Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selepas kakak menduduki PMR awal bulan Oktober 2013 kini giliran abang pula yang akan menduduki peperiksaan SPM 2013 pada 6/11/2013 hingga 5/12/13. Dua orang anak menduduki peperiksaan besar dalam tahun yang sama merupakan cabaran bukan sahaja untuk anak-anak tetapi juga kepada aku dan isteri. Untuk memberi semangat kepada mereka, kami korbankan masa untuk sentiasa bersama apabila diberi kesempatan oleh madrasah untuk melawat.
Tiada apa yang lebih penting untuk anak-anak selain daripada berjaya dalam pelajaran kerana hanya dengan ilmu manusia boleh mengubah nasib diri. Untuk pelajaran anak-anak in shaa Allah aku sanggup korban duit, masa dan tenaga kerana emak abah dulu pun sanggup berkorban segalanya untuk kejayaan aku. Aku tak nak jadi seperti sebahagian dari ibu bapa yang sanggup berhabis duit untuk diri sendiri tapi untuk pelajaran anak macam-macam komplennya. Yuran lebih sikit pun tak nak bayar tapi kalau baju mahal sanggup je beli.
Aku pernah saksikan ibu bapa yang bertegang leher dengan guru besar sekolah tak nak bayar yuran sekolah yang dinaikkan sedikit walaupun memandu kereta mewah BMW. Kalau untuk ilmu tak sanggup nak bayar jangan haraplah anak-anak akan berjaya kerana ibu bapa yang sanggup berkorban pun belum tentu anaknya berjaya.
Di saat-saat akhir SPM 2013 yang paling penting abang mesti menjaga kesihatan dengan makan makanan berkhasiat, minum air yang cukup dan tidur yang cukup. Sentiasa pesan kepada abang untuk tidur sebelum jam 12.00 am dan bangun awal untuk membuat ulangkaji. Sia-sia sahaja usaha selama setahun sekiranya pada hari peperiksaan abang tidak sihat, sudah pasti tak boleh nak fokus kepada peperiksaan. Bagus juga makan Minda Aktif kerana dengan izin ALLAH in shaa Allah boleh membantu menghilangkan perasaan gemuruh, takut, panik, menambah konsentrasi, menguatkan daya fikir, menghilangkan keletihan dan kelesuan fizikal dan mental.
Masa untuk membaca buku kurang sesuai yang terbaik fokus menjawab soalan ramalan SPM, soalan percubaan SPM dan soalan SPM tahun-tahun lepas untuk mengasah daya ingatan. Biasanya cikgu akan membuat ramalan soalan yang akan keluar berdasarkan trend jadi jangan abaikan ramalan tersebut.
KLIK UNTUK MENANG HADIAH RM40,000 DENGAN CARA MUDAH
Persiapan fizikal dan mental untuk abang dan semua calon SPM 2013 sangat penting ditambah dengan amalan ibubapa mengiringi anak yang sedang periksa. Bagus kalau ibubapa puasa sunat untuk mengiringi anak-anak yang menduduki peperiksaan sambil mendoakan kejayaan anak. Usaha telah dibuat selainnya berdoa dan bertawakal kepada Allah swt. Bagus juga solat sunat istikharah memohon semuga Allah gerakan hati untuk kita membaca bahagia-bahagian yang bakal keluar dalam peperiksaan SPM.
Semuga abang dan rakan-rakan di Madrasah Arab Kluang serta semua calon SPM 2013 dapat menduduki peperiksaan SPM dengan tenang, sihat dan dapat menjawab semua soalan dengan betul. Semuga abang mendapat 9A+.
Jom kongsi tips peperiksaan dengan adik-adik calon SPM dan ibubapa calon PMR.
