Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, musim Haji datang lagi. Tahniah kepada semua Bakal Jemaah Haji Malaysia yang sudah terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH SWT untuk musim haji 2011. Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah memilih anda menjadi salah seorang daripada berjuta tetamu-Nya dari seluruh dunia. Masih ramai lagi yang sedang menunggu giliran dengan penuh sabar.

Tabung Haji telah mengumumkan tarikh Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011 :

1. Penerbangan Pergi Pertama : 29 September 2011 (Khamis)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 5 November 2011 (Sabtu)
4. Hari Raya Haji : 6 November 2011 (Ahad)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 7, 8 dan 9 November 2011 (Isnin, Selasa, Rabu)
6. Penerbangan Balik Pertama : 13 November 2011 (Ahad)
7. Penerbangan Balik Akhir : 13 Disember 2011 (Selasa)

Nota : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Puas dah aku mencari Jadual Penuh Penerbangan Haji Malaysia 2011 tapi masih belum terjumpa lagi. Di zaman teknologi dimana manusia mencari informasi melalui internet adalah bagus jika Tabung Haji mengambil langkah proaktif dengan menyediakan Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011 secara online atau semakan secara SMS.

Ibadah haji adalah ibadah menguji kekuatan dan daya tahan iman. Persiapan yang rapi rohani dan jasmani sangat diperlukan untuk mendapat Haji Mabrur. Ibadah Haji bukanlah seperti rombongan Mak Minah pergi ke Vietnam sibuk membeli belah tetapi Haji adalah perjalanan Rukun Islam yang ke lima untuk menyempurnakan Rukun Iman yang enam. Berbagai ujian akan ALLAH SWT turunkan kepada setiap Bakal Jemaah Haji bermula dari Malaysia sehingga di Mekah, Madinah dan kembali semula ke Malaysia. Maka bersedialah dengan semua ujian kerana bukan mudah untuk mendapat Haji Mabrur.

---

  1. smoga slmat dtnah suci mekah

  2. menyimpan hasrat untuk turut serta … harus bersedia dari sekarang..
    Entri terbaru yangbaik – Susah ke jadi blogger???My Profile

  3. Insya Allah bila ada peluang… akan ke sana juga… Cinta Kaabah dan Rindu Baitullah … macam pernah pergi sana… anggap lah
    Entri terbaru yangbaik – Susah ke jadi blogger???My Profile

  4. mudah-mudahan semuanya selamat.
    Entri terbaru yangbaik – KeyakinanMy Profile

  5. bilalah boleh gi haji nih..

  6. Hampir bersamaan dengan jadwal di Indonesia
    Entri terbaru Bang Iwan – Mati Muda Dipelukan JandaMy Profile

  7. siapa yang tahun ni mak ke, ayah ke, datuk atau nenek yang pergi haji.. share la..
    Entri terbaru Fakarepain – NAJIB MAIN WAYANG ISU PREPAID KENA CUKAIMy Profile

  8. musim haji dah bakal menjelang tiba..
    Entri terbaru Fakarepain – NAJIB MAIN WAYANG ISU PREPAID KENA CUKAIMy Profile

  9. semoga mendapat haji yang mbrur

  10. Selamat mendapat Haji yang Mabrur
    Entri terbaru BloggerHowtt – PM minta kaji semula caj 6% cukai perkhidmatan prabayarMy Profile

  11. Selamat menunaikan fardhu haji buat yang terpilih.
    Entri terbaru ekspresiruang – Sofa Empuk Ini Haram Dibeli Oleh Umat Islam!My Profile

  12. selamat menunaikn ibadah haji!

  13. informasi yg sangat bermanfaat…
    semoga sukses selalu

  14. inyaallah perjalnan jemaah haji dilindungi dan diberkati sehingga berjaya mendapat haji mambrur…lebih bagus pegi time2 mude mcm ni coz bdn masih kuat

Trackbacks

  1. [...] Denai Hati #dd_ajax_float{ background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF; border:1px solid #DDDDDD; float:left; [...]

  2. [...] : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Sumber : Denaihati.com , Yanmieonlie dan Tabung Haji *{margin:0; padding:0;} ul{ list-style:none;} #socialbuttonnav [...]