendiri dulu….
      Curahan rasa ABUDZAR @ ..SYIRIKMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!