iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus produk terbaru Apple

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam tertipu ketika over excited membeli iPhone 5s di Sim Lim Square Singapore. Hari ini Apple memperkenalkan dua produk terbaru iPhone mengantikan iPhone 5s iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 plus. Seperti yang bocor dalam banyak website sebelum ini, iPhone 6 hadir dalam saiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus pula akan hadir dalam saiz 5.5-inci dengan sokongan paparan Retina HD, dan lebih nipis berbanding versi iPhone sebelum ini. Selain iPhone 6 paling aku suka apabila Apple memperkenalkan Apple Pay untuk memudahkan transaksi pembelian online.

gambar beza iphone 6 dan iphone 6 plus
Sila klik gambar ini untuk melihat lebih banyak gambar iPhone 6 dan iPhone 6 plus

Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 :

  1. iPhone 6 datang dengan papran resolusi 1334×750 pixel.
  2. Rekaan kerangka juga dilihat lebih membulat berbanding iPhone 5S sebelum ini.
  3. Menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 dengan menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas dan grafik lebih 50% laju.
  4. Penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya.
  5. Hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini.
  6. Dilengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.
  7. Kamera dinaik-taraf menggunakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture untuk rakaman gambar yang lebih cantik.
  8. Kamera juga hadir dengan Focus Pixel untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.
  9. Harga iPhone 6 dari USD199.

beza saiz iphone 5s dan iphone 6

beza saiz iphone 5s dan iphone 6 plus

Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 plus :

  1. iPhone 6 Plus datang dengan papran resolusi 1920×1080 pixel.
  2. Membawakan skrin bersaiz lebih besar dengan resolusi tinggi dan menawarkan paparan secara melintang.
  3. Menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 dengan menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas dan grafik lebih 50% laju.
  4. Penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya.
  5. Hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini.
  6. Dilengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.
  7. Kamera dinaik-taraf menggunakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture untuk rakaman gambar yang lebih cantik.
  8. Kamera juga hadir dengan Focus Pixel untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.
  9. Harga iPhone 6 plus dari USD299.

warna iphone 6 dan iphone 6 plus

harga iphone 6 dan iphone 6 plus

iPhone 6 akan ditawarkan di USA, UK, Singapore, Hong Kong, German, Canada, Jepun, Australia, Perancis bermula 19 September. iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan warna emas. Bersama-sama pengenalan iPhone 6 ini, pihak Apple turut mengemaskini harga jualan untuk iPhone 5S dan juga iPhone 5C. Harga iPhone 5C Malaysia akan dijual dari RM1499 dan iPhone 5S Malaysia akan dijual bermula dari RM1999.

Saksi Video iPhone 6 dan iPhone 6 plus untuk lebih banyak maklumat

Perbandingan iPhone 6 dengan smartphone yang lain :

  1. Perbandingan iPhone 6 Plus, Lenovo Z2 Pro Dan Galaxy Note 4
  2. Perbandingan iPhone 6, Xperia Z3 Dan Moto X

Apple Watch

Selain iPhone 6 dan iPhone 6 plus, Apple juga memperkenal gajet terbaru iaitu Apple Watch.Ia akan hadir dalam dua saiz berbeza dan dilengkapi dengan skrin Sapphire yang dilengkapi paparan Retina. Gajet ini akan hadir dengan tiga variasi, iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport dan juga Apple Watch Edition. Apple Watch hadir dalam rekaan segi empat dengan membawakan antaramuka khusus serta dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti iPhone 6.

gambar apple watch

Apple watch mempunyai Digital Crown yang akan membawa pengguna kepada skrin utama, dan pengguna turut boleh memutarkannya untuk memilih sesuatu perkara. Jam tangan pintar ini turut menyertakan sokongan input berasaskan suara melalui integrasi Siri yang membolehkan pengguna berinteraksi dengannya disamping membalas sesuatu perkara dan membuat beberapa perkara lain. Jam tangan pintar ini hanya akan mula dipasarkan bermula awal tahun 2015.

Saksi Video Apple Watch untuk lebih banyak maklumat

Apa komen semua peminat dengan kehadiran iPhone 6, iPhone 6 plus dan Apple Watch produk terbaru Apple serta Apple Pay. Isteri aku pasti suka dengan iPhone 6 plus kerana selama ini dia sering komplen iPhone 5s terlalu kecil untuk dia. Baguslah kalau dia berpindah kepada iPhone 6 plus jadi mudah aku nak bantu bila ada masalah berbanding sekarang sebab aku memang kurang mahir dengan sistem Android.


Spread the love

1,258 Comments

  1. I think that what you posted was very logical.
    However, consider this, suppose you added a little content?
    I ain’t saying your information isn’t solid, but suppose you added a headline to possibly grab a person’s attention? I
    mean iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus produk terbaru Apple
    is kinda plain. You ought to peek at Yahoo’s front page and watch how they write post
    titles to get people interested. You might try adding a
    video or a pic or two to grab people excited about what you’ve
    got to say. In my opinion, it would bring your website a little bit more
    interesting.
    Curahan rasa jam tangan digitec terbaru @ ..jam tangan digitec terbaruMy Profile

  2. iPhone ni kalau tahu pakai memang berguna. Built up dia tahan. Baru je lepas eksiden hari tu, tepon dok dalam poket, barai habih bergesel atas jalan. Tukar skrin dalam 300 je original. Dah elok balik. Setakat pakai tak penah hang. iphone 4s ja. elok lagi ni. Guna la selagi relevan. Nak ikut teknologi kering la poket.
    Curahan rasa En Zac @ ..Perkhidmatan Kereta Sewa Shah AlamMy Profile

  3. Apple iPhone 6 – Plus 4G 16GB , 64GB , 128GB (Grey,Silver,Gold) … $600

    Apple iPhone 6 – 16GB , 64GB , 128GB (Grey,Silver,Gold) … $500

    Skype : live:sellcheaplimited
    Add on BBM Chat 24HRS : 2674E65D
    ( Call & What’sApp CHAT ) : +254707792309

    Write to Email : sellcheaplimited@gmail.com

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!