Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, musim Haji datang lagi. Tahniah kepada semua Bakal Jemaah Haji Malaysia yang sudah terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH SWT untuk musim haji 2012. Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah memilih anda menjadi salah seorang daripada berjuta tetamu-Nya dari seluruh dunia. Anda dipilih bukan kerana banyak duit, bukan kerana muda, bukan kerana sihat, bukan kerana bertenaga tetapi hanya satu kerana dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamu NYA. Masih ramai lagi yang sedang menunggu giliran dengan penuh sabar jadi jangan persiakan peluang yang telah diberi oleh ALLAH SWT.

Screen Shot 2012 09 15 at 1.55.19 PM Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012

Masjidil Haram

Tabung Haji telah mengumumkan tarikh Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 :

1. Penerbangan Pergi Pertama : 17 September 2012 (Isnin)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 25 Oktober 2012 (Khamis)
4. Hari Raya Haji : 26 Oktober 2012 (Jumaat)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 27, 28 dan 29 Oktober 2012 (Sabtu, Ahad dan Isnin)
6. Penerbangan Balik Pertama : 1 November 2012 (Khamis)
7. Penerbangan Balik Akhir : 29 Disember 2012 (Khamis)

Nota : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Puas dah mencari Jadual Penuh Penerbangan Haji Malaysia 2012 tapi masih belum terjumpa lagi. Di zaman teknologi dimana manusia mencari informasi melalui internet adalah bagus jika Tabung Haji mengambil langkah proaktif dengan menyediakan Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 secara online atau semakan secara SMS. Mungkin website ini boleh sedikit sebanyak memberi panduan kepada jemaah haji 2012.

Ibadah haji adalah ibadah menguji kekuatan dan daya tahan iman. Persiapan yang rapi rohani dan jasmani sangat diperlukan untuk mendapat Haji Mabrur. Ibadah Haji bukanlah seperti rombongan Mak Minah pergi ke Vietnam sibuk membeli belah tetapi Haji adalah perjalanan Rukun Islam yang ke lima untuk menyempurnakan Rukun Iman yang enam. Berbagai ujian akan ALLAH SWT turunkan kepada setiap bakal Jemaah Haji bermula dari Malaysia sehingga di Mekah, Madinah dan kembali semula ke Malaysia. Maka bersedialah dengan semua ujian kerana bukan mudah untuk mendapat Haji Mabrur.

Betulkan niat hanya untuk menjadi tetamu ALLAH SWT menyempurnakan rukun Islam yang ke lima dan bersedia untuk menghadapi berbagai ujian dengan redha tanpa ada keluh kesah. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin jemaah haji 2012 akan mendapat melaksanakan Haji Akbar.

Rupanya ramai yang kurang selesa dengan tajuk entri Ibadah Haji itu Kusut Masai sehingga ada yang mengirim email dan DM dalam inbox FB. Insyallah akan dijelaskan dalam entri yang akan datang apa maksud Ibadah Haji itu Kusut Masai.

Nota :

1. Jadual Penerbangan Haji ( JPH ) kepada bakal-bakal haji TERPILIH Musim Haji 1433H/2012 telah mula dikeluarkan dan diposkan secara berperingkat-peringkat ke alamat bakal-bakal haji berkaitan. Buat masa ini, JPH hanya diperuntukkan kepada bakal-bakal haji penerbangan peringkat awal sahaja khususnya yang melibatkan KT 01 – KT 19 iaitu untuk tarikh penerbangan daripada 17 – 22 Sept. 2012 sahaja. JPH bakal-bakal haji untuk KT seterusnya mungkin akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. Hubungi TH terdekat atau melalui talian Tabung Haji Contact Centre (THCC): 03-62071919 untuk maklumat lanjut.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • sensasi2020 18 September 2012 at 6:18 pm

    Semoga selamat sampai ke destinasi yg dituju.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?My Profile

  • Rem 18 September 2012 at 5:35 pm

    Semoga perjalanan nya di permudahkan dan kembalinya dengan selamat kepada semua jemaah haji.
    Entri terbaru Rem – Kutip Sewa dan HasilMy Profile

  • Shabudin Mohamad 18 September 2012 at 4:20 pm

    Salam wbt – Boleh kongsi-kongsi tak apa kelebihan haji Akbar…

  • auc dot com 17 September 2012 at 11:08 pm

    semoga yg pergi kali ni mendapat haji yg mabrur
    Entri terbaru auc dot com – Arbil vs Kelantan | Suku Akhir Pertama AFC Cup 2012 | Keputusan TerkiniMy Profile

  • Blog Pendidikan 17 September 2012 at 8:39 pm

    Selamat untuk para haji, semoga ditanah sici senantiasa mendapatkan kesehatan
    Entri terbaru Blog Pendidikan – Pengumuman Hasil Ujian Tulis CPNS Tahun 2012My Profile

  • KiD 17 September 2012 at 7:12 pm

    selamat berangkat dan pulang mengerjakan haji kepada mereka yang menjadi Tetamu Allah..
    Entri terbaru KiD – Selamat Pengantin Baru adik Alex Raja LawakMy Profile

    • Bang Iwan 17 September 2012 at 10:43 pm

      Menjadi tamu Allah di rumah-Nya dan ziarah ke kota Nabi adalah dambaan setiap mukmin

