Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jangan kata blog Denaihati hanya bercerita tentang Barclays Premier League sahaja atau fokus hanya kepada pasukan kesayangan Arsenal sahaja. Semangat kepada Harimau Malaya tetap berkobar kerana banyak juga entri tentang bola sepak Malaysia dan juga pasukan kesayangan Johor Darul Takzim yang dicatatkan di sini.
Persaingan Liga Super Malaysia 2015 pasti dinanti oleh semua peminat bola sepak Malaysia kerana kualiti yang ditunjuk dalam liga 2014 sangat bagus. Pasukan lebih bersedia dengan perancangan yang hebat berbanding musim-musim sebelumnya. Persaingan pasukan super star JDT, Pahang, Selangor, Singapore dan Kelantan dinanti oleh peminat setia. Keputusan Liga Super Malaysia dari pasukan lain juga pasti ditunggu oleh peminat kerana pasti akan ada kejutan.
Keputusan Terkini Liga Super Malaysia
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Kedudukan Terkini Liga Super Malaysia
Pasukan Liga Super Malaysia yang mana menjadi kesayangan anda? Pilihan aku pasukan Liga Super Malaysia musim ini adalah JDT dan mengharapakan JDT akan menang sekurang-kurang dua piala untuk musim baru ini. Aku berharap supaya semua pasukan dan penyokong dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi supaya tiada sebarang kejadian buruk berlaku sepanjang Liga Super Malaysia musim 2015.
[box type=”shadow”]Klik untuk melihat persaingan Piala untuk musim 2014/15
2. Keputusan Terkini BPL Musim 2014/15
3. English League Cup 2014/15[/box]
Majulah sukan untuk Negara dan JDT luaskan kuasamu!
54 Comments
Samalah..
Hubby I pun penyokong tegar (bukan fanatik) JDT dan Arsenal
Tahniah JDT dah tewaskan semi finalist Piala AFC 2013 East Bengal (India) dengan 4-1!
Curahan rasa linchalo @ ..Ketahui Mengapa Sebahagian Warga Emas Akan Bertongkat dan Berkerusi Roda Apabila Semakin Berumur
aiseh.
seri plak dengan JDT.
aduhai..
harap kat Andik sahaja la macam ni tahun nih..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 33-35 dari Klikjer
Permulaan yang hambar dari JDT. Mungkin masih lagi kecewa dengan kekalahan di Bangkok tempohari. Tambahan pula, Diaz masih tercari-cari form beliau musim lalu. Masih kurang menyengat pemain Argentina ini buat masa ini.
Tapi saya percaya JDT akan bangkit semula selepas ini. Dengan tambahan pemain2 berkualiti seperti Kunalan dan Farizal, skuad Harimau Selatan jelas lebih mantap dari musim-musim sudah. Luaskan kuasa mu JDT!
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Goh Jin Wei Bakal Bintang Badminton Malaysia?
JDT maju terus dan julang piala kembali kalahkan semua lawan saya akan sokong terus
Curahan rasa Jom Ke malaysia @ ..Malaysia Best Blog 2015
saya sokong pasukan tempatan yang mantap dan daya juang yang tinggi untuk berjaya…
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Animasi Big Hero 6 Menang Oscar 2015
Kalau tak kita yang sokong bola negara kita nih.. siapa lagi kan…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Atasi Masalah Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taman Asuhan
Gomo klate gomo.. Harap kelantan tak kalah sekali lagi.. huhu.. Pdrm sungguh kuat musim ni..
Curahan rasa Aisyah Umairah @ ..Cara Dapatkan Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan 2015 KPM
Saingan season ni sangat hangat. Dua team yg baru naik ke Super League PDRM & Felda United mengganas lain macam. PDRM belasah Kelantan…Felda United gayat ditakhta Liga Super setakat ni. Tapi perhatikan Perak….
Curahan rasa Sembang Sukan @ ..Video Highlight dan Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia B22 vs Fiji B20.
Saya pribadi kurang begitu suka main bola mas. Mungkin ini kedengarannya aneh ya? Ga tahu kenapa dari dulu saya ga suka olahraga yang satu ini … 😀
Curahan rasa info-menarik.NET @ ..Jangan Biarkan Celah Keamanan WordPress Terbuka Lebar
PDRM buat gempak tahun ni… nampak cukup hebat apabila belasah Kelantan kat Kota Bharu
Curahan rasa zool @ ..Situasi menunggu di simpang tiga
Itu lahnya.. bukan sesikit di bantainya… tak panas lagi kot Kelantan tuh…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Kafein dan Dadah
Tak panas lagi rupanya Johor Darul Takzim ni rupanya hehehe
Curahan rasa onlajer @ ..Tertipu Dengan Alat Jimat Elektrik
maish tercari-cari rentak tu..ataupun badi piala sumbangsih masih belum melekat lagi dengan JDT ni musim nie
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Mykad Smart Shopper Apps
PG yang tak minat tengok bola pun, boleh terjebak tengok bola bila tengok bang kamil dan DH update pasal bola. haha. terbaik lah DH!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5S Giveaway by Syafiqspecki
sekarang ni sudah semakin ramai kaum wanita yang minat tengok bola..wanita yang pergi stadium pun dah semakin ramai
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Malaysia Best Blog 2015
Betul tuh.. setuju sesgt… sonya takde alasan aa suami2 nak g stadium tinggalkan isterikan… 😉
Curahan rasa SuperNifz @ ..Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit MIGRAINE?
Pasukan gergasi masih belum menunjukkan kekuatan sebenarnya… Apa pun, semoga pasukan Perak akan menyinar tahun ini!
Curahan rasa BM @ ..Blog Relaks Minda – Malaysia Best Blog 2015?
pasukan pilihan musim ini masih terumbang ambing..dan mungkin juga faktor kekuatan pasukan underdog yang lain sudah meningkat
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Kelebihan Menyertai Contest Bagi Blogger Baru
Perak pun handal juga .. tapi jangan di awal musim sahaja. kena konsisten sampai ke penghujung
Curahan rasa zool @ ..Situasi menunggu di simpang tiga
Betul tuh.. harap berkekalan lama aa… Susah nak jangka bola nih….
Curahan rasa SuperNifz @ ..Jom Hilangkan Bekas Jerawat Di Muka Yang âBerkampungâ Selama 7 Tahun
Pahang bila nak bangun ni?. Mungkin tak cukup panas lagi….Bangun tok gajah bangun!
Curahan rasa Sani Yunus @ ..Fenomena Laut Biru Memukau di Hong Kong
nampaknya saingan Liga M musim ini bermula dengan banyak kejutan dan masih terlalu awal untuk menjangkakan siapa yang bakal menjadi juara.
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Malaysia Best Blog 2015
Iyerlah.. betul tuh bro… banyak betul kejutan la nih… haduihh….
Curahan rasa SuperNifz @ ..Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit MIGRAINE?
Comments are closed.