Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini sudah publish entri iPhone 5 pengalaman menggunakan mode panorama yang ditulis oleh Cikgu Naman. Begitu mudah sekali untuk mengambil gambar panorama menggunakan iphone 5. Tak perlu ambil beberapa gambar kemudian dicantum menggunakan Adobe Photoshop. Dengan hanya menggunakan iPhone 5 dapat hasilkan gambar panorama yang sangat cantik. iPhone 5 gadget yang sememangnya memudahkan kehidupan seorang Blogger.
Entri kali ni kita baca pengalaman pemenang iPhone 5 Blogger Sharidawati atau lebih dikenali dengan panggilan Sha, pemilik blog Ashadin.com. Joom kita baca.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Denaihati kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menceritakan pengalaman menggunakan telefon pintar iPhone 5.
Setibanya saya di rumah selepas menghadiri majlis #SBB2013, perkara pertama yang saya lakukan tentulah mengecas bateri telefon pintar ini terlebih dahulu. Sebaik-baiknya cas sehingga 100%. Sambil belek-belek iphone 5 tu baru saya teringat bahawa iPhone 5 memerlukan nano sim card sedangkan ketika itu saya masih lagi menggunakan mini sim card di telefon pintar Samsung Galaxy Note ll saya.
Nano Sim Card
Lantas saya dan suami telah pergi ke Maxis Centre yang terletak di KLCC untuk menukar sim card dari mini sim card ke nano sim card. Yes size does matter!
Iphone 5 menggunakan sim card bersaiz lebih kecil berbanding telefon pintar yang lain. Sim card yang paling kecil ketika ini dikenali sebagai nano sim card. Kami hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja untuk mendapatkan nano sim card tersebut. Tiada caj bayaran yang pihak Maxis kenakan, mungkin kerana saya dan suami merupakan salah seorang pelanggan Maxis One Club. Dalam tempoh 30 minit selepas itu nano sim card saya sudahpun diaktifkan.
Apple ID
Sebagai pengguna Apple, saya perlu mempunyai Apple ID ataupun akaun berdaftar dengan Apple. Pendaftaran akaun dengan Apple sangat mudah dilakukan dan boleh dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Kegunaan ID itu tadi ialah bagi memberi akses kepada saya untuk menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam iPhone 5 dan juga di mana-mana produk Apple yang lain, contohnya mini iPad. Jika saya ingin memuat turun ataupun membeli aplikasi di dalam iPhone 5, saya perlu memberikan Apple ID dan kata laluan (password) terlebih. Bagi saya ia satu langkah yang bijak dan selamat kerana orang lain tidak boleh memuat turun aplikasi tanpa kebenaran dari saya.
Aplikasi yang digunakan di iPhone 5
Banyak benar aplikasi dan feature yang best di dalam iPhone 5 tetapi mungkin saya akan mengambil masa lagi untuk menggunakan kesemua sekali feature dan aplikasi yang terdapat di dalam iPhone 5. Walau bagaimanapun buat masa sekarang saya lebih banyak menggunakan aplikasi Facebook, Twitter, Instagram, WordPress, Whatsapp dan Dropbox. Saya turut memuat turun aplikasi Blogger kerana ada kalanya saya akan mengupdate blog saya yang berplatform blogspot dengan menggunakan iPhone 5 saya. Kesemua aplikasi tersebut adalah percuma (kecuali Whatsapp) dan proses memuat turun aplikasi tersebut sangat cepat!
Whatsapp dicaj USD 0.99
Sungguh tak ku sangka kerana untuk memuat turun aplikasi Whatsapp di dalam iPhone 5, saya telah dicaj USD 0.99. Wah nasib baiklah apabila di convert ke Ringgit Malaysia ia hanya berharga 3 ringgit lebih sahaja. Nak free chatting punya pasal maka saya terus memuat turun aplikasi Whatsapp dengan menggunakan akaun debit Maybank (Maybank debit card). Mudah dan dijamin selamat!
iPhone 5 memudahkan kehidupan
Saya kerap membuat panggilan telefon terutamanya kepada ibubapa dan penjaga kepada anak saya. Saya akan memastikan untuk menelefon dan bertanya khabar ibu saya setiap hari sekurang-kurangnya sekali sehari. iPhone 5 mempunyai direct dials shortcut di skrin utamanya (homescreen) maka dengan itu saya tidak perlu untuk mencari contact di phonebook. Nak minta Siri tolong dailkan pun boleh! iPhone 5 memudahkan saya berhubung dengan famili dan rakan-rakan.
iPhone 5 tenggelam dalam air
Jantung saya hampir-hampir terhenti (Alhamdulillah umur saya masih panjang lagi) tatkala saya terlepas iPhone 5 ke lantai yang dipenuhi dengan air. Ketika kejadian itu saya dan suami berada di car wash dan saya sedang membuka pintu kereta untuk keluar dari kereta saya. Jika tidak silap, iPhone 5 saya berada dalam apungan air kira-kira selama 2 saat.