  • natural beauty 17 September 2012 at 6:22 pm

    selamat menuju baitullah para calon jemaah semoga jadi haji yang mabrur
    Entri terbaru natural beauty – Benefit Of Garlic To Vaginal HealthMy Profile

  • Blog Keperawatan 17 September 2012 at 3:55 pm

    Semoga para calon jemaah haji mendapatkan haji yang mabrur aamiin
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyakit EndokarditisMy Profile

    • Blog Keperawatan 17 September 2012 at 3:56 pm

      Karena tentunya para jamaah haji menginginkan ibadah hajinya diterima Allah Ta’ala
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyakit EndokarditisMy Profile

      • Blog Keperawatan 17 September 2012 at 3:57 pm

        Karena sebelum berangkat tentunya para jamaah haji telah dibekali dengan ilmu dan praktek bagaimana menjalankan ibadah haji sesuai dengan syariat yang telah ditetapkan
        Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyakit EndokarditisMy Profile

    • Nana 17 September 2012 at 5:58 pm

      aminnn….itulah yang diharapkan oleh setiap yang menunaikannya…
      Entri terbaru Nana – Pelakon Filem Hina Islam Diperdayakan Oleh PengarahMy Profile

  • Shahrul 17 September 2012 at 3:54 pm

    Selamat pergi dan pulang kepada semua jemaah Malaysia…
    Entri terbaru Shahrul – Kenapa YouTube Tak Mahu Buang Video Anti-IslamMy Profile

    • Blog Keperawatan 17 September 2012 at 4:00 pm

      Dan diberikan kesehatan tatkala pergi dan sepulangnya dari tanah suci aamiin..aamiin
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyakit EndokarditisMy Profile

  • sb 17 September 2012 at 3:24 pm

    INFORMASI YANG BAGUS…….SEMOGA JEMAAH MEMPEROLEHI HAJI YANG MABRUR…
    Entri terbaru sb – Mountain Biking Safety TipsMy Profile

  • lin azlina 17 September 2012 at 12:18 pm

    semoga para jemaah haji akan memeproleh haji yang mabrur..insyaAllah
    Entri terbaru lin azlina – Balik kampungMy Profile

    • Blog Keperawatan 17 September 2012 at 4:01 pm

      aamin.aamiin Insya Allah
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyakit EndokarditisMy Profile

  • Amirez 17 September 2012 at 11:48 am

    semoga para jemaah dapat menjalankan ibadah umrah dan haji dengan baik. amin.
    Entri terbaru Amirez – 4 Perkara Penting Semasa Mengerjakan Umrah & HajiMy Profile

  • [...] keterangan lanjut sila layari Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 dan [...]

  • cmratu 17 September 2012 at 10:28 am

    harap kerajaan malaysia dapat berjaya dlm rayuan tambahan kota 10,000 sebab ibu dan ayah saya ada buat rayuan..
    Entri terbaru cmratu – Harga Nikon D600 di MalaysiaMy Profile

  • Blog Keperawatan 17 September 2012 at 10:14 am

    Semoga para jamaah haji bisa menjalankan ibadah-ibadah baik itu wajib maupin yang sunnah selama menjalankan ibadah haji ini aamiin
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Anak Susah MakanMy Profile

    • Blog Keperawatan 17 September 2012 at 10:14 am

      Alhamdulillah ada juga teman nurse yang bertugas sebagai tenaga kesehatan bagi jamaah Indonesia yang sedang berhaji
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Anak Susah MakanMy Profile

      • Blog Keperawatan 17 September 2012 at 10:15 am

        Hampir dalam tiap musim haji ini ada teman-teman sahabat-sahabat perawat yang bertugas di sana
        Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Anak Susah MakanMy Profile

        • Blog Keperawatan 17 September 2012 at 10:16 am

          Semoga suatu saat bisa sampai ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah Haji aamin..aamiin
          Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Anak Susah MakanMy Profile

      • Bang Iwan 17 September 2012 at 10:01 pm

        Moga tahun depan Mas Ferry biusa ikutan juga.
        Entri terbaru Bang Iwan – Prediksi Hasil Pertandingan Liga Champions : Chelsea Vs JuventusMy Profile

        • Blog Keperawatan 18 September 2012 at 12:30 am

          aamiin…aamiin Bang Iwan..Terima kasih doanya
          Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyakit EndokarditisMy Profile

          • Blog Keperawatan 18 September 2012 at 12:31 am

            Beberapa kali mencoba tetapi belum berhasil juga untuk menjadi tenaga kesehatan
            Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyakit EndokarditisMy Profile

            • Blog Keperawatan 18 September 2012 at 12:31 am

              Mungkin belum waktunya untuk menjadi Tamu Allah di tanah suci Bang
              Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyakit EndokarditisMy Profile

              • Blog Keperawatan 18 September 2012 at 12:33 am

                Terima kasih sekali lagi doanya Bang Iwan, semoga pula suatu saat Bang Iwan bisa menjadi “tamu Allah” pula di tanah suci aamiin…aamiin
                Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyakit EndokarditisMy Profile

    • Nana 17 September 2012 at 11:17 am

      tentu seronok kan kalau dapat bertugas disana…
      Entri terbaru Nana – Pelakon Filem Hina Islam Diperdayakan Oleh PengarahMy Profile

1 2 3 4


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network