Jabatan Pendaftaran Negara banyak masalah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Pengalaman berkawan dengan artis“, kisah Abang berkawan dengan Zarul Umbrella, Adi Putra dan Mira Filzah. Kali ini Abang nak menulis pengalaman tidak seronok dengan perkhidmatan Kerajaan.

Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Malaysia memang negara maju siapa yang tak kenal, antara negara gemilang dan terbilang dalam industri digital. Fasilti Malaysia semuanya kelas pertama tetapi cara fikir masih kelas ketiga.

Beberapa minggu lepas ketika Abang memperbaharui pasport antarabangsa untuk emak dan abah di cawangan Putrajaya. Abang tanya pada pegawai imigresin yang kacak lagi ensem, tak ada rancangan ke nak buka kaunter semasa makan tengahari seperti kaunter bank. Dia kata belum ada rancangan. Dalam hati kalau kaunter syarikat swasta boleh kenapa perkhidmatan kerajaan sepenting begini tak boleh. Percaya tak ada bank luar negara yang buka cawangan di Malaysia buka tujuh hari seminggu.

Ini pengalaman lain pulak, anak Abang baru masuk umur 13 tahun jadi perlu buat kad pengenalan baru dan tukar Mykad isteri. Kami buat di Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia cawangan Kajang, sangka sehari boleh siap seperti yang abang pernah tulis dalam entri “Betul ke ganti Mykad siap dua jam” rupanya dua minggu baru boleh siap.

Selepas dua minggu kami datang, petang Khamis tapi kerani kaunter beritahu sistem down, sila datang esok petang. Keesokkannya selepas solat Jumaat kami datang lagi, alhamdulillah sistem tak ada masalah. Selepas menunggu 10 minit, kami perasan no panggilan tidak bergerak-gerak. Rupanya sistem down lagi. Ramai yang kecewa terutama yang datang dari jauh naik bas, naik teksi. Kerani lelaki, baju kemeja biru membebel bagi macam-macam alasan. Siapa pulak nak bayar kos-kos yang rakyat sudah  keluarkan bayar teksi, bayar parking dan berbagai kos tujuan datang untuk ambil mykad.

Nanti Abang nak email bos PM Najib Razak nak tanya apa sebenarnya dengan masalah perkhidmatan awam Malaysia ni.

Tak marah tapi geram. Bigung juga bila nak datang lagi.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

38 Comments

  1. Pengalaman tukar MyKad dan buat MyKid anak-anak di JPN Indera Mahkota Pahang sangat baik. Memang sengaja ke tempat yang tak ramai orang, jadi urusannya cepat. Kakitangan pun sangat membantu. Cuma kalau di Johor Bahru nie, tak sanggup rasanya. Kena lebih sabar dan kuat semangat. :p
    Apa pun, saya tetap berharap moga kualiti dan mentaliti di sektor perkhidmatan di Malaysia akan bertambah baik sepertimana di negara-negara maju. 😀
    Curahan rasa Oja Samid @ ..Fungsi Magnesium Yang Semua Orang Patut Tahu Supaya Badan Tak Sakit Sana SiniMy Profile

  2. Assalamualaikum bro

    Turut berkongsi masalah JPN, saya telah memohon IC baru dan telah menukarkan nama pendek kepada nama penuh saya, namun begitu, apabila syaa berhubung dengan KWSP, penyata KWSP masih menggunakan nama lama, agak terkilan kerana penukaran nama sepatutnya telah selari dengan semua data di JPN, saya tak pasti sistem KWSP yang bermasalah atau sistem JPN yang bermasalah which is not connected to each other, masalah sebegini tidka sewajarnya dipandnag enteng oleh KWSP mahupun JPN. Keselarian perlu ada memandangkan setiap IC dikeluarkan bagi stau individu sahaja bukan 10 individu. Sebagai rakyat dan penjawat awam.bukan saha hanya memberikan komen tetapi saya terkilan dengan kelewatan dan kecuaian sebegini.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!