jadual-PMR-2013-CBK

Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 Calon Berkeperluan Khas

Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 Calon Berkeperluan Khas di Malaysia. Sila klik pada gambar untuk muat turun jadual ini.

AMARAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN

Dilarang membawa masuk sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas, telefon bimbit atau alat-alat komunikasi, kotak pensel, beg dan Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.

Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

Dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa isyarat untuk tujuan meniru.

Dilarang mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

Dilarang menukar kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan dengan calon lain.

Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

Dilarang membawa keluar kertas peperiksaan dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

Dilarang membawa kertas peperiksaan tertutup dan skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Dilarang membawa kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Dilarang keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan.

Dilarang melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan.

Dilarang mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata.

Dilarang merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!