Istiwa Kaabah waktu semak arah Kiblat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hari yang aku nanti nampaknya dah terlepas. Fenomena Istiwa Kaabah adalah waktu kedudukan matahari tepat di atas Kaabah. Ketika ini matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk semak arah kiblat kita yang betul. Setiap tahun pada tarikh 28 Mei jam 5.16pm dan 16 Julai jam 5.28pm kecuali untuk tahun lompat pada tarikh 27 Mei jam 5.16pm dan 15 Julai jam 5.28pm waktu berlakunya fenomena Istiwa Matahari di atas Kaabah.

fenomena istiwa kaabah pada 28/5
Gambar Kaabah zaman dahulu

Menjelang tarikh dan masa tersebut, kita hanya perlu bersedia dengan peralatan yang paling ringkas – tongkat atau tiang tegak yang disinari cahaya matahari, dan jam yang telah diselaraskan dengan waktu piawai Malaysia (hubungi talian 1051 untuk membetulkan jam anda). Anda juga boleh menggunakan sisi dinding, tingkap atau pintu yang tegak dan boleh menghasilkan bayang yang lurus. Cara yang lebih lengkap boleh diperolehi di Falak Online dan “Cara Semak Arah Kiblat“.

cara semak arah kiblat ketika fenomena istiwa

Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 190-191 yang maksudnya :

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal””(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka

Itulah KEAGUNGAN ALLAH SWT. Selangkah kita mencari ALLAH SWT 10 langkah ALLAH SWT dekat kepada kita. Walaupun terlepas untuk tarikh 28 Mei masih ada sekali peluang iaitu pada 16 Julai jam 5.28pm untuk melihat fenomena istiwa kaabah sambil memeriksa arah kiblat yang tepat.


Spread the love

37 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!