Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sekali lagi blog Denaihati akan ceritakan tentang Gadget Impian iPhone 5. Banyak sebenarnya fungsi iPhone 5 yang dapat membantu kehidupan seharian kita. Bukan nak kata smartphone lain tu tak bagus. Masing-masing ada baik dan buruk dia. Bagi pengguna iPhone 5 mesti mereka akan cakap iPhone is the best! Begitu juga pengguna smartphone yang lain juga akan cakap phone mereka adalah yang terbaik. Kalau nak berdebat tentang isu ni rasanya takkan habis. Betul tak?
Entri kali ni hasil coretan pemenang iPhone 5 Gadget Impian yang tak dapat hadir semasa majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2013. Hadiah iPhone 5 yang dimenangi telah dihantar menggunakan PosLaju. Alhamdulillah iPhone 5 tu dah selamat sampai ke tangan blogger Cheeze Maz. Joom kita baca review iPhone 5 daripada Cheeze Maz.
Kini iPhone 5 telah selamat dimiliki dan dibawa kesana sini dan digunakan dalam kehidupan seharian pihak CHEEZE MAZ. Memang hebat apabila memiliki Gadjet Impian ramai ini. Tambahan dalam membantu pihak CHEEZE MAZ dalam perniagaan SERBUK CHEESE jenama CHEEZE MAZ. Antara kelebihan Gadjet Terbaru CHEEZE MAZ ini adalah :
Skrin yang lebih besar dan terang
Skrin 4-inci baru membolehkan PIHAK CHEEZE MAZ melihat banyak maklumat dalam 1 masa sekali gus dengan paparan lebih cerah daripada paparan pada handphone E5 sebelum ini. Tak perlu lagi memakai cermin mata apabila menggunakan handphone!
Kelajuan Rangkaian Lebih Hebat
IPhone 5 telah sedia dibina dalam teknologi wayarles LTE yang menghubungkan kepada rangkaian MAXIS lebih cepat. Ini menjadikan muat turun email Cheeze Maz dan dapat melayari laman web ( terutama blog CHEEZE MAZ dengan lebih pantas, ini kerana CHEEZE MAZ dapat men”aksess” kebanyakan muka surat dan e-mel dengan serta merta!!. iPhone 5 milik CHEEZE MAZ mempunyai ciri ‘Simpan’ untuk membolehkan CHEEZE MAZ membaca laman sesawang internet pada mod offline.
Peningkatan Audio Terutama Pembesar Suara
Jika dahulu, ketika anak-anak, keluarga atau para pelanggan menghubungi CHEEZE MAZ, kedengaran bunyi-bunyi yang tidak sepatutnya, yang menganggu kelancaran maklumat yang diterima / diberi, tapi nasib baik iPhone 5 menyelamatkan keadaan. Ini kerana iPhone 5 mempunyai tiga mikrofon di bahagian bawah dan dilengkapi teknologi menyahbunyikan latar belakang yang bising.
CHEEZE MAZ perasan peningkatan kualiti dalam panggilan ketika meletakkan iPhone 5 ini dalam mod ‘loudspeaker’. Ketika memandu. CHEEZE MAZ lebih selesa menggunakan fon telinga yang sedia ada diberikan dengan pakej iPhone 5 ini. Selain mengelakkan berlakunya kemalangan atau disaman oleh polis traffik atau anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), fon telinga yang baru direka ini memang amat menyelesakan berbanding sebelum ini dan muat di telinga kita secara lebih semula jadi.
Peningkatan Kamera
Kamera iPhone 5 ini mempunyai keupayaan HDR yang lebih baik dan cepat mengambil gambar walaupun objek yang CHEEZE MAZ ambil bergerak laju. Kamera sekarang ini menyokong gambar panorama sehingga 240 darjah.
