Isra dan Mikraj hanya kisah dongeng

Spread the love

Assalamualaikum 1Malaysia, setelah Abu Talib dan Khadijah yang menjadi pelindung wafat kedudukan Rasulullah saw di Mekah semangkin terdesak dengan gangguan berterusan oleh pihak Kuraisy. Dalam kesedihan yang amat sangat, suatu malam pada tahun 621M ketika Rasulullah berada di rumah saudara sepupunya, Hindun Abu Talib, Baginda telah didatangi oleh Jibrail dengan diiringi Israfil lalu diISRAkan menaiki Buraq dari Masjidil-Haram ke Madinah, Bukit Tursina, Baitul-laham dan berakhir di Masjidil-Aqsa. Daripada Masjidil-Aqsa Rasulullah diMIKRAJkan ke langit dengan menaiki tangga yang diturunkan daripada Syurga ke Baitul-Makmur (betul-betul di atas Baitullah, Mekah), Sidratul-Muntaha, Mustawa, Sharirul-Aqlam, Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab bertemu dan berdailog dengan ALLAH swt.

Dalam MIKRAJ Rasulullah telah ditunjukan dengan berbagai peristiwa antaranya :

1. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

2. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

3. Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Di Arsy, Allah swt telah memerintahkan umat Rasulullah untuk solat 50 kali sehari. Setelah berjumpa Nabi Musa, Rasulullah turun naik beberapa kali bertemu Allah swt untuk memohon mengurangkan jumlah solat sehingga berakhir dengan ketentuan solat 5 kali sehari. Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Mungkinkah Isra dan Mikraj ini hanya kisah dongeng untuk sebahagian besar umat Islam. Kenapa tidak walaupun berbagai peringatan telah diberi tetapi umat Islam ramai yang tidak solat, tidak menutup rambut dan berzina sehingga berlaku kes buang bayi yang tidak terkawal tanpa rasa takut. Sedihnya apabila dengar komen seorang wanita “Saya belum bersedia pakai jilbab, insyallah saya akan pakai bila terbuka hati”.

Adakah Isra dan Mikraj hanya kisah dongeng untuk mereka ini?

Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Surah Al-Israa’: Ayat 1)

[ad#serverfreak]


Spread the love

70 Comments

    1. “Subhana al-ladzy asra bi’abdihi laylan min almasjid alharam ila almasjid al-aqsha, al-ladzy barakna hawlah, linuriyahu min ayatina innahu huwa al-sami’u al-bashir “(Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat)(QS.17:1).

  1. HANYA ORANG MUSLIM BODOH YANG BERKATA BAHAWA ISRAK DAN MIKRAJNYA RASULULLAH MUHAMMAD SALLALLAHU ALIHI WA ALIH WA SALLAMA ITU CUMA DONGENG. BILA DIA BACA SIRAH NABAWIYAH ( SEJARAH NABI ) DARI HADETH-HADETH YANG DERAJATNYA SAHIH DAN HASAN DAN DARI AYAT-AYAT AL-QURAAN TETAPI DIA MASIH BERPENDAPAT BAHWA ISRAK DAN MIKRAJ RASULULLAH ADALAH DONGENG MAKA ORANG TERBABIT ADALAH ORANG YANG DALAM AL-QURAAN DISEBUT ” KHATAMALLAHU ‘ALA QULUBIHIM WA ‘ALA SAM’IHIM WA ‘ALA ABSARIHIM GHISHAWATUN WA LAHUM ‘ADZABUN ‘ADHZIM ” WAL’IYADZUBILLAH!!!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!