iPhone 5 Memudahkan Kehidupan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini sudah publish entri iPhone 5 pengalaman menggunakan mode panorama yang ditulis oleh Cikgu Naman. Begitu mudah sekali untuk mengambil gambar panorama menggunakan iphone 5. Tak perlu ambil beberapa gambar kemudian dicantum menggunakan Adobe Photoshop. Dengan hanya menggunakan iPhone 5 dapat hasilkan gambar panorama yang sangat cantik. iPhone 5 gadget yang sememangnya memudahkan kehidupan seorang Blogger.

Entri kali ni kita baca pengalaman pemenang iPhone 5 Blogger Sharidawati atau lebih dikenali dengan panggilan Sha, pemilik blog Ashadin.com. Joom kita baca.

blogger menang iphone 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Denaihati kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menceritakan pengalaman menggunakan telefon pintar iPhone 5.

Setibanya saya di rumah selepas menghadiri majlis #SBB2013, perkara pertama yang saya lakukan tentulah mengecas bateri telefon pintar ini terlebih dahulu. Sebaik-baiknya cas sehingga 100%. Sambil belek-belek iphone 5 tu baru saya teringat bahawa iPhone 5 memerlukan nano sim card sedangkan ketika itu saya masih lagi menggunakan mini sim card di telefon pintar Samsung Galaxy Note ll saya.

Nano Sim Card

Lantas saya dan suami telah pergi ke Maxis Centre yang terletak di KLCC untuk menukar sim card dari mini sim card ke nano sim card. Yes size does matter!

Iphone 5 menggunakan sim card bersaiz lebih kecil berbanding telefon pintar yang lain. Sim card yang paling kecil ketika ini dikenali sebagai nano sim card. Kami hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja untuk mendapatkan nano sim card tersebut. Tiada caj bayaran yang pihak Maxis kenakan, mungkin kerana saya dan suami merupakan salah seorang pelanggan Maxis One Club. Dalam tempoh 30 minit selepas itu nano sim card saya sudahpun diaktifkan.

Apple ID

Sebagai pengguna Apple, saya perlu mempunyai Apple ID ataupun akaun berdaftar dengan Apple. Pendaftaran akaun dengan Apple sangat mudah dilakukan dan boleh dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Kegunaan ID itu tadi ialah bagi memberi akses kepada saya untuk menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam iPhone 5 dan juga di mana-mana produk Apple yang lain, contohnya mini iPad. Jika saya ingin memuat turun ataupun membeli aplikasi di dalam iPhone 5, saya perlu memberikan Apple ID dan kata laluan (password) terlebih. Bagi saya ia satu langkah yang bijak dan selamat kerana orang lain tidak boleh memuat turun aplikasi tanpa kebenaran dari saya.

Aplikasi yang digunakan di iPhone 5

Banyak benar aplikasi dan feature yang best di dalam iPhone 5 tetapi mungkin saya akan mengambil masa lagi untuk menggunakan kesemua sekali feature dan aplikasi yang terdapat di dalam iPhone 5. Walau bagaimanapun buat masa sekarang saya lebih banyak menggunakan aplikasi Facebook, Twitter, Instagram, WordPress, Whatsapp dan Dropbox. Saya turut memuat turun aplikasi Blogger kerana ada kalanya saya akan mengupdate blog saya yang berplatform blogspot dengan menggunakan iPhone 5 saya. Kesemua aplikasi tersebut adalah percuma (kecuali Whatsapp) dan proses memuat turun aplikasi tersebut sangat cepat!

Whatsapp dicaj USD 0.99

Sungguh tak ku sangka kerana untuk memuat turun aplikasi Whatsapp di dalam iPhone 5, saya telah dicaj USD 0.99. Wah nasib baiklah apabila di convert ke Ringgit Malaysia ia hanya berharga 3 ringgit lebih sahaja. Nak free chatting punya pasal maka saya terus memuat turun aplikasi Whatsapp dengan menggunakan akaun debit Maybank (Maybank debit card). Mudah dan dijamin selamat!

iPhone 5 memudahkan kehidupan

Saya kerap membuat panggilan telefon terutamanya kepada ibubapa dan penjaga kepada anak saya. Saya akan memastikan untuk menelefon dan bertanya khabar ibu saya setiap hari sekurang-kurangnya sekali sehari. iPhone 5 mempunyai direct dials shortcut di skrin utamanya (homescreen) maka dengan itu saya tidak perlu untuk mencari contact di phonebook. Nak minta Siri tolong dailkan pun boleh! iPhone 5 memudahkan saya berhubung dengan famili dan rakan-rakan.

iPhone 5 tenggelam dalam air

Jantung saya hampir-hampir terhenti (Alhamdulillah umur saya masih panjang lagi) tatkala saya terlepas iPhone 5 ke lantai yang dipenuhi dengan air. Ketika kejadian itu saya dan suami berada di car wash dan saya sedang membuka pintu kereta untuk keluar dari kereta saya. Jika tidak silap, iPhone 5 saya berada dalam apungan air kira-kira selama 2 saat.

Syukur kerana kondisinya masih tip top dan tiada masalah yang saya alami selepas kejadian itu. Sebagai pengajaran saya cuba untuk mencari aksesori dan perlindungan tambahan yang boleh saya lakukan ke atas iPhone 5 saya, walaupun pada ketika itu saya sudahpun memasang screen protector dan wallet casing pada iPhone 5 saya. Sehingga kini saya amat tertarik dengan aksesori Lifeproof dan Armor Series Otterbox. Kedua-duanya memberi perlindungan dari hentakan kuat, air, salji dan kekotoran seperti lumpur.

iphone 5 lifeproof

Panorama mode

Apabila telah tergolong di dalam golongan iPhoneography, pastinya saya akan jatuh cinta dengan Panorama mode yang terdapat di dalam iPhone 5 ataupun mana-mana iPhone yang mempunyai iOS 5 dan ke atas. Panorama mode membolehkan saya mengambil gambar panorama dan landskap dengan skala yang lebih luas lagi dan ia tidak boleh diambil dengan menggunakan kamera biasa. iPhone 5 memudahkan berkongsi gambar dengan rakan blogger.

panorama photos iphone 5

gambar panorama istana baru iphone 5

gambar panorama istana baru iphone 5

Teruskan bersama Sharidawati di blognya Ashadin.com dan Follow Facebook Sharidawati, Twitter @Sharidawati serta Instgram Sharidawati.


Spread the love

130 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!