[box type=”shadow”]Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2013
1. 6/11/13 (08:00 am— 10:15 am) : Bahasa Melayu Kertas 1
2. 6/11/13 (02:00 am — 04.30 pm) : Bahasa Melayu Kertas 2
3. 7/11/13 (08:00 am — 09:45 am) : Bahasa Inggeris Kertas 1
4. 7/11/13 (10:30 am — 12:45 am) : Bahasa Inggeris Kertas 2
5. 7/11/13 (02.00 pm – 04.30 pm) : Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Kertas 1
6. 13/11/13 (08.00 am – 09.00 am) : Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 1
7. 13/11/13 (10.00 am – 12.30 pm ) : Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 2
8. 14/11/13 (08.00 am – 11.00 am) : Sejarah Kertas 3
9. 18/11/13 (8.00 am – 9.15 am) : Mathematics (Aneka Pilihan) Kertas 1
10. 18/11/13 (10.00 am – 12.00 pm) : Mathematics Kertas 2
11. 20/11/13 (08.00 am – 10.00 am) : Pendidikan Syari’ah Islamiah (Aneka Pilihan) Kertas 1
12. 25/11/13 (08.00 am – 09.15 am) : Science (Aneka Pilihan) Kertas 1
13. 25/11/13 (10.00 am – 12.30 pm : Science (Aneka Pilihan) Kertas 2
14. 2/12/13 (11.15 am – 12.30 pm) : Ekonomi Asas (Aneka Pilihan) Kertas 1
15. 2/12/13 (02.00 pm – 04.00 pm) : Ekonomi Asas Kertas 2
16. 3/12/13 (08.00 – 10.30 am) : Bahasa Arab Kertas 2
17. 3/12/13 (11.15 am – 12.30 pm) : Bahasa Arab Kertas 1
Sila klik untuk jadual penuh SPM 2013 [/box]
33 Comments
good luck abang…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Pelabur Hartanah Senyap
Good luck abang!! Semoga berjaya menjawab semua soalan…
Selamat berjaya buat Abang, semoga dipermudahkan untuk menjawab SPM nanti. Juga buat semua calon yang lain 🙂
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Penyakit Jantung; Jenis, Tanda dan Faktornya
teringat masa ambil spm..rasa macam nak patah balik buat betul-betul..
Curahan rasa Agenda Semasa @ ..Terkini!!! Pekeliling Perkhidmatan Untuk 81 Skim Kakitangan Awam Dah Keluar! Muat Turun Sekarang!
Salam,
Tempoh exam silap tu tuan…
6 nov hingga 5 dis 2013…bukan hingga 5.11.2013
He3…
All the best to Abang dalam peperiksaan SPM nya. Namun, seperti biasa, ayah dan ibu lah yang paling resah sekali sepanjang tempoh exam, kan? 😀
Curahan rasa Ismail N @ ..23 Best Footballers In The World
semoga dapat menghadapi SPM dengan tenang…semoga berjaya !!!
Curahan rasa salmiah @ ..Ketahui 1001 Khasiat Vivix menyembuhkan Pelbagai Penyakit serius
hope semuanya sukses dan tawakal…..
Curahan rasa sukma @ ..Wordless Wednesday # 38
anak saudara saya juga sedang menghadapi peperiksaan SPM tahun ini…
semoga mereka semua berjaya…
Curahan rasa Akuro San @ ..Selamat Menduduki Peperiksaan SPM Buat Kali Terakhir
Teringat balik masa ambil spm dulu…ada sampai bangun lambat untuk ke dewan peperiksaan…nasib baik dok asrama je. Huhu…
Curahan rasa Farid Adam @ ..Ibu, Ayah, Tolong Jaga Rezeki Anak
Anak yang ikut Peperiksaan orang tuapun terasa was-was karena berbagai faktor, Semoga berhasil Abang dalam PEperiksaan SPM 2013 ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Buah delima ampuh untuk menangkal stress
Teringat jugak dulu memang nervous bila nak ambil SPM. especially kertas Add Maths. Memang nervous sungguh…
alhamdulillah…add math dapat markah tinggi jugak la walaupun tak tinggi sangat…
Curahan rasa Pendekar @ ..Jambatan Ilmu Adalah Membaca
Selamat menempuh SPM, semoga berjaya selalu…
Curahan rasa Kasmini @ ..Jilbab Cadar Rachima
Semoga Abang sukses di dalam SPM tahun ini , apa yang penting kena jaga keselamatan dan jangan lupa bawa slip peperiksaan dan akd pengenalkan serta alat tulis apabila melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan
Curahan rasa wazy @ ..Salam Maal Hijrah 1435H
Wah bro DH ada 2 org anak ambil exam besar
Curahan rasa hafiz @ ..Tips untuk memilih jantina bakal anak
Comments are closed.