Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Peperiksaan UPSR adalah salah satu peperiksaan besar di Malaysia untuk pelajar sekolah rendah atau kalau di Indonesia dinamakan sekolah Dasar yang berusia 12tahun. Untuk pelajar yang mendapat keputusan Peperiksaan UPSR yang baik selalunya akan melanjutakan pelajaran di sekolah menengah berasrama yang terkenal.
2011 tidak ada anak aku yang terlibat dengan UPSR tetapi ramai anak-anak saudara yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang akan berlansung pada 13/9/2011 hingga 15/9/2011. Berikut Jadual Peperiksaan UPSR 2011 :
SELASA 13 September 2011
- 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
- 09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
- 11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2
RABU 14 September 2011
- 08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
- 09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman
- 11:45 pagi — 01:00 petang = Bahasa Cina Penulisan
KHAMIS 15 September 2011
- 08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
- 10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
- 11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
- 02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam
Ujian Aptitud Tahun Enam adalah satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi tiga Bahagian yang mengambil masa – 1 jam 30 minit mengandungi 3 bahagian iaitu Kemahiran Berfikir, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan dan Minat, Kecenderungan dan Kesediaan.
Selamat menghadapi Peperiksaan UPSR 2011 semuga semua calon mendapat keputusan yang paling cemerlang. Belajar bersungguh-sungguh kerana hanya ILMU bekalan terbaik untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Pesan Tok Guru supaya ibubapa calon rajin-rajin bagun malam solat sunat Tahajjud dan mendoakan kejayaan anak serta semua calon UPSR yang lain. Insyallah sama-sama kita saling mendoakan. Jangan pula mengharapkan orang mendoakan kejayaan anak kita sedangkan kita buat tak tahu je tapi nak sangat anak berjaya. Tiada usaha manakan ada kejayaan.
Untuk calon Peperiksaan PMR 2011 @ Jadual Peperiksaan PMR 2011.
Nota : 17/11/2011 keputusan UPRS keluar. Keputusan UPRS akan diumumkan selepas jam 10 pagi. Semakan keputusan UPRS secara SMS juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas ( SMS ) mySMS 15888 mulai jam 10.00 pagi 17/11/2011 sehingga 11.59pm 23/11/2011.
Taip UPSR [ angka giliran ] dan hantar kepada 15888 contoh UPSR BC1004A100 kirim sms ke 15888
*caj penghantaran RM0.15 sen dan caj penerimaan RM0.20
63 Comments
gud luck utk adik2 yg menduduki upsr..ingt: usaha, doa , tawakal!
rindu zaman UPSR. alhamdulillah dapat 5A dulu walaupun percubaan 2A je hehehe
Curahan rasa eyra @ ..Gambar anak Elyana, Kris Dayanti dan Aqasha
Zaman SPM tak rindu ker Eyra? hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Merdekakah kita?
kami guru2 d sekolah ni pun amat risau dengan persediaan murid2 sekolah kami.. kami yang berdebar, murid2 plak yang banyk relax.. ehe.. all the best buat semua calon2 UPSR serata negara
Curahan rasa Gen2Merah @ ..Nasib baiklah murid saya yang jumpa…
dulu upsr la paling takut haha
Curahan rasa fezal @ ..Wordless Wednesday #8 : EH LISA SURIHANI .
teringat zaman darjah 6 dulu…berjaga malam takut tak dapat A..
Curahan rasa ainun @ ..Kelab Malas
Sudah 3 thn berturut-turut mengajar Thn.6..lebih2 lg subjek KILLER BI pulak…wlaupun sgt teruja..moga anak2 didiik yg ku sayangi akan berjaya dgn cemerlang..Amin
Anak-anak kena diingatkan supaya jangan jawab dengaj gelojoh.. Tawakal setelah usaha selama 6 tahun belajar. Insyalah berhasil nanti. Kalau UPSR tak cemerlang ibu bapa jangan marah anak2 tu. Panjang lagi perjalanannya. Banyak lagi ruang dan peluang untuk terus berjaya.
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Tips Menghadapi UPSR
Teringat zaman kegemilangan ambik UPSR tahun 1997 😛
Good luck to all the candidates 😉
Curahan rasa bubbles182 @ ..What I found during my massive spring cleaning
Mari kita berdoa semoga para peserta bisa melaluinya dengan sukses.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Masih Bukan Cinta Biasa
iya semoga semua keluarga Bro bisa lulus
Curahan rasa munir ardi @ ..Working with others will help improve your personal life.
Hujung tahun ni memang banyak peperiksaan besar.. moga dorang semua siap bersedia
Curahan rasa Steward John @ ..Pesanan Korban Secara Online
rasanya debaran parents lagi kuat dari anak yg amik periksa tu snediri kan..
semoga diterangkn hati utk jawab dgn baik…
Curahan rasa noriz @ ..Awning raya…
bnyk btol yangbaik tinggal komen.. hebat..
Curahan rasa Fakarepain @ ..UDAH- UDAH LER SEARCH PASAL ZILA BAKARIN
Adik saya amik UPSR tahun ni..
Curahan rasa Fakarepain @ ..UDAH- UDAH LER SEARCH PASAL ZILA BAKARIN
semoga berhasil dengan baik
Curahan rasa munir ardi @ ..Working with others will help improve your personal life.
semoga kejayaan menjadi milik anda… selamat berusaha!
Curahan rasa yangbaik @ ..Dapat surat panggilan Kursus Induksi pula
peperiksaan itu adalah pelengkap untuk apa yang telah anda pelajari selama ini..
Curahan rasa yangbaik @ ..Dapat surat panggilan Kursus Induksi pula
Comments are closed.