Walaupun teknologi iOS6 bukan terbaru, tetapi hakikatnya bahawa iPhone 5 membolehkan CHEEZE MAZ mengambil gambar dengan menekan butang pada skrin walaupun ia dikunci (lock) membantu CHEEZE MAZ tidak kehilangan peluang untuk mengambil gambar yang penting bagi perniagaan serbuk CHEEZE MAZ
FaceTime Tanpa WiFi Saja
Kini, CHEEZE MAZ telah menggunakan FaceTime melalui sambungan selular dan tidak hanya bergantung kepada WiFi semata-mata (rumah CHEEZE MAZ belum ada wifi). Ini bermakna CHEEZE MAZ tidak lagi perlu mencari hotspot WiFi sebelum anda boleh memanggil seseorang melalui FaceTime, kebiasaannya selalu akses di Restoren makanan segera Mc Donald dan KFC.
Peningkatan Aplikasi E-mel
Aplikasi e-mel telah bertambah baik dalam beberapa cara untuk membuatkan CHEEZE MAZ lebih cekap dalam menjawab pertanyaan dan order melalui email. Ini kerana. ada folder e-mel VIP di mana CHEEZE MAZ boleh melihat semua mesej yang paling penting dalam satu senarai. Ini membolehkan CHEEZE MAZ untuk membalas e-mel yang paling penting dulu sebelum e-mel – email yang lain.
Pilihan Ciri Panggilan
Kini, CHEEZE MAZ boleh menolak panggilan tetapi menghantar mesej teks yang telah ditetapkan kepada beberapa individu, boleh menambah satu peringatan untuk memanggil mereka semula dikemudian hari
Integrasi Facebook dan Twitter Lebih Mendalam
Kini, CHEEZE MAZ sudah boleh mengakses Page CHEEZE MAZ di FB dari pelbagai aplikasi lain pada iPhone 5 dan membantu CHEEZE MAZ mengemaskini status catatan dengan hanya beberapa klik sahaja.
Peningkatan Siri (Pembantu Maya)
iPhone 5 memang banyak membantu CHEEZE MAZ dalam mencari restoran yang baik, menghantar e-mel, menambah peringatan kalendar, dan banyak lagi. Dalam ertikata lain iPhone 5 Gajet yang membantu CHEEZE MAZ dalam kehidupan harian dan urusan perniagaan Serbuk Cheese CHEEZE MAZ.
My FitnessPal & Nike+ Running (Aplikasi kesukaan Cheeze Maz dan anak2 Dara Cheeze Maz)
Selepas sehari menerima iPhone 5 dari DH, CHEEZE MAZ dan anak2 gadis CHEEZE MAZ kembali aktif berjogging dan bersenam. Malah iPhone 5 ini banyak membantu kami dalam aktiviti2 ini. Semua catatan mengenai larian, pusingan dan jadual pemakanan CHEEZE MAZ disimpan (di log) dalam gadjet impian ini dengan Aplikasi Nike+ Running serta Aplikasi My FitnessPal.
Dengan adanya My FitnessPal ini, CHEEZE MAZ boleh melihat segala kalori yang CHEEZE MAZ makan setiap hari dan ia mencadangkan jenis senaman bagi membantu membuang kalori yang berlebihan di dalam badan CHEEZE MAZ. iPhone 5 ini telah membantu CHEEZE MAZ melakukan diet harian walaupun menikmati sos cheese keluaran sendiri yang memang TERBAIK untuk kesihatan!
Aplikasi My FitnessPal ini memang “rakan aplikasi terbaik” dalam membantu amalan diet CHEEZE MAZ, kerana ia mampu menyimpan dan mengenal jumlah kalori makanan dan mencadangkan CHEEZE MAZ melakukan senaman. Setahu CHEEZE MAZ, aplikasi ini menyimpan lebih 2 juta mengenai rekod kalori makanan, kandungan protein, kandungan gula dan kolestrol di dalamnya! Ingat 2 JUTA!!!! Bukan sikit maklumat berguna yang memang perlu diketahui terutama kaum wanita yang mementingkan kehidupan yang sigar dengan pengamalan makanan seimbang! Malah aplikasi kesukaan CHEEZE MAZ ini juga mempunyai 350 bentuk senaman yang boleh dilakukan / dipraktikkan seperti senaman kardio dan kekuatan.
