Assalamualaikum dan salam 1Dunia, UPSR 2011 dan PMR 2011 sudah tamat kini tiba masa untuk calon SPM 2011. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah peperiksaan paling penting berbanding UPSR dan PMR kerana keputusan SPM adalah menentukan hala tuju kerjaya di masa hadapan. Persediaan dari awal memanglah bagus ditambah dengan doa, solat malam dan tawakal insya Allah akan ada bantuan dari Allah SWT. Kepada ibubapa calon SPM 2011 jangan harapkan kepada guru sahaja berusaha untuk kejayaan anak-anak kita. Ibubapa juga mesti meluangkan masa bersama anak di saat menjelang peperiksaan SPM jangan dibiarkan begitu sahaja.
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2011
ISNIN 14 November 2011
- 08:00 pagi — 10:15 pagi – Bahasa Melayu Kertas 1
- 02:00 petang — 04:30 petang – Bahasa Melayu Kertas 2
SELASA 15 November 2011
- 08:00 pagi — 09:45 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
- 10:30 pagi — 12:45 tgh hari – Bahasa Inggeris Kertas 2
RABU 16 November 2011
- 08:00 pagi — 09:00 pagi – Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 1
- 10:00 pagi — 12:30 tgh hari – Sejarah Kertas 2
KHAMIS 17 November 2011
- 08:00 pagi — 09:15 pagi – Metamatik (Aneka Pilihan) Kertas 1
- 10:00 pagi — 12:30 tgh hari – Metamatik Kertas 2
ISNIN 21 November 2011
- 08:00 pagi — 10:00 pagi – Pendidikan Islam Kertas 1
- 11:15 pagi — 12:55 tgh hari – Pendidikan Islam Kertas 2
RABU 23 November 2011
- 08:00 pagi — 10:00 pagi – Metamatik Tambahan Kertas 1
- 02:00 petang — 04:30 petang – Metamatik Tambahan Kertas 2
KHAMIS 24 November 2011
- 08:00 pagi — 09:15 pagi – Fizik (Aneka Pilihan) Kertas 1
- 10:00 pagi — 12:30 tgh hari – Fizik Kertas 2
- 02:00 petang — 03:30 petang – Fizik (Amali Bertulis) Kertas 3
SELASA 29 November 2011
- 08:00 pagi — 09:15 pagi – Kimia (Aneka Pilihan) Kertas 1
- 10:00 pagi — 12:30 tgh hari – Kimia Kertas 2
- 02:00 petang — 03:30 petang – Kimia (Amali Bertulis) Kertas 3
RABU 30 November 2011
- 08:00 pagi — 09:15 pagi – Biologi (Aneka Pilihan) Kertas 1
- 10:00 pagi — 12:30 tgh hari – Biologi Kertas 2
- 02:00 petang — 03:30 petang – Biologi (Amali Bertulis) Kertas 3
Teruskan membuat latihan dan menjawab soalan percubaan SPM dari negeri lain. Sentiasa berdoa semuga Allah SWT buka hati calon membaca bahagian yang bakal keluar dalam peperiksaan. Jangan lupa jaga kesihatan dengan tidur yang cukup dan makanan yang berkhasiat. Teringat pulak zaman-zaman SPM dulu-dulu saat begini memang saat yang mencemaskan dan terasa tak abis belajar semua pelajaran.
Ada Tips yang bagus ke untuk menghadapi SPM 2011. Kalau ada kongsikan Tips yang terbaik untuk diamalkan calon SPM 2011, manalah tahu Tips kita dapat membantu adik-adik dan anak-anak kita untuk berjaya cemerlang SPM 2011. Mungkin Tips dalam entri “Tips Peperiksaan Untuk Ibubapa” boleh membantu.
Selamat menduduki peperiksaan SPM untuk semua calon SPM 2011. Semuga semua sukses cemerlang.
63 Comments
Baguslah DH memberi informasi2 yang berharga bagi orang banyak inilah yang patut untuk dicontoh, hidup untuk memberi.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
Kita mengharapkan yg terbaek untuk dia walaupun dia tidaklah sepandai mana . ku hnya mencintaimu . walaupun kau tak tahu .
Curahan rasa Kekasih sejati @ ..♥ FRIENDS WHO ARE VERY CLOSED TO ME ♥
spm dan apa yg kita ambil selepas spm yg akan menentukan masa depan kita..hehe..jangan leka dalam pelajaran..ambil iktibar dari diri saya sendiri..
Curahan rasa paihujey @ ..Bukan Isteri Bukan Janda
Semoga adik2 dpt jawab soalan dengan baik bila dlm peperiksaan nanti. Insya-Allah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“Saya menyertai contest Gadget Impian”
pilihlah yg terbaik dan sekiranya mampu@ejakulasi dini herbal
adoi SPM daa xlme daa nie…
tkutnyer laa..:(
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
takpe dik. kalau adik dah usaha, adik pasti boleh jawab 🙂
Curahan rasa eyra @ ..#21 Wordless Wednesday – #octtwtfest world record!
Harap amie dah bersedia. Kita yakin jer dekat diri sendiri
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
Comments are closed.