Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips jadikan blog sebagai mall jualan“. Kali ini Abang nak berkongsi nasihat ustaz kepada kawan-kawan yang selalu marah apabila kawan mereka tidak membantu ketika susah.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Pasti kita sering membaca kelohan sahabat-sahabat di sosial media terutama apabila dalam kesusahan dan tiada siapa yang sudi membantu. Maka keluarlah ayat “sahabat masa senang ramai tapi sahabat masa susah semua lari”.

sarapan pagi adiputra mira filzah denaihati network geng blogger

Ustaz kata apabila kita rasa gembira, apabila kita rasa sedih, apabila kita inginkan sesuatu yang kecil, apabila kita inginkan sesuatu yang besar, apabila kita ditimpa masalah yang kecil, apabila kita ditimpa masalah yang besar.

Ustaz juga kata apabila kita disanjung orang, apabila kita dibenci orang, apabila kita disihir orang dan apabila kita rasa tiada siapa lagi nak tolong

Jangan berharap pada manusia tetapi mintalah tolong hanya pada TUHAN tidak kira masa bila pun seperti maksud ayat 60 surah Ghafir

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Ustaz akhiri nasihatnya sesungguhnya manusia tiada kuasa yang berkuasa hanya TUHAN maka mintalah bantuan pada NYA dan jangan kecewa kalau doa kita belum diterima sebab kalau tidak dimakbulkan di dunia pasti akan dimakbulkan di akhirat.

Abang hanya tolong sampaikan kata ustaz.

Jangan lupa setiap hari berselawat paling tidak 100x

‎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

38 Comments

  1. Pernah terjadi pada fara sendiri… tiada yang mengambil berat lepas kehilangan ibu. Hilang support dari org tersyg… Dr situ fara bangkit usaha dan capai sendiri smpai dpt pegang diploma dengan hasil duit kerja sambilan.. fara xpernh berdendam pd mereka yg fara pernah berkecil hati… Wlpon bru skg fara diterima mereka, fara bersyukur… Sebb fara hidup tidak menyusahkan sesiapa sebb tu semua dri pertolongan Allah SWT…

  2. Kita adalah makhluk Allah yang paling indah ciptaannya dengan potensi besar. Jika kita tidak capai matlamat hidup, itu bukan salah sesiapa tetapi pilihan yang kita buat setiap saat.

    Seperti dalam firman Allah SWT :

    “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka sendiri bangun mengubah apa yang ada pada diri mereka” (ar-ra’d : 11)

    Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk menguruskan perubahan. Jangan cepat mengalah. Jangan pernah mengalah. Patah sayap, terbanglah jua. Jika jatuh, jangan terus rebah. Bangkit semula. Biar terhenyak menyembah bumi tetapi tetap tegak berjalan dan berlari walaupun terpaksa bertongkat.
    Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Tips dan Cara Ringkas Menurunkan Berat Badan Dengan SihatMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!