Aplikasi Nike+ Running yang memang didatangkan secara percuma membantu CHEEZE MAZ menyimpan data mengenai jarak, kadar dan masa larian @ senaman berjalan kaki. Lagipun ianya turut disertakan distem kedudujan global (GPS) untuk menyimpan rekod mengenai lokasi ketika CHEEZE MAZ berjogging. Dua aplikasi ini memang rakan terbaik CHEEZE MAZ dan anak-anak dara CHEEZE MAZ.
Dalam erti kata lain, CHEEZE MAZ bukan sahaja sudah memiliki Gadjet Impian tetapi sudah memiliki setiausaha peribadi dan penasihat pemakanan dan jurulatih kesihatan peribadi. Semuanya dimiliki dengan iPhone 5 Gadjet Impian!
92 Comments
Betapa canggihnya gadget ini. Luar biasa untuk hasil cameranya dan semua fitur-fitur lainnya.
Curahan rasa Riki @ ..Zooper Stroller
Lengkap! Baca entri Kak Maz ni cukup menggelegakkan kembali nafsu utk membeli iphone 5…hehe
tahniah!
Curahan rasa hafizmd @ ..Menang Contest Kaca Mata PapaMifz.com
waaaahh… cheezemaz sudah dapat setiausaha peribadi dan penasihat pemakanan dan jurulatih kesihatan peribadi… kan senang!
Curahan rasa KiD @ ..Bercinta Selepas Nikah atau Sebelum Nikah?
Jurulatih peribadi tu yg best tu…
Curahan rasa hafizmd @ ..Menang Contest Kaca Mata PapaMifz.com
Betul juga minat juga ngan Iphone nie, tak lah bila boleh pakai
Curahan rasa Minda Kini @ ..Kisah-Kisah Lucu Ustaz kazim Elias
teruja dengan siri untu iPhone ni…harap satu hari nanti adlah siri untuk android pulak hehe
Curahan rasa Afiq @ ..Resepi Roti Telur versi Simple
Bagus juga aplikasi yang digunakan tu ,satu hari nanti nak cuba sekali
Curahan rasa wazy @ ..Komisyen Pertama Dari Komli
oh ya ka.. tak tahu pula frekuensi LTE Malaysia tak sama ngan iphone 5
Curahan rasa HafizAmri @ ..Apa Yang Menarik Tentang Samsung Galaxy S4
Sejak bila iPhone leh guna LTE dekat Malaysia??? Bukankah frekuensi LTE Malaysia x sama dengan iPhone 5. Setakat ni kalau x silap hanya Nokia Lumia 920 & HTC One XL sahaja yang support frekuensi LTE Malaysia….
Curahan rasa Amizz @ ..iFixit HTC One Tidak Terlepas
Banyak juga app yang yang tak tahu.. rupanya byk juga kugunaanya dan kelabihan Iphone 5 nie
Curahan rasa HafizAmri @ ..Perginya Seorang Tokoh Agung Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buti
Ramai yang telah meminati Iphone 5 apabila baca tentang review nie
Curahan rasa Bedak Arab @ ..Kelihatan Slim Dalam Masa Yang Singkat – Felinna Inch Loss Lotion
memang iPhone 5 berupaya beraksi sebagai setiausaha personal 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Yang paling peramah di bulan Januari & Februari 2013
iphone memang awesome 😉
nice review kak Maz
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Cara paling mudah redakan hidung tersumbat untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa
telan air liur jelah tengok…ha ha
Curahan rasa weschairs @ ..Gambar siapa dalam wang kertas kita tu?
belum sempat beli iphone5 … guna je dulu nokia 303
alangkah indah jika memiliki iphone5
kan…!
Curahan rasa yangbaik @ ..Blog Popular Malaysia | MSMW2013
Namanya pun dah smartphone. sudah tentu ianya bersifat multitasking. Pembantu Peribadi yang sejati gitu
Curahan rasa halif @ ..Debaran Penantian Bakal Berakhir
Mmg kenalah sangat dgn spek yg ada…berbaloi2
Curahan rasa hafizmd @ ..Menang Contest Kaca Mata PapaMifz.com
Comments are closed.