Syukur kerana kondisinya masih tip top dan tiada masalah yang saya alami selepas kejadian itu. Sebagai pengajaran saya cuba untuk mencari aksesori dan perlindungan tambahan yang boleh saya lakukan ke atas iPhone 5 saya, walaupun pada ketika itu saya sudahpun memasang screen protector dan wallet casing pada iPhone 5 saya. Sehingga kini saya amat tertarik dengan aksesori Lifeproof dan Armor Series Otterbox. Kedua-duanya memberi perlindungan dari hentakan kuat, air, salji dan kekotoran seperti lumpur.
Panorama mode
Apabila telah tergolong di dalam golongan iPhoneography, pastinya saya akan jatuh cinta dengan Panorama mode yang terdapat di dalam iPhone 5 ataupun mana-mana iPhone yang mempunyai iOS 5 dan ke atas. Panorama mode membolehkan saya mengambil gambar panorama dan landskap dengan skala yang lebih luas lagi dan ia tidak boleh diambil dengan menggunakan kamera biasa. iPhone 5 memudahkan berkongsi gambar dengan rakan blogger.
Teruskan bersama Sharidawati di blognya Ashadin.com dan Follow Facebook Sharidawati, Twitter @Sharidawati serta Instgram Sharidawati.
130 Comments
Waaw indah banget panoramanya, tapi kalau sudah jadi berapa pixel atau berapa resolusinya?
Curahan rasa Rizal @ ..Baby Travel System
Tahniah Sha…
Memang cantik kan snap guna panorama mode. Upload pun laju betul 🙂
Curahan rasa AkmaOmar @ ..5 Senarai Semak Selepas Bertukar Ke Tema WordPress Baharu
sepertinya iPhone 5 mampu memberikan banyak hal bagi para penggunanya ya,,
Curahan rasa Baela @ ..Know the Secrets of Entrepreneurship is a Great Way to Open a Successful Business Opportunity
sya pon sgt berpuas hati dgn iphone 5 🙂
Curahan rasa razfira @ ..Perkara Rawak Dalam Paper KOSMO
cantik dan memang layak dicoba
Curahan rasa iconia pc tablet dengan windows 8 @ ..HP Elitepad 900
mode panorama pada iphone 5 ini menghasilkan file gambar berapa megabyte ya
Curahan rasa Azim @ ..Cara Baru Backlink Lewat Komentar
mode panorama untuk iphone 5 menghasilkan file gambar berukuran berapa megabyte ya?
Curahan rasa Azim @ ..Cara Baru Backlink Lewat Komentar
osemnya gambo dari iphone 5 ni. syokk je rasa kalau dapat pegang satu.
Curahan rasa incik @ ..Bangunlah Melayu
iphone 5 mmg cantik. sekarang keluar xperia Z. DH taknak buat contest xperia Z ke?
Curahan rasa Carlos Santiago @ ..BAN Modenisasi ~ Kehidupan Daif Di Bandaraya Maju Malaysia
Ada juga tanya tak buat contest BB Z10 ke??
cantik jugak tu bang..
Curahan rasa incik @ ..Bangunlah Melayu
buat la tuan… sokong bebeno ni
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kegembiraan Seorang Ibu
kenapa tak pakai nombor lain je utk iphone tu dan kekalkan nombor yg sama pada Note2.
saya masih kekal setia ngan S3 walaupun iphone5 dan juga Galaxy s4 bersaing rapat
Curahan rasa Ladfe Amir @ ..Blogger Coffee Talk 2.0 – Bowling Time Square
heeee saya tak sanggup nak pegang dua tiga henpon dlm 1 masa. hehehe
Curahan rasa sha @ ..Huggies Dry Pants : Change for Better Convenience
Emm menarik..saya boleh baca ajer lah..nak cuba sendiri entah bila la..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Perumpamaan Part 8
Saya pun begitu, entri dari sha ini bisa dijadikan panduan buat nanti jika kita punya iPhone 5 🙂
terima kasih ya
Curahan rasa sha @ ..Huggies Dry Pants : Change for Better Convenience
InsyaAllah ada rezeki nanti tu 🙂
Curahan rasa AkmaOmar @ ..5 Senarai Semak Selepas Bertukar Ke Tema WordPress Baharu
untung la klu dapat model telefon ini, senang kerja sikit.
Curahan rasa blogaul @ ..Perlancaran Terbaru Model Samsung Galaxy S4
memang, terutama dalam berbisnis internet. iphone sangat mempermudah
menarik! tahniah kak sha… 🙂
Curahan rasa deqnoor @ ..Merekabentuk Pembangunan Rumah Baru untuk memenuhi keperluan UNIFI
time kasih DN 🙂
Curahan rasa sha @ ..Huggies Dry Pants : Change for Better Convenience
iPhone 5 banyak yang menulis di blognya kelebihan benda ini tapi ada pula yang tulis kelemahannya nasib belum punya tak mampu cuba dan rasakan sendiri
Curahan rasa munir ardi @ ..Cara mengatasi Kehabisan Ide menulis konten di blog dan social media
Comments are closed.