Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips jadikan blog sebagai mall jualan“. Kali ini Abang nak berkongsi nasihat ustaz kepada kawan-kawan yang selalu marah apabila kawan mereka tidak membantu ketika susah.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Pasti kita sering membaca kelohan sahabat-sahabat di sosial media terutama apabila dalam kesusahan dan tiada siapa yang sudi membantu. Maka keluarlah ayat “sahabat masa senang ramai tapi sahabat masa susah semua lari”.

sarapan pagi adiputra mira filzah denaihati network geng blogger

Ustaz kata apabila kita rasa gembira, apabila kita rasa sedih, apabila kita inginkan sesuatu yang kecil, apabila kita inginkan sesuatu yang besar, apabila kita ditimpa masalah yang kecil, apabila kita ditimpa masalah yang besar.

Ustaz juga kata apabila kita disanjung orang, apabila kita dibenci orang, apabila kita disihir orang dan apabila kita rasa tiada siapa lagi nak tolong

Jangan berharap pada manusia tetapi mintalah tolong hanya pada TUHAN tidak kira masa bila pun seperti maksud ayat 60 surah Ghafir

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Ustaz akhiri nasihatnya sesungguhnya manusia tiada kuasa yang berkuasa hanya TUHAN maka mintalah bantuan pada NYA dan jangan kecewa kalau doa kita belum diterima sebab kalau tidak dimakbulkan di dunia pasti akan dimakbulkan di akhirat.

Abang hanya tolong sampaikan kata ustaz.

Jangan lupa setiap hari berselawat paling tidak 100x

‎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

38 Comments

  1. Sangat Setuju, manusia hanyalah makhluk.
    Karena tempat bersandar sebenar-benarnya adalah Allah Sang Maha Pencipta.
    Manusia memiliki banyak sekaliketerbatasan, jika kita berharap pada manusia, maka siap-siaplah untuk kecewa….

  2. Betul tu bro, dalam kehidupan ni kalau kita terleka sedikit mula la timbul perasaan riak dan cemburu . Semoga kita sentiasa mengingati Allah S.W.T dengan melakukan solat taubat dan saling memaafkan sesama rakan .
    Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Sinopsis J RevolusiMy Profile

  3. terima kasih tuan atas peringatan ni..dlm tak sedar, terdetik gak keluhan sebegini..semoga selepas ni kita menjadi yg lebih baik.

    1. itu yang paling penting, hadith nabi :
      “Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”
      Hadith tersebut adalah hadith sahih di dalam Sunan at-Tirmizi. Iaitu ketika Mu’awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda, Aisyah dan lalu ‘Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda seperti hadith di atas.
      Kesimpulan hadith : Utamakan redha Allah daripada redha manusia.
      Curahan rasa Denaihati @ ..Tips jadikan blog sebagai mall jualanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!