Isra dan Mikraj pengajaran yang dilupai

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setiap tahun pada 27 Rejab umat Islam akan mengingati kembara Rasulullah SAW di diISRAkan menaiki Buraq dari Masjidil-Haram ke MadinahBukit TursinaBaitul-laham dan berakhir di Masjidil-Aqsa. Daripada Masjidil-Aqsa Rasulullah diMIKRAJkan ke langit dengan menaiki tangga yang diturunkan daripada Syurga ke Baitul-Makmur (betul-betul di atas Baitullah, Mekah), Sidratul-Muntaha, Mustawa, Sharirul-Aqlam, Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab bertemu dan berdailog dengan ALLAH swt.

Kembara Isra dan Mikraj Rasulullah SAW dengan kehendak Allah SWT merupakan titik mulanya solat fardu yang telah Rasulullah SAW diterima lansung dari Allah SWT. Allah SWT melalui Rasulullah SAW telah mewajibkan solat fardu 5 kali sehari tetapi soalnya berapa ramai umat Islam sekarang yang mengerjakan solat fardu 5 kali sehari. Ada juga yang solat tapi tidak lengkap 5 kali sehari tertinggal solat suboh tu biasa tak kurang juga yang tertinggal solat asar kerana tersangkut dalam kesesakan jalanraya. Berapa ramai pulak yang solat tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW iaitu solat berjemaah dimana azan dilaungkan.

Apa balasan untuk mereka yang tidak solat? Dalam kembara Isra dan Mikraj, Rasulullah SAW telah ditunjukkan sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Kaabah ada kerinduan di hati

Dalam kembara Isra dan Mikraj, Rasulullah SAW juga telah ditunjukkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain. Dalam Al-Quran banyak firman Allah SWT yang menentapkan perempuan Islam mesti menutup aurat sehingga ada ayat menyatakan bahawa suami dan bapa yang membiarkan isteri dan anak perempuannya tidak menutup aurat dikira dayus. TETAPI mengapa masih terlalu ramai perempuan Islam yang tidak menutup aurat? Ada yang kata “Saya belum bersedia pakai jilbab, Insyallah saya akan pakai bila terbuka hati, Akhlak kawan yang bertudung pun bukan baik sangat, Belum dapat hidayah lagi” dan berbagai alasan yang diberi oleh mereka. Apakah alasan ini diterima oleh Allah SWT?

Apakah Isra dan Mikraj pengajaran yang dilupai oleh majoriti umat Islam di akhir zaman?

Banyak lagi peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah SAW dalam kembara Isra dan Mikraj yang boleh rakan blogger tonton melalui ceramah Ustaz TM Fouzy ..


Spread the love

75 Comments

  1. artikel menarik sempena isra mikraj. ramai yg pandai sebut isra mikraj, tetapi ramai sangat yg terlupa apa kisah yg ada disebalik peristiwa besar ini. kisah bagaimana Abu Bakar As-Siddiq mempercayai peristiwa tanpa sebarag keraguan, kisah bagaimana pula Musyrikin mentertawakan Rasullah sebagai Gila, dan jangan lupa jkuga, bagaimana hebatnya Khadijah memberikan galakan kepada Rasullah untuk menyampaikan kisah peristiwa ini kepada umatnya. semua ini pengorbannan Rasullah untuk umat kesayangannya. Adakah kita Sayang Rasullah?. Wallahua’lam.
    Curahan rasa en.Jung @ ..Melayu dan Islam – Kisah Teladan BersamaMy Profile

  2. Dan kerana Nabi Muhammad amat menyayangi umatnya iaitu kita maka baginda berkongsi hadiah SOLAT itu bersama kita.Tidak kira apa jua amalan baik yg kita telah,sedang,akan kita lakukan, amal yg pertama Allah akan hisab adalah SOLAT.
    Curahan rasa tomy @ ..Friendship IssuesMy Profile

  3. Assalamualaikum.
    Solat yg di titip oleh Allah kpd Nabi Muhammad SWT itu adalah merupakan satu hadiah kepada Nabi Muhammad SWT.Dan kerana Nabi Muhammad amat menyayangi umatnya iaitu kita maka baginda berkongsi hadiah SOLAT itu bersama kita.Tidak kira apa jua amalan baik yg kita telah,sedang,akan kita lakukan, amal yg pertama Allah akan hisab adalah SOLAT.Wallahualam.

  4. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari Isra Mikraj ni.
    Kebanyakan blog yang join denaihati contest ni, hanya menceritakan pasal peristiwa Isra Mikraj, sepatutnya berkongsi bersama idea yang lain. Sebagai contoh, apa kelebihan atau pengajaran Isra Mikraj ni di dalam kehidupan seharian kita.
    Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Why some blog still PR0 or PR dropMy Profile

  5. wah.. sudah lama maza tak singgah sini.. sekali sekali pekena kuliah seperti ini amatlah baik..

    terima kasih kerana berkongsi ilmu yg baik2 ini..
    mudah2an kita mendapat ehsan Allah SWT…

  6. Assalam..
    Perkongsian ilmu yg bagus untuk diri sendiri. Terima kasih. Moga kita sentiasa menghargai apa yg telah Baginda tinggalkan untuk kita dalam meniti jalan ke akhirat..
    Curahan rasa iza @ ..Nira Nipah.My Profile

  7. Peristiwa ISRA MI’RAJ adalah “Kenyataan Persaksian Bathin & Ruhani” seorang hamba yang akan menjadi Pangkal & Sumber dari segala Kekuatan Lahir & Bathin, keSucian Ruh dan keBesaran Jiwa, juga merupakan Ketentraman ( rasa ISTIQOMAH ) & keSempurnaan Amal Shaleh, dan sebagai sebuah Penghambaan diri secara Murni & Total kepada Allah saja tanpa disertai hasrat yang lain.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pengumuman Hasil SNMPTN 2011My Profile

    1. Mari kita tela’ah Hikmah & I’tibar dibalik peristiwa Isra Mi’raj yg telah Allah sampaikan kepada kita melalui ayat ayat Al qur’an yg sudah “seWajib”nya kita Imani dan kita Praktekan sebagai Wujud KeTa’atan dalam keYakinan kita sebagai Muslim yang berIman. Sebab “Tidaklah” akan Allah “Uraikan” sebuah “Kisah” jika tidak ada IBRAH didalamnya untuk kita semua. Amiiiiiiin………
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hikmah Isra’ Mi’raj Nabi Besar Muhammad SAWMy Profile

      1. perjalanan Isra’ Mi’raj yang dimulai dari Masjidil Haram (Makkah) hingga ke Baitil Maqdis di Palestina, kemudian naik hingga ke Sidratul Muntaha memperlihatkan tentang gambaran perilaku manusia pada masa mendatang.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pengumuman Hasil SNMPTN 2011My Profile

        1. Dalam perjalanan itu Nabi diperlihatkan pada satu sisi ada orang-orang yang sedang memakan daging segar tapi pada sisi lain ada yang memakan daging bangkai. Ini artinya suatu hari nanti umat Nabi SAW, meski sudah berkeluarga tapi masih berzina….. bagaimana kenyataannya sekarang??
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hikmah Isra’ Mi’raj Nabi Besar Muhammad SAWMy Profile

          1. Isra Mi’raj juga memiliki makna penting dalam ruang imajinasi umat Islam. Makna penting itu jika diurai tentu akan memanjang. Isra Mi’raj, bisa dimaknai dari sudut pergolakan dakwah Nabi, kebenaran doktrin Islam, perjumpaan dengan para Nabi dan lain sebagainya. Tapi yang jelas, kisah-kisah serupa itu mengarahkan pengetahuan dan kesadaran umat beragama akan narasi besar yang memperkukuh dinamika umat untuk menyaksikan kehadiran Yang Mutlak (Allah). Ini penting, setidaknya demi membendung tergelincirnya sejarah ketuhanan dan Agama dari sekadar sejarah dunia yang biasa dan profan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!